Selasa, Oktober 07, 2014

aidil adha 2014

alhamdulillah ala kulli hal.

kejap nya rasa ct 3hr. smlm dah tgal kenangan. hehe. rasanya thn ni tahun ptama kami dpt beraya 5beradik dgn mak sejak 8thn yg lalu. kesian mak. mak mesti sedih tp xpernah tnjuk. masing2 dah berumahtga, terpaksalah bergilir2 dan byk beralah. terutamanya umi dan nya. kmpung suami jauh. kelantan dan kedah, maka selalunya beralah sbb kononnya jrg blik. huhuhu. tp balik kelang pun jrg. kdg2 sbln sekali pun x. muhasabah diri sendiri. sibuk sgt dgn urusan duniawi. sehingga terlupa nak lumba2 rebut pahala menyantuni bnda selagi hayat masih ada. peluang menyantuni ayah bonda bukan setakat kewajipan, tp satu kemuliaan. beruntg siapa yg selalu diringankan bdn untknya.

kami blik dr kg pg tadi. pukul 850 br smpi ofis. lewat. muhamad pun terpaksa dipntengkan. mulanya plan nak btolak ke tjg malim jam 4pg. tp terjaga xlarat terus tgu subuh. lpas subuh br btlak. penat betul smlm. mak jmpt org surau baraan di rumah. xramai pun, dlm 20org. tp persdiaannya dr pg. lepas blik dr ziarah kubur abah, terus ke pasar, dan terus mula masak2. menu mee kari, bubur caca. resepi mak. umi tlg2 potong2 dan cmpak2 mengikut arahan mak. tp memg dr pg xberenti duk d dapur. huh. capek. tp puas. alhamdulillah. resepi mak memg terbaik. sdp:-).

muhasabah. kita selalu terlepas peluang untk bertakbir sepanjang raya ni. blh sehingga 13 zulhijjah. tp ramai kita yg leka termasuk umi lah. kalu kita usaha ambil ms sejenak lepas solat untk takbir, baguskan. dpt buat secara jemaah, best dan lbh smgt. dan xlupa. fadilatnya besar!

Ahad, Oktober 05, 2014

salam aidil adha.

alhamdulillah ala kulli hal.

selamat hr ry aidil adha untk smua. smg dpt menghayati erti pengorbnan nabi ibrahim dan ismail. atas tnda kecintaan dan ketaatan kpd allah.

wakttu menulis ni, br sj selesai mengenyangkan perut. smlm waktu smpai, opah dah siap dgn nasi impit, kuah lntong, kuah kacg rendang kerang dan mcm2 lg. kami smpi lg 5 minit nak buka puasa. hu hu hu. mak ngah dlm pntang. umi pulak lmbt smpi. mujur ada mak anjang setia meneman opah memasak. sbg gntinya, umi sdia jd tkg bsuh pinggan. dan pg ni sblm pegi solat raya, umi msk nasi arab mandy, sup kmbing dan rendang kambing. alhamdulillah, mabeles;). rendang kmbing best!

solat raya d surau dinussaadah ni je. tak ramai org, jd, sng bwk anak2 solat sekali. byk kenangan d surau ni. duduk d taman perumahan ni dah lebih kurg 25thn. surau ni, arwah abah dan org2 taman ni gotong royong bina. buat kutipan derma. ingat dulu ms kecik2, abah suruh pusing taman ni dgn kwn2 untk collect derma. dulu ms kecik2 suka main kat surau ni, terutama bulan ramadan. smbil main, smbil terawikh, smbil tadarus. waktu subuh, biasa abah kejut untk solat subuh di surau sekali. kenangan paling manis sepanjang hidup:). hr ni smua dah besar panjang. dulu abah yg bc khutbah ry d depan. td pg, pak anjang. smg ada yg meneruskan kecenderungan arwah abah tu. mudah2an anak2 umi yg lelaki pun nanti minat untk "menggantungkan hati di masjid rumah allah" amin.

waktu menulis ni, abi anim afif pegi ikut opah melapah lembug opah korbn sebhgian tahun ni. muhamad xmau ikut. umi ingat nakg sekali td. tp yaya tidur sdp pulak. jd blh lah umi tmpg tidur sekali. hehe. ptg krg kita nak memasak daging pulak. xhenti mkn musim ry ni. alhamdulillah. rezeki.

i.allah 2mlm kat rumah opah. kalu blik sini jrg lama2. xmcm blik kelantan biasanya kalu blik smgu. ye lah jauhkan xberbaloi blik skjap.

doakan smg smua d permudah urusan dunia akhirat. amin.

