Jumaat, Jun 05, 2009

Muhammad dapat 'mak' baru?

AlhamduliLLAH ala kulli hal...
Malam tadi sy ke rumah pengasuh baru muhammad berkenal2an. Berat juga rasa hati nak tinggalkan muhammad dan tasneem di tangan org yg kurang sy kenali. Abi pun rasa mcm tu juga. Sungguh!

Beberapa hari ni kami berbincang juga. Memang berhajat besar nak hantar semula muhammad ke rumah pengasuh lamanya merangkap kakak seusrah yg dah sy anggap mcm adik beradik sendiri di sini. Dia juga rasa serba salah sebab susah untuk dia beri komitmen sejak dia berkedai kebelakangan ni. Memang tinggi kepercayaan sy padanya. Apa pun tindakkan sy terutamanya berkenaan anak2, sy akan minta pandangannya. Termasuklah sewaktu mahu ambil pembantu rumah tempoh hari. Muhammad sy hantar ke rumahnya sejak masih dalam pantang lagi. Waktu tu sy dipanggil interview kerja, genap muhammad sebulan 11/7/2007 (muhammad lahir 10/6/2006).

Waktu nak cari pengasuh baru ni juga sy minta tolong dia carikan mana2 kenalannya yg xbekerja. Alhamdulillah dia kenalkan sy kepada seorang kakak yg pernah ikuti usrah umum kami.

Pagi ni sy cuba hntr muhammad ke 'sekolah' barunya. Ada abg 3 tahun dan 4 tahun yg bakal jadi geng baiknya selepas ini (anak kepada 'mak' barunya). Waktu saya serah muhammad ke dokongan 'mak' barunya, dia mcm bingung dengan apa yg berlaku. Nampak bingung, tp ok, belum menangis lagi. Tp elok sj kereta berjalan, sy lambai tangan dan bagi salam. dah mula bergenang matanya... dan mula lah menangis. Abi kata, kesian muhammad... Dalam hati sy memang sedih juga. Tp harap muhammad gembira di sekolah barunya bersama abg2 baru dan mak barunya. Mulai isnin depan tasneem juga sy hantar! Saya sentiasa berdoa, muhammad dan tasneem gembira dan boleh belajar dan membesar dengan baik di sana.

1 ulasan:

pu3qute berkata...

semoga muhammad ceria dan gembira di sana.. jangan nakal2 tau..