Rabu, April 21, 2010

keperluan pandai nasheed bg seorg ummi

Alhamdulillah ala kulli haal..


sudah 3 hari bercuti di rumah bersama anak2 dan abi, mmg berat rsnya nak kembali ke ofis. berat bukan kerana xseronok dengan tugas yg di amanahkan, tp berat kerana jauh.. kuang3x;) .. memujuk diri, melihat yg positif... dlm perjalanan itu, byk ilmu yg boleh ditimba sambil menikmati pagi yg indah ciptaan Allah. Ummi suka tgk matahari tgh naik dan matahari hampir terbenam. Subhanallah cantik.. setiap kali matahari bersinar terang dan menyilau. ummi ckp pada muhammad.. "muhammad2, tgk matahari tu.. cantik.. subhanaLLAH.. cuba mengajar dia menghayati keindahan alam dan mengaitkan dengan kebesaran Allah. Anak sebesar itu, xpasti dia faham atau tidak... tp nak tahu kesannya, ummi rs kene diamalkan selalu.. baru nampak:).. muhammad akan jawab ala2 Shin chan.. "oo... matahari.. oo.. cantik" yg selalu buat ummi, abi dan siapa sj yg mendengarnya tergelak/tersuka.. Tp muhammad agak alergi dengan sinaran matahari, mungkin sbb xcukup melanin. bila tgk sinaran matahari, biasanya muhammad akan terbersin.. asheem.. kemudian tersenyum, dan mata tergenang sedikit air. sekali lagi ummi suka gelakkan dia.

masuk ke kawasan hulu bernam pagi ni, tgk serba sikit perubahan segera sempena pilihan raya.. ahaks.. jalan2 mula diturap.. drpd xde devider ada devider.. dan yg pastinya bendera dan sepanduk penuh di tepi2 jln. apa yg ummi rs sedikit mahu protes.. keadaan2 itu kdg2 membahayakan keselamatan jalan ry.. bendera byk sgt sampai nak melintas pun xnampak. xkiralah siapa pun, jglah adab awam .. mungkin benda sekecil ini pun, kita boleh kembali kpd konsep, matlamat tidak menghalalkan cara.. mm, sbnrnya xjuga kecil.. tp ramai yg menganggapnya remeh.. ye lah hanya di sebabkan kesalahan kita meletakkan bendera sampai menyebabkan kemalangan, dan menyebabkan kematian? xke itu benda besar.. yg penting kena ada sensitiviti dengan hak awam.. huhu, lg satu td, mujur ummi masuk highway.. kalau x, mesti terlibat kesesakan lalu lintas.. on da way balik, jln tgh diturap.. agak2 la kalu mahu buat kerja pun;)..

sampai diopis, hampir separuh kawan2 opis tgh bersiap sedia untuk ke kajang, buat lawatan sambil bljr. nak ikut.. tp ummi batalkan hasrat, sb mengenangkan khamis nnti ummi kene gi trainin ke ipoh pulak. ummi kena buat preparation untuk demo laman web baru instun jumaat ini. jd tinggallah ummi dan 2 org lagi kwn di ofis.. hr ni pun nampaknya lengang lagi.. cuma byk org luar yg dtg ke instun untuk kursus dan ada peperiksaan PTK.

isk.. pjg pulak membebel... ringkaskan. ummi tertarik dengan tulisan UZAR mengenai bolehkah wanita berdakwah melalui nasheed. tgk gelombang hr ni... dengan rancangan realiti tvnya.. masing2 berlumba2 untuk menjadi penghibur. dan sebagai pendokong islam yg sedar juga ttg gelombang ini, tercari2 apakah alternatif yg boleh di buat bagi menggantikan perkara mungkar ini dan menarik perhatian para pendengar yg terdiri drpd para remaja terutamanya.. tp kdg2 dlm kita mencari alternatif, kita kdg2 tersasar.. tanpa perincian dan pendirian yg teguh, alternatif yg kita ciptakan itu, kdg2 membawa kemungkaran yg hampir sama.. bacalah tulisan UZAR td, dr awal sampai akhir untuk memahamkannya. ummi tidak layak untuk mengulas.. cuma layak untuk bersetuju dan bersandar kpd pandangan itu.