Sabtu, Oktober 04, 2014

emo dan mengandung

alhamdulillah ala kulli hal.
bestnya cuti. yg bestnya, pg nombiri sikit. blh masak sarapan pg dgn tng. uruskan anak2 pg pun xde apa yg nak dikejarkan sgt. kalu tak, hr muhammad sekolah, lps siap solat subuh siap2kan sarapan untuk muhammad, tapaukan mkn juga sbb di sekolah muhammad tak ada kantin. ok juga, kalau ada kantin pun, risau juga umi. sekolah cina :).  pagi2 biasanya masak simple2, takat alas perut umi dan anak... nasi goreng ke, mi goreng ke, bihun goreng ke. kdg2 makan nasik lauk mlm td. simple tp berat... umi terutamanya, mmg mcm tu.. dr dulu, pg biasanya mkn berat. anak2 mengikut. kdg2 ikut mood. tp standby sj, selalunya diorg minta...
hr ni cdgnya nak blik ke kpr. mgkjn ptg2 sikit. hr ni kedai masih buka. abi pagi2 lg dah ke kedai. hr ni abi puasa. umi puasa smlm, sbb memikir hr ni mcm pyh je nak puasa kalau dengan anak2 di rumah.. iman tak cukup kuat. hehe. anak2 goda.. memasak.. alamatnya nnti puasa yang yok pula umi. mcm budak2;)
alhamdulillah, usia kndungan dah masuk 4 bulan. kali ni umi rasa alah teruk sikit. tp alhamdulillah, rasanya tak mengganggu selera mkn; mkn masih mcm biasa. walaupun uwek2 teruk juga pagi2. kalu lps sarapan, mandi kan anak2, anak2 berak.. uwek2 lah lps tu nnti. kalu ada pampers di bilik mndi, cepat2 lah kemas sblm uwek2.  kalu ada baju2 busuk dlm bilik yg belum basuh, cpt2 lah kemas masuk mesin supaya xuwek2;).. yelah, uwek, uwek jugak.. tp kalu xbuat, siapa yg nak buat... mcm ni lah ibu.. kalu dah terbaring, xboleh bgun dan bergerak, barulah dinamakan sakit2. kalu takat uwek2, demam tu.. itu "small matter" kena juga harungi.. kena juga buatkan. mungkin juga, dr kecik smpai besar, rs mcm tak pernah ingat bila mak kita demam atau sakit kan? mcm hmpir xpernah. cergas setiap ms memenuhi keperluan keluarga.. yg ada mungkinlah bebelannya untuk menghilangkan stress.. dah besar, baru kita mengerti kan.. bila sampai ms kita pula yg jd ibu;). alhamdulillah ala kulli hal. ini semua pahala.
mengandung kali ni, kuat juga nak emo. rsnya mungkin sbb penat menguruskan anak2 yg tengah nak besar ni sama. selalu lah depa ni kena marah. heheh. sbr ye anak2, xlama.. 9 bulan, ada rezeki bulan 3 nnti ahli rumah kita bertambah, masa tu mesti lg meriah.. hrpnya masa tu anim, afif, muhammad yaya dah blh lebih berdikari dr sekarang... boleh tolong umi buat keje2 rumah. atleast kalu pg2 dah blh mndi sendiri, mkn pinggan dah blh bawak dapur sendiri, susu lepas minum terus hntr singki, baju kotor dah blh ambik susun letak dlm bakul sndiri, pun alhamdulillah, byk dah umk ringan kat situ kan... tq anak2..
yosh, mari berkemas balik kg! ckp ngan opah smlm nak bertolak pg. tp nmpknya kena tunggu urusan abi selesai dulu di kedai. mgkin ptg sikit baru kita bertolak.

best x. ms ni muhammadumur dlm setahun kut. firefox ngan abi.

