Selasa, Julai 07, 2009

Ummi buat ape tu haaa..

Alhamdulillah ala kulli haal..

Waktu menulis ni, network office tgh problem. Jadi menulis di atas notepad kemudian nanti dah ok, baru update di blog. Ya Allah semoga setiap minit yang dilalui, memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain. Aamiin..

Hari ini terpaksa memerah otak untuk buat karangan mengenai sistem diofis. Sikit je yang bos minta. Tp disebabkan sewaktu sistem itu lahir, sy masih belum ada di sini, jadi terpaksalah mereka2 karangan berdasarkan dokumen (dokumen yang entah kemana, he he he) yang ada. Redha je lah.. Hingga ke waktu ini, masih setengah muka. Huh, apalah nasib badan :D Macam inikah kehidupan!! (xde lah, itu cuma expression org yg "rajin").. Alasan sy lagi: Saya memang suka buat karangan, tp suka yang penulisan kreatif, bukan yg bersifat keras, kaku, dan dot dot dot... Hehe, sudah lah adi... lupa kan lah alasan2 mu itu..

Pagi td lebih kurang jam 11, kami ada mesyuarat bahagian. Xramai yg ada.. ada yg out station... ada yg balik kampung, ada yang ponteng... mcm2. Ini pun terpaksa redha je lah (boleh ke mcm tu ye??).. Minggu depan bahagian kami akan jadi host bagi perhimpunan bulanan jabatan. Jadi ada sedikit persediaan yang perlu dibuat sebelum program itu berlansung. Saya ditugaskan untuk bersama dengan bhgn buku aturcara program.. Sikit sj sy kira, kerja2 design dibuat oleh pereka. Susunan aturan program juga sudah dibincangkan semasa program td. Mungkin yg tinggal cuma kerja2 melipat buku program shj. Saya terpaksa menawarkan diri untuk tugas itu, sebab di hari program nnti sy telah memohon cuti. Nak baaaliiiik kampong! Patut x.. he he he. Gomen minna san.. dah lama plan, tiba2 kena plk dengan tarikh itu. Mudah2an kepulangan kami ke K E L A N T A N kali ini memberi manfaat kepada diri, keluarga dan UMMAH. Aaamiiin!

***************
Dua tiga hari ni, sy terperasan ada yg baru tentang Muhammad. Dia makin rajin bersembang. Menggunakan perkataan2 yang baru dipelajarinya. Saya seronok melayan. Lagipun singkat sgt sbnrnya masa bersama yg ada.. Lebih kurang 2 jam waktu mlm (jam 7 ambil dr pengasuh hingga jam 9 mlm lebih kurang keduanya tidur)dan sejam waktu pagi (lebih kurg 6 pg bangun - jam 7 dah hantar ke pengasuh). Drpd 24 jam sehari, sy dan abi cuma ada masa 3 jam untuk bersembang dengan anak? Ya Allah, sedihnya abi... 3 jam + sabtu ahad yang ada itu lah yg perlu kami hargai dan gunakan sebaiknya untuk mendidik secara optimum.

Perkembangan baru muhammad:

"Ummi buatpe tu haa?"
"Ummi, abi pegi mane haa?"

Adei, mana lah dia belajar tuh:). Smlm sy beritahu dia, muhammad xpayah lah cakap haa haa kat belakang tu. Cakap "Ummi buatpe tu?" Saya cakap berulang kali. Dalam hati geli hati sebenarnya dengan perkembangan ini. Tp sy kira agak tidak cantik jika ada "haa" di belakang tu. Sy gelak dan beritahu abi.. "Macam xdengar aje kalau cakap mcm tu;) " .. Mcm mana pun tetap nampak comel kalau ia diungkapkan oleh seorg kanak2.

********************
Sedikit peringatan.

Antara waktu yg dimakbulkan doa:
1. Waktu hujan
2. Waktu musafir kerana Allah.

Satu kesempatan yg mudah, murah (free).. yg mesti sy dan semua rebut.. Nak mengejar sepertiga mlm, boleh kata kan hampir susah... Nak ke baitullah juga masih belum tentu (mcm manapun kena sentiasa dalam usaha); jadi gunakanlah waktu2 yg mudah dan murah ini... Waktu ini di Tjg Malim ni sedang hujan!

"Ya Allah kurniakan lah kepada kami kebenaran dan berilah kekuatan untuk mengikutnya! Ya Allah jauhkanlah kami dari kesesatan dan berikanlah kami kekuatan untuk menjauhinya!"

2 ulasan:

nurinmz berkata...

Assalamu'alaikum kak adi, ehh sejak bila ada ipin kat sebelah ni?!! (selingan :))

'Ala kulli haal, saya pernah kerja sambilan di UK dan wpun biasanya maksimum dalam hampir 5 jam saja saya tiada di rumah, cepat benar terasa rindu dengan anak-anak. Padahal bila bersama-sama dengan mereka 24 jam sehari, 7 hari seminggu, terasa perlukan 'time out' nak bernafas dan selesaikan macam2 kerja yang tak boleh buat sesambil jaga mereka tu hehehehe...masa tak kerja pun bila mereka tak ada tinggal saya sendiri (time out la tu kiranya kan) saya yang 'penasaran', 'tak keruan' tak tau nak buat apa bila rumah dah senyap lebih dari setengah jam...melengung dibuatnya! Kena ingatkan diri tentang kerja2 yg perlu diselesaikan barulah ada semangat nak bergerak tanpa rengekan dan hilai tawa anak2.

Saya bersyukur sebab berpeluang jadi surirumah sepenuh masa cuma saya suka ingatkan diri jangan 'perasan' dengan title housewife tu sampai cuai dengan masa yg banyak dengan anak-anak. Kadang-kadang kita bersama mereka 24jam tapi kita layan mereka entah berapa lama saja. Kadang-kadang lebih risaukan dapur, laundry dan benda2 yang tak bernyawa dalam rumah dri si comel kat dalam tu juga. Saya suka baca tentang parenthood/childcare dr website Barat yg selalu sebut tentang enjoy/manfaatkan masa sebaik-baiknya dengan anak-anak, housechores can wait!

Semoga kita semua dapat jadi ibu-ibu yang saalihah untuk membina generasi yang saalih. Sorry kak, tumpang bebel kat blog akak nih :) Fi ri'ayatillah

Unknown berkata...

Wassalam.. betul rin.. akak setuju sgt:)...

Tp jd ibu nih, mmg byk perkara yg secara semula jadi nya kita akan risau. Bila baju belum bercuci, teringat nak cuci pinggan, teringat mangkuk kat singki, rs nak basuh... mcm2! Siap je keje rumah semua, sedar2 anak dah tertidoo.. Siannya, hampa hati diorg kan. Dia mengorbankan perasaan dia dengan tertido. Huhu, sedih..