Jumaat, Julai 10, 2009

Hazihil fitnah! Haazihil Fitnah (Pinjam dialog Ayat2 Cinta)

Alhamdulillah ala kulli haal.. dah siap buat semula dokumen yg corrupted smlm tu. Memblog plk.

Jalan2 cari blog smlm jumpa ttg berita ust nasha sedang sakit kat hospital serdang. Kesian dia, mcm2 fitnah yg ditabur tentang kehilangan dia beberapa waktu nih. Mcm2 lah yg tertulis dlm blog, yg keluar dalam berita... begitulah, beginilah. Hazal fitnah! Hazal fitnah! (Amik sikit dialog ayat2 cinta).. xkiralah di blog xkiralah di media massa masing2 sibuk mengatakan itu dan ini. Hatta masa abi ke usrah smlm pun, abi kata.. ahli usrah semua belum tahu berita ttg ust nasha sedang sakit kat hospital slps buat operation kecil. Siapa yg dah terlibat dgn penyebaran fitnah yg mcm2 tanpa usul periksa, minta lah ampun pd Allah dan kalau berjumpa ust nasha.. minta maaf lah padanya!

Doa smg ust cpt sembuh dan boleh bangkit berjuang kembali! aamiin.
Mengenang pengalaman ust nasha, sy tiba2 teringat peristiwa shbt nabi ka'ab bin malik, yg pernah di pulaukan selama 50 hr kerana tidak menyertai perang Tabuk... (ada kaitan ke dgn peristiwa ust nasha ni?) sy pun xberapa pasti. Tp, apa yg penting sy tetiba je teringat peristiwa perang tabuk tu...

Boleh baca di sini. Bahasa Indonesia, tp rsnya boleh paham.

Kisah mereka ada disebut dalam al-Quran.

“Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah melainkan kepada-Nya saja. Kemudian, Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang.” (At-Taubah:118)

Sbnrnya lebih tepat lagi peristiwa ni kalau dikaitkan dengan kita yg xturun berjuang, diwaktu org lain berjuang meletakkan Islam ke tempat asalnya; tempat yg tertinggi!! Astaghfirullah!

.................................................
"Dulu kami miskin, sekarang kami dah kaya (lebih kurg camtulah, sy xbrp ingat), H*i-O lah yg memberi rezeki kepada kami, syukuur alhamduliLLAH"
dialog yg saya petik dr iklan di TV.
xde siapa ke yg nak tegur iklan ni. Sy kira ada sikit kecelaruan pada dialog tersebut! bahaya bukan? Siapa yg memberi rezeki sebenarnya? Bukan Allah ke yg maha pemberi rezeki! Kemudian di belakang dialog iklan tu, dikosmetikkan dengan "syukur alhamdulillah!"

Adei la! Celarunya!!

..................................................
Malam td abi ke usrah pemuda. Alhamdulillah spt biasa xde mslh sgt dengan kedua putera puteri saya sepanjang pemergian abi. Biasanya memang waktu tidur mereka. Jadi masa abi pergi bolehlah nak kemas2 sikit rumah yang berantakan, basuh kain (mesin yg basuh), cuci pinggan mangkuk yg ada disingki. Seusai buat kerja2 itu, saya pun cuba melelapkan mata sementara menunggu abi pulang. Lebih kurang jam 12 abi masih belum balik lagi, tasneem bangun nak menyusu. Selesai menyusu, dia nampak dah segar. Fikir sy, gawat juga ni, kalau xmau tidur. Tp sementara menanti abi ni, xapalah biar dia main2, abi balik nnti mungkin dah mengantuk semula. Daripada dia berjaga jam 3 pg nnti baik dia berjaga skrg; fikir sy..Sy pun melayan tasneem dlm rs mengantuk itu. Gelak2 bagai, bermainnya tasneem:D. Bila abi pulang, kami pun bercadang naik ke bilik atas untuk tidur. Muhammad mmg tidur xingat dunia dah kepenatan seharian bermain. Kami dukung tasneem dan muhammad ke atas.

Ready! Padamkan lampu, si kecik kami mula menangis! Kuang3x.. xmau gelap. Mcm dah ngantuk gayanya, tp xtahu apa yg dimahukan. Buka lampu dia ceria semula, tp mahu di dukung.. Abi lah yg menguliknya sehingga tidur. Memang sy akui, sy lemah bab mengulik anak nak tidur ni, abi lebih terror lagi. mak sy kata, "teringat kat abah kalau tgk tasmim tidurkan anak. Dulu abah pun tidurkan kome semua pun mcm tu juga" Sedih plk bila teringat arwah abah. Ada sikit2 lah kut sama dengan abi.. Sebut sikit2 je ye abi. Arigatou!

3 ulasan:

nurul najib berkata...

ust nasha SU tu ke?ye..mmg ramai yg perlu mnta maaf kat dia..kesian die dilanda fitnah teruk..tambah sedih dikalangan sahabat2 sefikrah..kalo buka forum tranungkite..mcm2 drang kata ust nasha..bila disaran minta maaf dgn egonya suh ust nasha plak mnta maaf dulu..apalah..nama saja penyokong P**.tapi akhlak islamiahnya hlang!..heheh..teremo..sbb da lama pendam kes ust nasha ni..& ttg H**-O tu,haah..kdg2 manusia mmg terlupa..bg saya sedang2 aja sudah cukup..apa pun mmg ALlah yg tentukan segalanya & keja kita usaha!aja aja fighting

Tanpa Nama berkata...

Ntah apa2 lah iklan tu..huhu..
Tasneem susah nak tdo ke? Mcm sama ngan Falah je..malam punya lah susah nak tdo..kena main nyorok2.kalau dia tak jumpe ummi dia nnt dia akan nangis sekuat2nya..bila dah penat nangis baru dia blh tdo..huhu..Samalah ngan kite pun tak reti tdokan falah..kalau tak bg nenen konpem tak tdo punya..tapi kalau Walid dia yg ulikkan boleh tdo plak si Falah ni..huhu

Unknown berkata...

Huhu, xdpt dibayangkan cemana fendi ulik falah yg montel:D.. mesti comel.. Tasneem dia senang tido.. tp kalau dah cukup tido dia jadi lagu tuh la.. biasa balik keje pkl 8, pkl 9 dia tido.. dalam 3 - 4 jam dia bangun nenen.. pastu kalau terus tido balik, ok lah, kadang2 dia dah celek mata dia nak main dulu.. huhu, time tu, ummi ngan abi dia baru nak tido!! Kuang3x