Rabu, Januari 25, 2006

Penting: Pembetulan Kisah Umar RA

> > Asalamualaikum wrt...
> >
> > Mohon pencerahan. Jzkk..
> >
> > ---------- Forwarded message ----------
> > From: SaiyaMan <saiyaman@t ...>
> > Date: Jan 25, 2006 4:58 AM
>
> Dalam hal ini, seorang sarjana Hadith kontemporari, Muhammad Asri
> > Yusoff, telah mengemukakan hujah bahawa sejarah ini adalah salah
> satu bentuk
> > pemesongan sirah,
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~reply
>
> wsm
>
> Bila dah dicerahkan oleh Maulana Muhammad Asri Yusoff, maka alFikrah
> tak payah lagi nak buat pencerahan. Ini kerana tiada siapa di alFikrah
> yg dapat menandingi kealiman Maulana esp dalam bidang hadith....
>
> s2s

-----------------

JazakumuLlahu khayran katsira atas posting penjelasan tentang kisah
Umar Ra ini. Ana sudah sering mendengar bantahan dari Maulana Asri,
tetapi tak tahu detailnya. AlhamduliLLah, hari ini dapatkan kat alfikrah.

JazakumuLlah Akh Adi dan Sheik THTL.
Wassalaamu alaykum wr wb.


*************************************************
 
Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan..."


Inilah antara lirik nasyid berkenaan dengan sejarah Saidina Umar. Sebenarnya kisah Umar membunuh anaknya tidak asing lagi. Cerita ini disebarkan meluas. Kononnya, pada waktu Jahiliyyah, Sayyidina Umar r.a. adalah seorang yang berhati keras, sehingga sanggup membunuh anak perempuannya sendiri. Hal ini kerana antara adat orang Jahiliyyah ialah membunuh perempuan.

Kisah ini sekali imbas memperlihatkan bagaimana Islam boleh mengubah hati seseorang itu daripada keras sehingga Saidina Umar menjadi terbilang selepas Islam. Namun, adakah sejarah ini bersumberkan kepada sumber yang benar-benar sahih?? Dalam hal ini, seorang sarjana Hadith kontemporari, Muhammad Asri Yusoff, telah mengemukakan hujah bahawa sejarah ini adalah salah satu bentuk pemesongan sirah, yang tidak langsung ada asas langsung.

Muhammad Asri telah membawa hujah-hujah berikut yang boleh mempertikaikan kesahihan cerita itu:

Pertama: Mengikut sejarah kaum Arab, tidak ada satu pun sumber sejarah yang boleh dipertanggungjawabkan bagi membuktikan bahawa adat menanam anak perempuan hidup-hidup ini dilakukan oleh qabilah Quraisy, dan tidak ada pun sumber yang menyatakan bahawa kabilah Qurayh pernah menanam anak perempuan mereka. Adat ini hanya berlaku dalam masyarakat Arab jahiliyyah oleh sesetengah kabilah sahaja iaitu Bani Tamim dan Asad, kerana mereka bimbang kepapaan mereka.

Dalam masyarakat Arab jahiliyyah, terdapat mereka yang amat menentang budaya menanam anak perempuan ini antaranya ialah Sa'sa'ah bin Najiah dan Zaid bin Amar bin Nufail.

Dalam Sahih Bukhari disebutkan bahawa Zaid bin Amar bin Nufail tidak terpengaruh dengan masyarakatnya yang menyengutukan Allah dan mengamalkan saki baki ajaran nabi Ibrahim. Beliau pernah berkata, "Jika kamu suka anak perempuan kamu, kamu bolehlah mengambilnya, atau kalau kamu tidak mahu biarkan anak-anak perempuan ini bersama saya. " Dan Zaid bin Amar ini adalah sepupu kepada Umar. Ini membuktikan budaya menanam anak perempuan adalah bukan budaya kaum keluarga Umar.

Kedua: Saidina Umar telah menggunakan gelaran Abu Hafsin. Sudah menjadi adat kaum Arab menggunakan gelaran dengan anak sulungnya. Gelaran Saidina umar ini merujuk kepada anak perempuan sulungnya iaitu Saiyyidatina Hafsah. Umar mempunyai 9 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Daripada isteri pertama Umar, beliau mendapat tiga anak iaitu: Hafsah, Abdulah dan Abdul Rahman al-Akbar. Ketika beliau memeluk Islam, beliau mempunyai 3 orang anak ini sahaja. Maka di sini anak perempuan manakah yang telah dibunuh oleh Umar?? Dan kalau betul-betul beliau bencikan anak perempuan, mengapa menggunakan gelaran Abu Hafsin, yang merujuk kepada Hafsah??

Sebenarnya tidak ada bukti jelas mengatakan Umar telah membunuh anak perempuannya, daripada sumber yang boleh dipercayai. Sumber yang boleh dipercayai dalam erti kata terdapat sanad-sanad atau sandaran-sandaran yang terdiri daripada perawi-perawi yang boleh dipercayai. Dalam sahih bukhari, muslim, dan kitab-kitab hadis yang masyhur, tidak ada pun kisah ini. Dalam kitab Sunan al-Darimi, terdapat kisah seorang lelaki yang mengadap Rasulullah yang mengaku membunuh anak perempuannya, tetapi dia bukanlah Saidina Umar, dan hadis itu sendiri adalah hadis yang munqati' (yang terputus banyak sanad)nya yang jelas tidak diterima sebagai sahih.

Justeru, sama-sama renungkan....

--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Excellent, love it! »