Sabtu, Februari 25, 2006

Gerila Kristian bakar mayat Muslim Nigeria

ONITSHA: Pelampau dan penduduk Kristian Nigeria bertindak ganas membakar mayat warga Muslim yang dibunuh, memusnahkan masjid yang turut dicemari najis dalam rusuhan kaum yang meragut lebih 120 nyawa, kebanyakannya umat Islam, sejak beberapa hari lalu.

Bandar Onitsha di selatan Nigeria yang menyaksikan lebih 80 kematian, menjadi lokasi paling teruk keganasan yang bermula dengan bantahan di atas penyiaran karikatur Nabi Muhammad.

Gabenornya, Chris Ngige melanjutkan tempoh berkurung sehingga ke bandar lain yang berdekatan.

Sebuah kawasan penempatan Muslim dengan kira-kira 100 rumah, rentung dibakar dengan kesan asap dan runtuhan rumah kelihatan, semalam.

Sekurang-kurangnya sembilan mayat yang rentung dibakar, terbiar di jalan raya sambil dilihat pejalan kaki yang terpaksa menutup hidung kerana bau busuk. Tiga lagi mayat dibakar di atas timbunan tayar.

Keganasan itu turut memaksa kira-kira 5,000 penduduk Muslim lari ke bandar Asaba di seberang Sungai Niger.

Beratus-ratus lain yang ketakutan, turut berlindung di bawah pokok di sebuah berek polis. Sebahagiannya, termasuk yang mendukung bayi kecil menangis, meminta pertolongan mereka yang lalu lalang.

Lori yang lazimnya sarat dengan bekalan buah-buahan dan makanan lain ke pasar, sebaliknya sarat dengan penduduk Muslim yang mahu ke arah utara. Tidak diketahui jumlah sebenar penduduk Muslim di Onitsha. – AP



--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
   blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

What a great site »