Khamis, Julai 14, 2005

Diamlah Untuk Mendengarkan Firman Allah

Tenangkanlah anda untuk mendengarkan firman Allah yang dibacakan dengan
merdu dan menyentuh hati dari seorang qari dengan tajwid yang baik dan
suaranya yang indah. Nescaya anda akan sampai kepada keredhaan Allah, muncul
ketenangan di dalam jiwa dan tumbuh keyakinan, kesejukan dan kedamaian hati.

RasuluLLah sendiri sangat senang mendengarkan ayat-ayat Al-Quran yang
dibacakan oleh orang lain kerana hatinya akan tersentuh. Itulah sebabnya ia
selalu meminta kepada para sahabatnya untuk membacakan Al-Quran kepadanya.
Ketika Al-Quran diturunkan, ia merasa bahagia, hatinya luruh dan ia merasa
tidak terbeban.

Dalam diri RasuluLlah terdapat teladan yang baik. Anda harus memberikan
kesempatan waktu untuk mendengar bacaan daripada seorang qari yang anda
kagumi melalui kaset atau sebagainya. Suasana ini akan memberikan kepada
anda ketenangan walaupun dilingkungi dengan masalah.

Pernah suatu ketika Rasulullah meminta kepada AbduLLah bin Masud supaya
membacakan untukny beberapa ayat daripada surah an-Nisa' sejak awal surah
lagi RauluLLah sudah menitiskan airmata. Akhirnya baginda memnita AbduLLah
menghentikan bacaannya dengan berkata, "Cukup, cukup, cukup."

Suatu hari RasuluLLah melalui masjid yang ketika itu Abu Musa Al-Asyari
edang membaca Al-Quran di dalamnya. RasuluLLah berhenti sejenak di situ
untuk mendengarkan bacaan Abu Musa itu. Keesokannya RasuluLlah bersabda
kepada Abu Musa,"Apa yang engkau lakukan jika engkau tahu bahawa aku
mendengarkan apa yang engkau bacakan malam tadi?" Abu Musa
menjawab,"Seandainya aku tahu bahawa engkau, RasuluLLah mendengarkan apa
yang aku baca, maka aku akan mengindahkan bacaan ku itu untukmu."

RasuluLLah lalu di rumah Ibnu Abi Hatim yang di dalamnya ada seorang wanita
tua. rauluLLah berhenti untuk mendengarkan apa yang dibaca oleh wanita tua
itu di balik pintunya. Wanita itu rupanya sedang membaca:

"Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?" (QS.
Al-Ghasiyyah:1)

Wanita itu membacanya dengan berulang--ulang kali. Maka RasuluLLah pun
berkata kepadanya,"Ya, telah datang kepadaku, ya, telah datang kepadaku."

Semaa menyemak bacaan Al-Quran jug ada kelazatan. Dan pada saat diam
menikmati bacaan bacaan Al-Quran juga ada keindahan yang dirasakan.

Seorang penulis mulim terkenal yang pernah melakukan perjalanan ke Eropah
telah bertemu dengan seorang wanita Yugoslavia, seorang komunis yang
melarikan diri daripada kezaliman Tito. Waktu itu adalah hari jumaat dan
solat Jumaat telah didirikan oleh orang Muslim di atas kapal itu. Penulis
tersebut telah menjadi imam. Ia membacakan surah al-A'la dan Al-Ghasyiyah.
Wanita itu kebetulan mendengar apa yang dibacakan, tetapi ia tidak
memahaminya. Selama ini, wanita itu hanya mendengar khutbah, suara bel dan
lagu gereja. Selepas selesai olat, wnita itu bertanya kepada penulis itu
entang apa yang dibacakannya semasa solat tadi. Penulis itu menjawab apa
yang dibacakan tadi adalah firman Allah. Mendengar jawapan tersebut, wanita
tadi terpegun dan tercengang.

Pada daarnya, alQuran mempunyai kekuatan untuk meluluhkan jiwa, karisma dan
kekuatan yang sangat mempengaruhi jiwa. Saya sangat kagum dengan generasi
salaf yang baik, orang-orang soleh yang terdahulu. Mereka begitu tertakluk
dengan Al-Quran yang alunannya sungguh mempersona dan merasuk jiwa.

"Kalau ekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti
kamu akan melihatnya tunduk dan terpecah belah disebabkan takut kepada
Allah." (QS. Al-Hasyr:21)

Ali bin Al-Fudhail bin 'Iyadh meninggal dunia apabila mendengar ayahnya
membacakan:

"Dan, tahankanlah mereka (di tempat perhentian) kerana esungguhnya mereka
akan di Tanya. "Kenapa kamu tidak tolong menolong?" (QS. Ash-Shaffat: 24-25)

Dada Umar Al--Khattab bagaikan terhimpit waktu mendengarkan salah satu
dripada ayat Al-Quran, dan dia telah jatuh sakit selama sebulan dan
diziarahi oleh ramai orang. Ini di nyatakan dalam riwayat Ibnu Kathir. Dan
ayat yang dibaca itu ialah:

"Dan, sekiranya ada satu bacaan (kitab suci) yang dengannya bacaan itu
gunung ganag dapat digoncangkan atau bumi jadi terbelah atau kerananya
orang-orang yang sudah mati boleh bercakap." (QS. Ar-Ra'd: 31)

Sesekali di hari Jumaat, AbduLLah bin Wahab pernah melewati seorang anak
kecil sedang membaca ayat berikut:

"Dan, ingatlah ketika mereka berbantah-bantah dalam neraka" (QS. Al-Mukmin:
47)

Tiba-tiba AbduLlah terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Kemudia dia diangkat
dan dihantar pulang. Selepas tiga hari dia sakit, dia pun meninggal dunia.
Ini adalah riwayat adz-Dzahabi.

Apakah hubungan kiah-kisah ini dengan kebahagiaan?

Pengaruh kehidupan yang dirasakan manusia selama 24 jam adalah jalan yang
menghubungkannya menuju sikap apatis dan mendorongnya kearah kebingungan dan
frustasi. Namun jika dia kembali dan menyempatkan dirinya untuk berdiam diri
dan menyemak firman Allah, yang dibacakan oleh oleh seorang qari yang
bersuara merdu yang benar-benar menghayati bacaannya, ia akan mendapat
kesedarannya kembali, ia kembali lagi ke jiwanya, dan keinginannya yang
menyala-nyala akan kembali reda. Pernyataan seperti ini sengaja aya
kemukakan kerana saya ingin mengingatkan tentang adanya sekelompok orang
yang menjadikan muzik sebagai sebab kebahagiaan mereka, bahkan sampai
menuliskan buku-buku panduan tentang hal itu. Menurut mereka waktu yang
paling baik adalah ketika mereka diam mendengarkan muzik itu. Bahkan seorang
penulis barat pernah menulis tentang tema kebahagiaan dan bagaimana
kebingungan, menempatkan muzik sebagai salah satu sebab kebahagiaan.

Mendengar bacaan Al-Quran adalah merupakan alternatif kepada esuatu yang
mendorong kepada hiburan yang diharamkan. Alternatif yang diturunkan kepada
Nabi Muhammad ini adalah sebuah kebenaran dari Allah yang Maha Memberi
Petunjuk dan Yang Maha Bijaksana.

Ketika kita mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran maka kita telah masuk
ke dalam ruangan yang penuh dengan nili keimanan, nila-nilai syariat,
nilai-nilai Muhammad dan sunnah.

"Kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al-Quran)
yang telah mereka mengetahui (dari kitab-kitab mereka sendiri)." (QS.
Al-Maidah: 83)

Tiada ulasan: