Isnin, April 25, 2011

Singgah buang habuk!

Alhamdulillah ala kulli haal...

semoga sahabat2 semua dalam keadaan sihat. lamanya ummi x mengemas habuk diteratak ni. dan selama itu jugalah, jarangnnya ummi melawat blog2 yg ada dipautan fastabiqulkhairat. bukan xingat sahabat2. ingat sgt!

xsangka sekejap je dah nak masuk bulan 5. afif dah nak masuk 9 bulan tau:D.. instinct ummi mengatakan, dia akan challange kecepatan kakak n abgnya berjalan. muhammad @ 11 bulan, tasneem @ 1 tahun lebih sikit dapat jalan. Nampak buat masa skrg ni, afif dah mula belajar lepas2 tangan.. bila cakap "tatih" dia tersengih je dan teruja nak melangkah. harapan ummi.. cepat afif berjalan.. hihi, ringan lah sikit rasa sakit pnggang mendokongnya. dan lepas ni, peluh xkering belari pulak mengejar afif. (serupa cam muhammad ni rs nya;) )
hehe... buat lah apa nak buat. sementara tgh kecik ni, inilah dunia mu untuk di explore.. nnti dah besar, dengar cakap ummi ye. jgn degil2.. jd anak soleh! (tertonggeng2 abg kat belakang tu, layan afif main)

Tasneem?? Tasneem masih ngempeng lagi... tp slow je dia mintak skrg.. dah malu kut?? jenuh jugak nak mujuk dia supaya berenti. tp susah je gayanya, cuma skrg dia dah MALU. selalu juga usik2.. Anim dah besar kan. malu lah nenen. aina (kawan dia kat umah mama) xnenen dah. anim dah nak sekolah kan, tgk abg abg dah sekolah, xnenen pun. mlm td, waktu semua org dah tidur.. tinggal ummi dan anim je yg tak tidur lagi. mulanya nampak rilek je dia.. hihi, mcm dah nak tidur dah.. abi pulak, sblm lelap, sempat tegur.. "mari kita tengok siapa yg tahan gian".. lama juga tasneem menung... akhirnya rapat.. rapat... ummi anim nak "***" lepas tu dia ketawa.. dia pegang pipi ummi, dia cubit cam cubit pipi baby tu.. alahai.. kawainya.. lepas tu dia ketawa terkekek... Anim xmalu la... tp ummi pun xsampai hati.. ummi bglah juga dia melepaskan gian.. cuma alhamdulillah, skrg dia dah tahu, skjp je, lps tu dia tidur. sbb kalu dia gayut lama2 dia takut ummi marah n langsung xbg dah mcm hari tu.. letih, bukan xletih .. kalau sorg yg menyusu pun letih apatah lagi dua org yg montel ni. Ummi yg dah kerempeng je.. Alhamdulillah smg Alalh bg kekuatan untuk meneruskan usaha murni ni. mulut bising juga kadang mengeluh. Tp sbnrnya ini lah juga salah satu yg buatkan ummi selalu rindu dengan anak2.

Ujung minggu smlm, abi g kursus perodua di PJ. Kursus teambuilding kut. Riview balik jualan dan kualiti produk mungkin. Alhamdulillah, smg produktiviti makin meningkat. Antara yg abi kongsi ialah, tergugatnya juga jualan perodua dengan kehadiran kereta2 kecik dan kereta2 mampu milik yg hrga nak2 sama dengan keluaran perodua. Alamak.. salah satu nya Chery la?? mcm mana ni, abi buat ummi serba salah... Ummi sudah jatuh cinta lah dgn itu Chery. 1. sbb harganya yg sgt berpatutan dgn rupa, saiz, kebolehan. Tapi bg ummi, ini satu persaingan yg sihat untuk syarikat2 kereta tempatan buat suatu pembaharuan. 1 dari segi kualiti. 2. dr segi harga. dengar2nya kereta di malaysia ni antara yg 3 termahal di dunia. betul ke gitu? ini semua hasil dari google2an ummi sepanjang menyurvey kereta2 baru. Antara yang ummi pandang, hanyalah MPV yang mampu milik. kalau xmampu milik, mgkin ummi abi ambik myvi juga balik kut.