Jumaat, Oktober 03, 2014

kesan minyak naik kepada kami.

alhamdulillah ala kulli hal.

pertamanya, syukur kepada Allah yg memberi rezeki.. yg memberikan segala kecukupan..

kalau tulis ni kang, takut ada yg kata, xbersyukur betul, malaysia masih aman!

kami selalu travel... tjg malim kl tu, biasanya mmg tiap minggu pergi... kdg2 bukan hr minggu pun pergi, urusan kerja dan urusan bisness abi...

kalu isi minyak rm50, kurg 2 liter dr sblm ni. kalu myvi, 2 liter blh jalan purata 34km.
34km lbh kurg jarak dr tjg malim ke bkt beruntung.
kalu sbln isi minyak rm500, bererti jarak berkurang lbh kurg 340km.. blh lg sikit nak sampai kota bharu tu
dr tjg malim.
hehe. kiraan kasar.
kesannya kepada kami yg selalu berulang dr sini ke bukit beruntung, rm50 blh dapat 5 kali perjalanan dr
tjg malim - bukit beruntung. sekarang tinggal 4x perjalanan. bermaksud, kalu 2hr berturut g bukit
beruntung, balik hr kedua tu dah kena isi sekali lg.

Khamis, Oktober 02, 2014

Tanggungjawab dan kewajipan

Alhamdulillah ala kulli haal..

Jap je hari ni dah hari khamis. ofis dah mula lengang. ramai yang dah mula bercuti untuk hari raya aidil adha. kami tahun ni, insha-Allah beraya di Kapar saja. Tak balik ke Kelantan. Cuti pun umi tak sambung tahun ni. Jumaat - Isnin je ;). simpan cuti untuk beranak. Hehe, Stok cuti bersalin dah nak habis.

Malam tadi kami ke PJ ziarah onyang yang tak berapa sihat. Lepas balik kerja, kemas2 rumah jap.. sebelum maghrib bertolak. Dekat pukul 7 kut. Sampi di PJ dah dekat pukul 8.30. Alhamdulillah, onyang nampaknya dah makin beransur sihat. Sedih je. Umi sembang dengan dia, dia kata.. " Macam ni lah ila, "barang dah lama".. sementara tunggu masa nak habis macam ni la, mcm2 sakitnya.." Doakan onyang cepat sembuh seperti sediakala. Smlm nampak tu dah makin ceria. Malu pulak, sampai2 je .. anak2 mintak nasi!.. Memang lah umi tak sempat bagi mkn lepas balik kerja smlm,. smpt bagi mkn roti dan buat susu je. Opah cu hidang nasik. Makan lah anak2 dengan penuh selera, walaupun dah ngantuk. Dekat jam 1 kami sampai semula di rumah. Siap singgah tidur kat RnR sg buluh lagi. Org cerita pasal minyak naik pun dah tak berdaya nak pegi beratur isi minyak sebelum jam 12.. lebih baik tidur hilangkan ngantuk jap. Dah tak berdaya nak kata apa dah.. naiklah apa nak naik.

Sunyi pulak mlm tadi, tak banyak kereta di RnR seperti biasa. Risau jugak. tidur jap dalam setengah jam.. ilang ngantuk, mulakan perjalanan semula sambil layan nasyid2 di IKIM. Best drive mlm2 ni kalau tak ngantuk. Hilang jiwa kacau.



Muhasabah pagi ni...

Selalu lah semak checklist tanggungjawap dan kewajipan kita. Kalau dah namanya "tanggungjawap" dan "kewajipan", itu tak perlu tunggu diminta buat baru nak buat. seboleh2nya buatlah sebelum diminta. Kalau "tanggungjawab" kita tu, tak suka meminta-minta (disebabkan ego, malu, marah dan sebagainya), maka naya kita sebenarnya.. kita menganiaya tanggungjawab kita itu secara sedar atau tidak. Maka naya kita dihadapan Allah. Mungkin sbb itu, kita perlu cek semula ceklist tanggungjawap dan kewajipan kita yang asasi. Mudah2an Allah bantu kita semua dalam menelaah tanggungjawab. ye lah.. kadang2 terlupa. Allah lah yang boleh bantu kita untuk ingat semua tu...

Alfaqirah ilallah.