Khamis, Julai 14, 2005

Bertahajjudlah Bersama-sama Orang Yang Bertahajjud

Qiyamullail dapat memberikan ketenangan kepada jiwa dan memberikan kedamaian
di dalam dada.

RasuluLLah menyebutkan di dalam hadith sahih bahawa hamba yang bangun di
tengah malam, ingat kepada Allah, kemudian mengambil wudhu', dan melakukan
solat, maka dia akan semakin bertenaga dan tenang jiwanya.

"Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam." (QS. Adz-Dzariyat:17)

"Dan pada sebahagian malam hari bertahajjudlah kamu ebagai ibadah tambahan
bagimu." (QS. Al-Isra':79)

Qiyamullail akan memenghilangkan penyakit pada tubuh. Ini adalah hadith
sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud: "Wahai Fulan, janganlah engkau
menjadi seperti si pulan. Dulunya rajin melakukan bangun malam, namun
kemudian dia meninggalkannya."

Dalam hadith yang lain disebutkan: "Sebaik-baik hamba adalah disaat dia
melakukan solat malam."

Usahlah kita menangisi sesuatu yang tidak kekal. Sesungguhnya segala sesuatu
yang ada di dalam dunia ini adalah fana kecuali Allah SWT.

"Tiap sesuatu pasti binasa kecuali wajah-Nya(Allah)." (QS. Al-Qasas:88)

"Semua yang di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal wajah Rabbmu yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (QS. Ar-Rahman: 26-27)

Orang yang menyesal dengan keduniaannya, tidak ubah seperti anak kecil yang
kehilangan mainannya.

Rujukan: Laa Tahzan.

Tiada ulasan: