Sabtu, Ogos 29, 2009

Azam: Menjadi dan memberi manfaat..

Alhamdulillah ala kulli haal...

Kenyataan yang perlu kita ambil berat. Cukuplah ayat Allah ini menjawab isu kepala lembu:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah,kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.”
(QS. Al-An’am: 108)

Kita marahkan Israel merampas hak rakyat Palestin.. tp ms yg sama kita pula yg jd seperti Israel.. Elakkan kontroversi.. elakkan provokasi...

****************

Best rsnya dapat berehat bersama abi dan anak2 3 hr ni. Mulanya abi bercadang nak balik KB dgn bas. Tp xjadi sbb kehabisan tiket. Ummi tanya nak naik kereta ke? Abi kata xpayahlah.. xberbaloi cuti 3 hr je... letih nanti.. lagi pun habis cuti sekolah ni dah tentu jalan jem.. Saya pasrah..

Memang dah jadi kebiasaan, bulan2 puasa begini abi akan balik ke KB walaupun sekejap. Di samping utk menjenguk mok dan tok ayoh, biasalah.. teringin nak rs resepi2 mok yg sedap2 belaka. Mmg, mak mertua sy terkenal dengan pandai masaknya di kalangan saudara mara.. dan no wonderlah abi juga sikit sebanyak mewarisi.. kalau nak tempah kuzi kambing, boleh aa.. abi pandai msk kuzi kambing:).. Saya? huhu.. biasa2 sj.. masih belum pandai... setakat perut sendiri.. lepas.. perut abi.. kena byk praktis lagi.. ;). Alhamdulillah ala kulli haal.. sy masih terus berusaha dan berusaha smg satu hari nnti sy juga dapat mewarisi kepandaian mak sy masak.. Mak sy juga semestinya.. terer masak.. favourite food ialah mskn dr air tangan mak sy sendiri.

Kadang2 sy terfikir... kalau org2 yg lebih kurg sama baya sy @ yg lebih tua.. biasanya akan kata, mknn favouritenya ialah masakan ibunya sendiri. Rata2nya begitu.. kebanyakan ibu2 kita pd waktu itu adalah suri rumah... dan makanan kita, bekal sekolah kita semuanya ibu yg sediakan.. tp hr ni saya? Saya sedih memikirkan satu hari nnti... bila org tanya Tasneem dan Muhammad... apa plk jwpn mrk? Masihkah sama @ tidak dengan jawapan kita hr ini....

Hari ini, pg2 lagi sy dpt panggilan kak zurina. Dia ingatkan sy supaya turun ke masjid untuk tadarus. Siap2kan tasneem dan muhammad, kemudian sy minta abi hantar ke masjid. Agak lewat sedikit, sy sampai di masjid lebih kurang jam 9.30 pg. Tasneem bersama sy dan Muhammad duduk bersama abi sebentar di masjid, kemudian balik ke rumah.. Kadang2 risau juga sbnrnya kalau ada yg rs terganggu dgn kehadiran anak2 bersama. Selalu sy berdoa, mudah2an anak2 tidak buat hal. Hr ni tasneem baik2 sj. penat bermain dia tidur. Sy boleh bertadarus dgn aman. Tp biasalah fitrah kanak2, bukan selamanya cerah.. kdg2 mendung jua..

Wktu sampai kumpulan sy telah mula membaca lebih kurg 1/2 jam. Terlewat; sampai2 terus disuruh baca..:). Kumpulan sy terdiri drpd makcik2.. ramai yg dah punya cucu. Alhamdulillah bacaannya lancar2.. sy dimaklumkan oleh shbt2, ramai antara makcik2 ini yg memang dah lama ikut kelas tajwid di masjid sblm ni. Drpd xlancar bacaan sudah semakin lancar dan nampaknya mrk mmg bersemangat dengan tadarus ni... Untuk tadarus hr ni kami dibekalkan dengan 2 org adik darul quran sbg munabih untuk menyemak bacaan. Bagus, diakhir tadarus, dia diminta ulas sedikit kesalahan bacaan kami secara umumnya dan beri sedikit tazkirah. Selepas selesai, sempatlah sy sembang2 dgn salah seorg drpdnya.. dia beritahu ada 24 org munabbih yg bertugas sepanjang ramadhan ini untuk bantu tadarus di masjid2 seluruh selangor.

Untuk besok, program tadarus di masjid diganti dgn solat sunat tasbih; sy pun xpasti siapa yg anjurkan.. xkisahlah siapa pun, program yg baik seharusnya disokong.. Kdg2 sy terfikir juga, kita byk sgt menganjurkan program sampai kdg2 xmenang tangan.. apa salahnya sekali sekali kita join program yg org lain anjurkan selagi tidak bertentangan dgn prinsip... mgkin dgn cara itu juga.. ada sesuatu yg dapat kita sampaikan walaupun kita bukanlah penganjur.. mgkin lebih ramai yg kita boleh dekati.. mgkin kita boleh lebih mengenali hati budi org yg alergik dengan program kita... Kadang2 keterbukaan itu baik, walaupun xselalunya baik..

Sedikit renungan utk hr ni. pesan Rasulullah saw, org yg paling baik ialah org yg paling byk memberi manfaat kpd org lain. Smg kita cuba utk menjadi / memberi manfaat kpd org lain, insha-Allah..

2 ulasan:

sitinurulhawa berkata...

ramadan karem,

setujulah. dr reaksi polis je dah tau sapa punya kerja. mmg org tak bertamadun. konon je heboh 1malaysia

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

ramadhan kareem..

hehe, setuju sgt hawa.. tgk sajalah siapa yg ada dlm gambar2 tu:D kuang3x.. elakkan kontroversi, elakkan provokasi..