selesai sudah episod musafir ke sabah.. rs lega pun ada sebab hari yang ditunggu2 tu dah berlalu. iyelah excited juga nak bawak anak2 jalan jauh lihat tempat orang hari tu. alhamdulillah semua nya berjalan lancar. sebenarnya ummi berkursus pada hari jumaat di dbkk untuk lihat sistem pemetaan yang digunakan di sana. macama mana mereka menguruskan bandar kota kinabalu melalui sistem quantum GIS yang dibangunkan.. dari segenap lapangan sistem tersebut digunakan.. dr kutipan sampah, kutipan cukai, untuk monitor hartanah, perumahan haram, sistem perparitan, monitor banjir dan sebagainya, semuanya bergantung kepada sistem tersebut. memang powerful. dan apa yang menarik perhatian, sistem tersebut dibangunkan secara inhouse oleh kakitangan yang terlibat... nampak lebih nyata dan jelas hala tujunya.... rs muhasabah diri.. mereka benar2 bekerja untuk memastikan urusan bandar Kota Kinabalu tu berjalan lancar.. ada dikalangan mereka tu, cuma grednya R1 tapi bekerja seperti programmer dan juga turun ke site sendiri untuk buat kerja2 tersebut.. malu dan rasa muhasabah diri, mereka dapat gaji R1 tapi bekerja bagai nak rak.. malu rasanya kalau bergaji besar tapi kerja main2 :(
kebetulan akan sampai ke Sabah, ummi apply cuti untuk jalan sama2 dengan anak2, abi, opah dan opah wah. Opah semangat juga nak berjalan di sini. mungkin sebab lebih kurang 40 tahun yg lepas opah pernah tinggal kat lok kawi, penampang sabah .. sekitar tahun 1976.. kakak umi yg sulung lahir kat sana. Masa tu arwah abah kerja sebagai askar di sana. asalnya memang seronok duk mikir nak bawak anak2 berjalan. tp sebab duk memikirkan "investment" yg perlu dibuat untuk berjalan ramai2 ni.huuuuhhh.. fikir panjang... berapa hari nak kena mkn meggi??? ;) . tapi tengok opah yang bersemangat, suruh bawa anak2 bersama, xpelah kami pejam mata sahaja berkenaan "investment" tu... lepas tambang, mkn dan penginapan pun jadi lah... yg lain2 kita fikirkan kemudian..
awal sebulan umi tempah flight, tempah homestay dan juga kereta.. cuba survey2 nak dapatkan homestay yang murah dan selesa untuk anak2 dan opah.. hotel budget byk.. cuma kalau dapat homestay, yg murah 2 bilik... mungkin lebih selesa untuk 4 dewasa 4 kanak2.. abi pun mesti segan kalau duk sebilik ngan opah n opah wah... dan urusan logistik pun akan jadi lebih payah kalau umi menginap di hotel lain (tempat berkursus) dan opah/opahwah di tempat lain... mesti jadi lebih kalut, nak urus kan anak2, dan nak hntr/beli mknn... satu duk mikir, anak2/opah mesti kelaparan menunggu umi balik. abi pun mesti jd lebih sibuk menguruskan anak2 dan juga duk sibuk waktu nak kena keluar gi beli mknn masa umi sedang berkursus... jd lepas bincang2 .. ya lebih baik ambil homestay, boleh masak sendiri.. anak2 dan opah terkumpul di satu tempat.. waktu umi kursus umi aman dengan urusan umi, dan tak memikir mana nak prepare makan untuk diorg dan sebagainya... alhamdulillah perancangan tu rsnya memang berbaloi2 untuk "investment" yg dibuat... kalau duit kita sekepuk, mungkin kita tak kisah duit kita mengalir byk.. tp nak menyimpan pun bukannya mudah. bak kata "simpanan beberapa tahun" nak dilaburkan untuk masa 5 hr. Biar ianya benar2 mendapat manfaat yg optimum...
Day 1.
Sampai di KK lebih kurang jam 1230 tengahari. Kereta sewa dr FRH Kereta Sewa Sabah sampai lebih kurang 15 minit selepas kami siap ambil luggage. Servis tip top.. alhamdulillah, kami dapat Saga Flx baru. Dengan hrga RM100 sehari.. beberapa tempat yg kami survey, rate untuk saga flx auto, rm120 - rm140 sehari, dan sekiranya pulangkan lambat.. akan charge RM5 sejam, lebih 5 jam dikira sehari. Apa yg menarik perhatian, FRH Kereta Sabah untuk 4 hari tersebut, solid ambil RM400 shj.. tanpa kira kan baki jam yg terlewat pulang.. (pulangkan semula kereta jam 6.10 ptg 2/11). Memang rasa bersyukur sgt.. sblm tu, buat muka tak malu, tanya dulu lah kan, sama ada ok atau tidak.. kalau tak boleh mungkin kami redha je.. (kalau budget ciput, kdg2 mmg terpaksa buat muka tak malu.. hehe.. cuma hrpnya kita tak menganiaya org atau mengambil hak org)
sampai2 kami terus round untuk cari kedai makan.. round tanjung aru.. tapi sebab rasa cuaca terik sgt waktu tu, kami meneruskan perjalanan ke kundasang. plannya, kalau jumpa kedai mkn tengah jalan, kami singgah.. sebelum sampai tamparuli, ada satu kedai makan mamak.. tp xrecomanded lah.. kedai tak berapa bersih dan hrga agak mahal, dengan kualiti makanan yg disediakan... portion makan kami temphhari untuk 4 kanak- 4 dewasa.. ambil 6 nasi goreng dan 6 air teh ais... RM50++ .. sangsi tu sbb mcm tak berapa nak bersih... dah tersinggah, maka terbeli dan termakan.. alhamdulillah dapatlah isi perut, cuma dalam hati.. lps ni tak singgah dah ...
Selepas makan, kami terus ke Kundasang mencari homestay yang telah kami booking Inap Desa Qistina. Otw tu lalu di Tamparulli, kami singgah di Rumah Terbalik tak masuk pun cuma dari luar.. tiket agak mahal, RM10 seorg.. Dah survey2 di blog2 traveller, kebanyakannya dah menceritakan apa ada di dalam. Rasa mcm dah tahu suasana di dalamnya.. Tiket mahal dan boleh masuk sekejap je.. jadi kami cuma berenti tgk dr luar je..
Teruskan perjalanan ke Kundasang.. Sementera mencari tu, kami singgah di Desa Dairy Farm. masa tu hujang renyai2. Rasanya lebih kurang 430. Ingat nak singgah jap. tp sbb hujan, kami tangguhkan ke esok dan terus ke Homestay. Jarak dr homestay ke desa dairy farm, cuma lebih kurang 800m. Cuma jalan ke homestay agak mencabar. Kami minta tuan rumah jemput. Dekat je rupanya cuma tak tahu homestaynya yg mana satu. memang dapat merasa suasana kampung betul di situ. Kampung Mesilou. Suasana malam sgt sejuk, rasa tak mahu keluar dari selimut.. malam tu blackout lebih kurang jam 1 - 3 pagi. Anak2 tak sedar langsung.. mungkin sejuk dan penat. Maisng2 duk bawah selimut. Yaya ada megigau sekejap.. lucu pulak tiba2 dia sebut "Oh my English" nape tah ngigau camtu... Ummi, memang jadi pengawal setia "hirosah".. Kat tempat org memang susah tidur.. tidur2 ayam, cukup sekadar menegmbalikan stamina untuk esok... Jam 4.40 pagi dah masuk subuh.. Rasanya umi tidur cuma berapa jam malam tu, walaupun anak2 xdelah meragam minta susu atau apa.. Lagi satu, mungkin terlampau excited memikirkan hari esok. Bhy gak kan.. esok belum tentu menjelma.. :P.
Sewa Homestay Qistina ni, RM160 satu malam. 2 bilik 1 bilik air. lengkap dengan heater di bilik air. itu yg paling penting. Kalau tak memang tak mandi jawap nya. Malamnya kami singgah di kedai runcit kampung tu, dekat je xjauh dalam beberapa meter dr rumah. Xde apa sgt di kedai tu, brg2 harian. Kami cuma beli ikan sardin shj. Plan asal, nak merayau di KK beli brg mentah, tp takut tiba lewat di Kundasang dan jalan dah gelap takut susah nak jumpa homestay. Jadi mlm tu cuma makan sardin, telur dan masak nasik sj lah ;). bg yang plan nak memasak, di sarankan boleh beli siap2 di KK kalau sampai awal.. memang berbaloi2 kalau boleh buat bbq di kundasang waktu sejuk2 mlm tu.. kami terlepas, sbb bimbang juga tentang perjalanan petang itu
Alhamdulillah tuan rumah homestay baik hati. Kami minta extend check out. Dia benarkan cuma, sbb rumah yg kami tinggal ada yg nak masuk, dia minta kami pindah ke rumah bawah.. payah pula pindah2.. dan pejalanan masih jauh. jadi kemas2 pagi tu siap2.
Day 2.
Sebaik selepas solat subuh, kami keluar pusing2 di kawasan rumah, melihat suasana kaki gunung kinabalu. Baca2 pengalaman org yg pernah pergi, jam 6pg view paling cantik sekali untuk melihat puncak gunung kinabalu. Masuk jam 9 - 10pg, kabus dah naik dan menutupi puncak gunung... memang betul rupanya.. view sgt cantik... dalam keadaan sejuk, kami pusing2 dikeliling homestay menikmati suasana pagi yng indah itu.. Subhanallah.. tenang!
