Rabu, September 09, 2009

Mencari laila...

Alhamdulillah ala kulli haal..

Nampaknya kita dah masuk fasa ketiga ramadhan.. 10 hr yg terakhir. Insha-Allah masing2 masih mempunyai peluang yg sama dalam mencari laila.. siapa yg kuat mujahadahnya maka peluang nak dapat lailatul qadar lebih tinggi. Mmm.. rahmat Allah siapa yg tahu. Setiap kesempatan yg ada digunakan. mana tahu Allah akan kurniakan saat itu.. mlm2 akhir ni, sama2 sekurang2nya jgn tinggalkan sahur dan selepas sahur tak usah tidur balik.. waktu sahur antara waktu yg mustajab doa.. dan lebih mustajab lagi jika waktu itu adalah lailatul qadar...

“Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar. Malam lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dari setiap perkara. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar” (Surah Al-Qadr).

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw bermaksud, “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang mendirikan solat malam Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap ganjaran Allah, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw apabila masuk Sepuluh Malam Terakhir, Baginda saw mengikat ketat pakaiannya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan isteri-isteri dan ahli keluarganya”.

Dari Aisyah ra berkata, “Adalah Rasulullah saw beriktikaf pada Sepuluh Terakhir Ramadan sehingga Allah mewafatkannya. Kemudian selepas itu, isteri-isterinya pula beriktikaf”.

Doakan saya dan kami juga jika sahabat2 berjumpa dengan laila itu!

***************


"Pompom" muhammad dah terbelah dua.. huhu.. gambar ni masa umur muhammad lebih kurg 10 bulan, belum pandai jln.. kira2 umur pompom tu sampai lah juga setahun 5 bulan lebih kurang.. oklah tu boleh lupus dah

Maka terpaksalah beli basikal baru. "ini ialah basikal raya saya" kata muhammad

Muhammad obses jugak ngan basikal barunya. Pagi td, waktu kami bersahur.. tiba2 dia tersedar terus sj dicapai basikalnya tanpa menoleh yg lain. Risau plk saya takut tumbang sebab masih mamai...

Namun basikal barunya masih belum dibenarkan ditunggang di rumah mama. Satu, sbb kakinya belum benar2 sampai di pedal basikal itu. Satu lagi, basikal di rumah mama tinggal satu; kepunyaan abg aiman. basikal abg nabil pun dah terbelah dua baru2 ini. Maka mama masih xbenarkan muhammad bawa basikal baru sbb takut berebut pulak dgn abang nabil. pening kpl mama nnti. Hehe.. mmg sy dah agak.. waktu nak beli tu juga sy tanya kak misah dulu... budak2 ni mesti berebut punya. jd baik xpayah dibawa ke sana...;)

Alhamdulillah muhammad gembira!


2 ulasan:

pu3qute berkata...

He..hee wah segak dan bergayalah Muhammad naik basikal.. Slow2 dulu bawak tu..si tasneem mesti nak juga satu kann..

Unknown berkata...

ingat nak bg tasneem naik "pompom". Tp apa kan daya.. pompom dah nak kene lupus... pandai sikit lagi berebut plk lah ni .. kena beli tasneem waran pink plk .. huhu