Rabu, Jun 29, 2005

Rintangan Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah

"Alif Laam MIim, Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan
sahaja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka
tidak diuji lagi? sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah
Al-Ankabut: 1-3)

"Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi, kemudian yang paling
berat selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu."
(Hadith)

"Sesungguhnya Allah SWT, apabila mengasihi satu kaum, dicubanya mereka
itu (dengan berbagai cubaan), barangsiapa rela dengan cubaan itu, maka
mereka mendapat kerelanNya (Allah SWT) Barngsiapa yang benci (marah)
maka bagi nya kemurkaan Allah SWT."

(Hadith)

"Jalan Syurga dihampiri kesusahan, manakala jalan ke Neraka dihampiri
oleh keghairahan syahwat."

RasuluLLah SAW meramalkan cabaran dan dugaan yang bakl dilalui oleh
Mukmin melalui sabda baginda:
"Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan susah:-
1. Mukmin yang dengki padanya
2. Munafiqin yang benci kepadanya
3. Kafir yang memranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk menglahkannya

Marilah kita sama-sama cuba mengenalpasti dugaan yang ada disekeliling
kita ini. Renungkan satu persatu dan mengkaji betaa bahayanya setiap
dugaan tersebut.

"Sesungguhnya kebijaksanaan adalah laksana barang yang hilang dari
seorang Mukmin. Maka di mana saja ia ditemui dialah yang berhak
mengambilnya."

(Hadith)

Rujukan: bahtera penyelamat dalam kehiduan pendakwah (fathy yakan)

Tiada ulasan: