Isnin, Jun 22, 2009

Takziah...

Ptg smlm sy terima mesej dr sahabat sy:

"Dila smua dh slmt bby dh kebumi akak sihat,"

Alhamdulillah dia menghadapinya dengan redha. Smg Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan memberikan ganjaran yang besar buat ibu yg bersabar mengandung dan melahirkannya... Allah memilih dia untuk melalui ujian ini. Mmg sy kagum dengan semangat dia mengharungi semua ini. Na'uzubillah... jika sy yg terpilih, bagaimana agaknya keadaan sy. Mgkin sy xmampu sekuat dia!

Rehat tgh hari ni kami seofis bercadang nak melawatnya di hospital. Semoga terubatlah sikit keresahan dengan sokongan kawan2. Tentu! Tidak sama mata yg memandang dgn bahu yg menggalas; tp apa lagi yg mampu kami berikan melainkan sekelumit rs simpati...

Ya Allah berilah dia ketabahan!

1 ulasan:

pu3qute berkata...

terima kasih kepada kawan2 semua yang mengunjungiku di wad. Kehadiran kalian cukupku hargai. Buat Dila, terima kasih kerana sentiasa berikanku semangat dan sebagai tempat mengadu. Syukur mendapat kawan sepertinya. Alhamdulilah, allah memberikan kekuatan buat kami sekeluarga mengharungi dugaan ini.Namun naluri seorg ibu.. aku benar2 rindukan dia.. Ya, allah moga anakku bahagia di sana..