Selasa, Jun 30, 2009

Menggenggam bara api...

"Ummi!! tali pinggang.. Ummi!! tali pinggang.." Jerit muhammad berulang kali. Begitu lah dia selalunya setelah menaiki kereta. Dia minta dipakaikan tali pinggang, kemudian menyuruh abi dan saya memakai tali pinggang. "Ok, ok.. ummi pakai ni..~~"Setelah berapa minit rimas terikat di situ, dia pun mula bising semula minta dibebaskan dari ikatan itu. Begitulah budak, yg masih penuh dengan perasaan mahu cuba2, sebelum dia mengerti apa sbnrnya yg tersurat dan tersirat pada arahan itu:).

Waktu sy menulis hr ni, sy ditinggalkan oleh kawan2 ofis. Bbrp org yg rapat, pergi ke latihan koir atas arahan pengarah. Mujur sy xterpilih untuk menerima arahan itu, kalau x, mesti waktu ini juga sy tiada di ofis;).. Sejak beberapa hari ni kami seofis gemar mendengar lagu "satu hati- la khauf" (spt yg sy letakkan di side bar blog ini).. Mungkin senikata dan liriknya bersemangat dan menyentuh hati. Kawan2 yg terlibat koir, masing2 ada hati nak bw ke koir.. hehe, kalau boleh ~ bagus juga.. tukar sikit tema kita kan:)


Muhammad ketika berusia lebih kurg 10 hr
............................
Teringat sewaktu sy berada di MRSM dulu.... sy bukanlah seorang yang aktif dengan sukan.. tp sejak sekolah rendah lagi sy gemar bermain hoki. Masa sekolah rendah, xlah segan berlari2 begitu di padang. Tp setelah jd anak dara sunti, ditambah lagi 3 tahun sy bersekolah di sekolah agama yg semua pelajarnya perempuan shj, sy jd malu untuk terlibat lg dengan sukan2 di khalayak ramai. Tp apakan daya, waktu itu menjadi syarat bg sy terlibat dengan ko-kurikulum jika mahu terus bergelar pelajar MRSM. Sy pun memilih untuk terlibat dengan sukan hoki juga memandangkan jurulatihnya juga perempuan. Alhamdulillah itu lah seminimum yg mampu sy pilih waktu itu.

Pernah sekali sy ditegur jurulatih sebab mengenakan baju kurung kosong dengan seluar track ketika bermain di padang. Teguran itu tidak dibuat terus kepada sy, sebaliknya jurulatih memberitahu melalui ketua kelab waktu itu. Sy terpaksa mengambil keputusan untuk berjumpa dengan jurulatih. "Cikgu, sy rs sy selesa dengan pakaian mcm ni. Dulu masa sy di sekolah lama, mmg sy bersukan begini, boleh x cikgu benarkan sy dengan pakaian begini" sy cuba menerangkan kepada jurulatih. "Jika awak selesa, sy xada masalah. Sy bimbang jika awak tidak selesa".. Alhamdulillah jurulatih membalas dengan jawapan yg bg sy agak positif!

Zaman dah berubah... sekarang dah byk tshirt labuh sebagai alternatif. Pilihlah yg longgar dan selesa untuk bersukan @ sebagainya. Supaya tidak terlihat pinggang dan punggung dan bentuk badan;). Sy gemar juga memakai tshirt labuh.. memandangkan ianya tidak perlu digosok.. he he he..

Semasa sambutan anniversary kedua di bukit tinggi, pahang


.............................
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Menggenggam Islam pd akhir zaman ini, umpama menggenggam bara api. Bukan suatu yg mudah untuk kita istiqamah dengan satu perkara jika tidak ada kesungguhan, sokongan dan kekuatan. Lebih2 lagi jika kita berada dalam persekitaran yg tidak membantu langsung. Sejauh mana kita boleh pergi? Tp itu tidak mustahil, sbb sejarah membuktikan Nabi melalui semuanya itu.. Ya, benar kita bukannya Nabi yg ma'sum. Tp sedarlah! Nabi diutus untuk menyempurnakan akhlak; jadi Nabi lah yg wajar dicontohi, bukan yang lain2... bukan Malaysian Idol, bukan One in a million.. mereka bukan siapa2!!!

Tp sudah jadi lumrah akhir zaman... manusia malu buat baik alias malu di kata baik... ada yg bukan mahu buat baik, tp mahu menunjuk2 baik.. Na'uzubillah! Susahkan, semuanya nampak tersirat drpd tersurat...

Yakinlah dengan janji Allah golongan yg sedikit itu golongan yg berjaya.. Cream of the creams... Mudah2an kita menjadi benih yg apa bila dicampakkan ke lautan berjaya membentuk sebuah pulau..

Tiada ulasan: