Isnin, November 23, 2009

Sentimental value

alhamdulillah ala kulli haal...

hari ni pagi2 masuk ofis, dah ada mslh.. huhu.. server web jabatan hang.. bukak2 laman web, kosong tiada apa yg terpapar. huh, cemas sungguh dibuatnya. Sy terus naik ke bilik server melihat apa yg berlaku. Tekan2 xda apa yg dipaparkan. Gelap! lagi lah cemas sy dibuatnya... sy terus menghubungi kak liza @ tokey server; hehe.. untuk membantu sy. Alhamdulillah sy bersyukur, sbb kak liza selalunya xmengecewakan, sentiasa bersedia kalau sy mohon bantuan, lebih2 lagi urusan kerja (dan urusan peribadi;). Bak kata pepatah kera*aan; setia dan sedia berkhidmat lah. Kredit to kak liza.

Selepas diselidik2, rupanya memang ada cubaan untuk menceroboh laman web jabatan saya. Huhu, laman web kesayangan ku. Sy buka coding template mula lah pening kepala.. melihat hampir 2000 line yg telah ditambah ke file itu. Adei! sakit kepala ku. Line2 tersebut sy telah remove tp sy jangka, akan ada cubaan lagi selepas ini. Mcm2 ku cuba disablekan, tp siapakah yg akan menjamin laman web kesayangan ku itu dapat dilindungi.. help me.. help me... walau bagaimanapun, melihat perkara ni terjadi,sy bersyukur, rupanya masih ada yg syg, masih ada yg risau;) bos2 ku dtg untuk menyatakan rs risaunya terhadap perkara ini.

Laman web ini memberi makna yg sgt besar kepada hidup bekerjaya sy. Inilah hasil kerja sy yg pertama (walaupun xlah seberapa). Sy mulakan kerja sy dengan penuh semangat dengan membina laman web ini. Dengan bantuan rakan2 di satu seksyen, akhirnya laman web ini di luluskan oleh bos untuk diguna pakai sebagai laman web rasmi. Akhir tahun ini, genaplah 2 thn laman web ini digunapakai. Walaupun sikit lagi, mungkin bos minta yanmg lebih canggih drpd ini @ mungkin setelah sy bertukar, laman web ini juga bertukar... tp sentimental value nya cukup tinggi bagi sy:)

******************
Hari ni muhammad tinggal dirumah dengan abi. Maklumlah, dua hari dia asyik bertanya.. mana abi.. mana abi... Pagi td waktu hantar ke rumah kak misah, tiba2 dia menangis; huhu.. ummi dengan abi pun nak menangis.. kenapalah anak bujang ku hari ini; sedih semacam xmau berpisah... abi pun akhirnya pasrah, bawa muhammad balik rumah, tp kesian jugak sbb mlm ni abi akan kerja.. kalau muhammad buat hal.. nampaknya xboleh lah abi berehat. Mudah2an semuanya baik2 shj.

Sedikit ayat Allah untuk direnungi:

--
http://adiemad.blogspot.com/

1 ulasan:

pu3qute berkata...

hee..hee cemas rupanya.. nasib la tak ilang semua data tu.. kim salam la kat tokey server tu.. ahaks :P