keperluan pandai nasheed bg seorg ummi

di sini, ummi nampak keperluannya. nak mengimbangi pengaruh lagu2 pelik di tv, ummi mmg kena pandai nasheed. paling sedikit tahu mengalunkan zikir2 ringkas yg dpt menghiburkan anak2... ummi sgt perasan, pengaruh kat tv tu sgt kuat.. muhammad, seawal 2 tahun.. dia dah pandai ikut lagu aizat yg selalu keluar iklannya di tv.. "Aakuu iiitaa.. wooo..wooo woo" huh, mulanya ummi xperasan, rupanya lagu aizat itu yg dinyanyikannya. makin meningkat umurnya ni.. makin byklah yg di ingatnya.. asal iklan di tv sj, dia sudah boleh menyambungkan senikata seterusnya.. mm.. kuat cabaran sbg ummi kan? itu baru musik2 yg melalaikan, belum lg cerita2 di tv yg kadang2 kita terlepas pandang. nampak mcm anak xpeka dan belum paham... tp kdg2 terkejut bila anak sbesar itu boleh sampuk seolah2 faham.. kalau baik yg ditonton, baik lah.. kalau sebaliknya? contoh mudah.. muhammad kalau tgk cerita.. ada seorg tua ngan seorg muda sedang gaduh.. atau situa sedang menangis.. selalunya dia akan sampuk.. "Ummi, abg tu dia buat ummi dia kan? kan ummi kan?" ... kalau tgk rancangn bersama mu.. dia akan selalu ckp "Sian abg tu kan ummi kan2?".. mm, nampak mcm belum faham.. tp kalau begitulah, tandanya dia sudah mula faham, dan perlu di beri perhatian, apa cerita yg ditengok, apa lagu yg didengar..

ummi sendiri mmg dr kecil suka dengan nasyid. kalau jumpa opah di kampung, mesti dia akan ulang2 cerita masa kecik ummi suka sgt menyanyi, suka sgt bernasyid.. haha..lagu favourite "Hijrah itu pengorbanan".. lagu wajib setiap kali ada pertandingan nasyid di sekolah. masuk sekolah menengah, pun ada sikit2 lagi ummi ikut pertandingan nasyid.. jd solo la.. kalau x, ummi x heran.. kecenderungan tu mmg ada... kalau di pupuk maunya jadi penyanyi kut ummi ni.. alhamdulillah ala kulli haal.. masuk tingkatan 4, ummi ke sekolah campur MRSM muar.. ummi ada sikit2 kesedaran mengenai boleh ke xboleh wanita menyanyi di khalayak ramai @ lebih khususnya depan lelaki bukan mahram. Ummi ingat waktu tu, ada pertandingan nasyid di sekolah. Tidaklah menentang sekeras2nya.. tp ummi memberanikan diri menyatakan pendirian ummi, perempuan xboleh menyanyi mcm tu walaupun bernasyid..kebetulan waktu itu, ummi ajk biro HELWA badan wakil pelajar.. sekadar ajk kecik, tp ummi rs satu tggungjwb besar utk memperkatakan yg hak waktu itu.

nak nyanyi boleh, tp kene buat perincian betul2.. dpn lelaki bukan mahram tu satu perkara.. dgn seakan2 xdapat lari dgn tabarruj bila bernasyid satu perkara.. byk lagi lah.. takjub dengan suara sendiri.. huhu.. pun satu lg perkara yg perlu diambil perhatian.

tp bg ummi, ummi mmg kena pandai nasyid untuk anak2. dlm kereta on da way pegi balik keje ummi akan nyanyi sama2 dengan muhammad kalau kat ikim asyik promo brg je:D.. kalau ada ceramah @ apa2 yg ilmiah, ummi biar muhammad bobe sorg2 ummi dgr ceramah.. pagi2.. dekat subuh, ummi akan pasang zikir di pasokon yg mmg sentiasa terbuka ni, untuk kejutkan abi dan anak2.. suka bila muhammad yg tgh mamai2 tu, tiba2 dia ikut .. "lai sa laha mindu nillahi kaashifah.." mm, ya, kalau dipupuk kecenderungan tu pasti akan datang.. ummi yakin.. semoga Allah bantu ummi memupuk kecenderungan anak2 kepada perkara2 dan biah2 yg soleh dan solehah.. aamin..

dah jam 3.12.. mari tidur .. nnti lambat bgn subuh, lambat pegi keje .. huhu.


tata..

1 ulasan:

mumtazah berkata...

“Ana ni belajar di Libya dulu bidang al-Quran dan Hadis. Tapi tak hafal Quran lagi. Ana rasa tak boleh tenang selagi ana tak hafaz al-Quran. Yang itulah nanti nak dibawa jumpa Tuhan, dan sementara hidup, boleh kita kongsikan ilmu al-Quran dalam dada kepada manusia. Jadi, ana ambil keputusan duduk jauh dari tempat kerja supaya waktu dalam perjalanan pergi dan balik tu, ana boleh hafaz al-Quran dalam kereta. Perjalanan pergi balik ambil masa 3 jam. Cukuplah 3 jam sehari tu ana boleh hafaz al-Quran,” jawab ustaz tersebut.
sumber:http://ummuhani.com/?p=1187