Jumaat, September 04, 2009

Pengajaran dr surah al-hujuraat...

Alhamdulillah ala kulli haal...

Baru shj selesai bertadarus dengan shbt2 seofis.. walaupun kesempatan yg ada cuma sejam, ala kulli haal.. sy bersyukur sbb masih ada kesempatan yg diberikan. Nak bertadarus/mengaji di rumah waktu mlm.. mmg lah kena byk mujahadah... bbrp hari ni, nampaknya "gagal".. balik2, selepas berbuka.. slps abi ke masjid.. anak2 mengajak tidur.. dengan ummi2nya sekali tido "keras" .. huhu, xsedar.. kepenatan yg amat.. biasanya tersedar sekitar jam 12... kdg2 abi balik masjid pun xsedar.. spt 2 hari lepas tarawikh pun terbabas... sedih. Ya Allah berilah kekuatan dan smgt untuk meniti hari2 hujung ramadhan ini. Tahun depan belum tentu dapat jumpa lagi..

Hari ni kami baca surah hujurat. Jika ditelusuri byk ayat2 peringatan dalam tu yg mengingatkan.. antaranya:

1. Peringatan supaya jgn menyebarkan khabar angin @ gosip. Hari ni kdg2 kita pun secara xsedar terlibat. Bila baca email cepat sj nak tekan forwad.. hntr kepada kwn2.. dgn niat nak sampai kan kepada mrk.. tp sebenarnya berita tu belum tentu kebenarannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan." al-hujuraat: 5

2. Menjadi pendamai bukan batu api @ lalat merah.. kdg2 kita dalam keadaan marah kpd seseorg selalu sj nak mengapi2kan org lain bila berlaku masalah pulak antara dia dengan org itu.. Jgn..itu batu api namanya... jadilah pendamai.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." al-hujuraat: 8

3. Jangan pandang rendah pada orang lain, walaupun mata kasarnya mungkin kita lebih hebat dr segi pangkat @ harta @ amalan sekali pun. Sbb yg di ukur di sisi Allah adalah taqwa. Tak guna jika kaya / handsome / pandai tp x bertaqwa

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." al-hujuraat: 10

4. Sentiasa bersangka baiklah. Dalam sebuah hadith yg xingat sanadnya, Allah sentiasa bersama sangkaan kita. Baik yg kita sangkakan.. insha-Allah baiklah ada nya. Begitu juga sebaliknya

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."al-hujuraat: 11

Semoga ianya lebih menjadi peringatan kepada diri saya sendiri... tangan yg menaip peringatan ini lebih dekat dengan hati mata dan telinga tuannya sendiri. Jika ianya menjadi peringatan kepada org lain, alhamdulillah satu kelebihan.

**************************************
Insha-Allah, Sabtu dan ahad ini kami akan ada program bersama al-IPIJ, IPIJ dan adik2 persediaan ke Jepun. Program tarbiyah, insha-Allah.. di bulan ramadhan ini.. sy sgt2 berharap ianya memberi manfaat kepada semua yg hadir. Yg turut menggembirakan saya lagi, murabbi kami juga akan hadir.. Ust ridhuan md noor @ tinta jundi.. Kalamnya sy sgt kami tunggu. Sebetulnya 2 hari lepas semasa forum di kilang abi, beliau yg memberi pengisian.. bersama ust idris ahmad dan juga ust kamaruzzaman yg pekat bedooh ckp ganu. Best sgt forum tu..Hehe.. cuma sy merasa sedikit terkilan sbb sy hanya sempat sampai di kilang abi, sudah jam 6.50 ptg.. masa tu dah sesi soal jawab... Alhamdulillah dptlah sedikit.. :( sy tetap gembira dlm sedih... Kesedihan sy itu dibayar balik, apabila selepas berbuka puasa, terserempak dengan ust ridhuan bersama abi.. di singki dewan makan kilang.. Beliau tegur.."adila kerja mana sekarang".. sy jwb "sy kerja di TM".. abi ada di situ bersama.. dan jemput ust untuk ke program esok.. AlhamduliLLAH kesedihan sy terubat!

Semoga mendapat manfaat dan memberi manfaat.. aamiin!

2 ulasan:

Liya berkata...

Salam Adie,

Zannen tak sempat join program!
Camne program sape yg dtg? Mesti best kan?

Unknown berkata...

salam,

alhamdulillah semua sekali dlm 30 org gurai. yg bg pengisian, ust anwar ridhuan dgn ust kamaruddin org ganu. ust ridhuan mat nor xdpt jugak akhirnya:( ganti ust kamaruddin.. tp best!

muhammad naik flying fox..;).. nnti ada gmbr, kami upload.. kamera rosak.. tunggu gambar dr kohai.