Mmg lah cita2nya nak pakai alphar, tp ukurlah baju di badan sendiri. Alphard tu, boleh beli 5 biji Chery ni kut. huhu. Jika xpikir ttg kapasiti keluarga yg bertambah, ummi nak ambik myvi lagi. myvi sedap.. mmg ummi selesa. besar pun besar. berpatutan, pun berpatutan. Tp jika setahun dua lagi tambah ahli, ummi xbercdg utk tukar kereta. itu point sbnrnya:) .. nak beli mpv memahal, mana mampu. Yg ni pun tercekik bila pikir:).. tp insha-Allah rezeki tu ada.. kene keje keras sikit. cuma yakin pada hadith nabi.. antara kesenangan hidup, pada rumah yg luas dan kenderaan yg selesa... xsemestinya mewah... tp kita senang berada di dalamnya.. xbyk ragam... kalau byk ragam, pening juga pikir kan.. doakan pilihan kami yg terbaik kali ini.

"Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat ketenangan." (an-Nahl: )
Rasulullah s.a.w. senang sekali rumah yang luas, dan dimasukkan sebagai unsur kebahagiaan duniawi.

Maka sabdanya:

"Empat hal yang membawa kebahagiaan, yaitu perempuan salehah, rumah yang luas, tetangga yang baik dan kendaraan yang enak." (Riwayat Ibnu Hibban)
Dan doa yang sering diucapkan Nabi ialah:

"Ya Allah! Ampunilah dosaku, luaskanlah rumahku, berilah barakah dalam rezekiku! Kemudian beliau ditanya: Mengapa doa ini yang banyak engkau baca, ya Rasulullah? Maka jawab Nabi: Apa ada sesuatu yang lain yang kamu cintai?" (Riwayat Nasa'i dan Ibnu Sunni)

Rasulullah juga memerintahkan supaya rumah-rumah kita itu bersih, agar nampak syiar Islam yang diantaranya ialah bersih, dan agar merupakan tanda yang dapat membedakan seorang muslim dengan orang lain yang menurut penilaian agamanya, bahwa kotor itu merupakan salah satu wasilah untuk berkorban kepada Allah.

yg di atas tu ummi kopipes je utk perkongsian bersama...

byk lagi ummi nak tulis sbnrnya slps beberapa lama xmenulis di sini. cuma memikirkan suatu perkongsian yg bermanfaat. cerita2 pasal family tu, sbnrnya hanya bunga2 untuk menjadi penyeri cerita.. tp apa yg ummi nak sampaikan hanyalah yg bermanfaat, yg mungkin org lain boleh ambil sedikit pengajaran. mcm kita tgk drama kat tv.. kengkadang moral storynya sikit je.. tp touch - up2 nya yg lebih.. tp, kalau boleh ummi xmau lah jugak drama yg mcm tu. ummi nak, kalau boleh, moral of the story nya yg byk.. touch - up2 tu supaya, org lebih senang nak absorb point2 moral tu . smg ini menjadi amal jariah ummi satu hari nnti.. amiiin

4 ulasan:

WAK berkata...

salam...

welcome back! :) moga istiqomah sokmo...

p/s : ah...nikmatnya hidup jika bebas hutang...

Unknown berkata...

wak: betul la... rsnya salah satu nikmat idup yg besar.. ialah rs bebas dr hutang.. aduh .. camana ye. kene usaha keras! insha-Allah

nikoniko_mama berkata...

assalamualaikum, aah la adi... kakbit pun comfort ngan myvi, senang parking, nak handle anak pun senang kan dlm myvi (dlm lingkaran boleh mencapai lagi.. heheh) , tapi.. same as adi jugak,, kalau diberi rezeki cahayamata lagi..manala tau kan.. 2org lagi ke.. hehhehe... kena pk gak kereta yg lebih besar... takpe adi.. happy for you for your happy family..^^ oshiawase ni ne.. ;)

Unknown berkata...

waasalam kak bib.. hihi tu la.. budak dua org tu, kalau nak tido, masing2 duk berebut dah.. masing2 nak baring. kalau afif besar sikit lagi, 3 org pulak berebut:D.. cumanya terpikir gak.. siap alah agaknya yg sudi duduk row paling belakang;)

dulu kita, susah2 adik beradik 4, 5 org xkisah pun berhimpit duk dalam kete :) teringat pulak...