Lebih kurang jam 8.30 kami check out dr Inap Desa Qistina. Terus menuju ke Desa Dairy Farm. Apa yg menarik di tempat2 yg dilawati di Sabah ni, tiketnya agak murah.. dewasa lebih kurang Rm 4 - RM 5.. Kanak2 dlm RM3.. Ok lah, masih boleh consider. Best juga di sini... macam berada di new zealand (org cakap la.. ummi xtahu, ummi xpernah sampai new zealand ;). sempatlah kami lihat lembu tengah meragut rumput berlatar belakangkan gunung kinabalu.. kat sini, opah belanja makan pizza yg dijual di dalam tu.. sedap pizza dia.. mula opah beli sekeping... di sebabkan sedap.. opah beli lagi sekeping.. kenyang kami pg tu.. kemudian kami beli susu segar dan juga aiskrim..alhamdulillah. Kenyang dan puas hati, tak perlu fikir untuk singgah mkn lagi tengahari tu.. bawak ramai2 budak2 yg blm berapa mumaiyyiz ni, memang singgah kedai mkn tu, suatu "kesukaran" juga.. selalunya kalau gi travel, kami cr tapau atau beli mknn yg mengenyangkan dan mudah untuk di makan dalam kereta.. kalau mkn di kedai, satunya.. selalunya anak2 akan nak mcm2, mknnya belum tentu habis.. air tumpah.. hehe.. itu perkara biasa.. kadang2 kami singgah juga.. tp jarrang.. jarrang...
Hening selepas subuh. SAB 4304 V yang banyak berjasa
lebih kurang 630 pg waktu ni. Puncak gunung kinabalu jelas di pandangan.
waktu nak check out.
Desa Dairy Farm.. puncak gunung kinabalu dah diliputi kabus. jam 9.30 lebih kurang waktu ni.
Dari Poring kami bergerak ke Spa Ikan Sg Moroli. Masa kat sini kami sesat skjp.. GPS punya pasal, point ke tempat lain.. dah jauh terlepas tu, kami plan patah balik dan balik je ke KK. Alhamdulillah otw tu lalu rupanya di Spa tu.. Berdekatan dengan teh sabah je.. Alhamdulillah dapat singgah juga. Opah teringin nak masuk Spa ikan tu... Umi, Opah dan Opah wah masuk. Berani, tapi geli. Ikan Kelah besar betis!!.. Tak sakit sgt, dia gigit ala2 mcm kucing gigit kaki manja2..terkekek2 juga umi di situ kegelian.. kami disitu dalam sejam juga... sempat naik canopy walk di situ. Xtinggi sangat.. bawa anak2 bersama kecuali yaya tinggal dengan opah n opah wah di kereta.. best!
Poring
SPA ikan sungai Morolli
Kanopi Walk Di SPA sg Morolli
Day 3
Sesudah subuh, umi bersiap2 mandi bersedia untuk ke kursus pagi ini. Kursus start jam 830pg - mlm sepanjang hari ni. Jam 6 pagi kami keluar dr rumah. Sebelum minta abi hntr ummi ke Tabung Haji Hotel, tempat sahabat2 lain berkumpul, kami ke Safma untuk lihat suasana pasar basah sabah, sekali gus membeli stok makan untuk beberapa hari di sana. Masuk2.. ya Allah, "mabuk" tengok pasar ikan dia dengan seafood yg banyak dan fresh. Banyak juga ikan2 yang tak pernah tengok. Meriah dengan peniaga2 yang memanggil2 supaya singgah ke meja masing. Yang pentingnya murah sgt2!!. Hasil tangkapan hari tersebut, kami habis lebih kurang Rm 90. dengan 1 kg ikan merah (RM10), 2 kg ketam (rm17 sekg), 1kg udang (RM19) dan sedikit rencah2 untuk memasak. Kalau tak memikirkan masa yg singkat berada di sabah tu, memang byk lagi rsnya kami borong... hasil tangkapan ini, cukup sehingga masuk hr terakhir kami di sana.
Hasil tangkapan di SAFMA
Di rumah opah dan opah wah memasak, sementara abi menjaga anak2. Rehat tengahari tu, umi tak balik rumah pun memandangkan agak jauh dan masa yang suntuk untuk pulang. Jadi sementara menunggu kawan2 ofis lelaki solat jumaat, umi berempat dengan kawan2 yg lain, merayau2 disekitar kawasan kami berkursus. Dalam hati, terkenangkan ketam yg dibawak balik tadi, pastinya isinya tebal sebab besar. Takpelah.. sabar saja menunggu mlm.
Agak teruja dengan suasana kerja di DBKK tempat kami melawat. Yang memberi ceramah grednya N41. Tapi dari ceramh yang disampaikan, pengalamannya banyak dan kelihatan dia sangat dapat menjiwai kerja yg di amanahkan kepada nya. Apa yg menarik perhatian, sistem quantum GIS yang dibina, dibina secara inhouse.. dalam keadaan perjawatan profesional yg agak terhad. Bahkan yang terlibat dalam pembangunan sistem tersebut ada kakitangan yang hanya berpangkat R1, pekerja rendah awam.. malah, diorang sendiri yang turun ke site untuk membuat survey terhadap pemetaan Bandar Kota Kinabalu yang perlu dibuat. Salah sorg yg terlibat dlm memberi taklimat dalam kursus kami, adalah seorg R1, yang mempunyai diploma dalam bidang tersebut. Disebabkan perjawatan yang sesuai dengan kelayakan beliau tidak ada di situ, beliau sanggup untuk berkhidmat sebagai R1. kagum umi.. gaji R1, tapi kerja seolah2 programmer dan juruukur yang perlu turun ke site2. Mereka benar2 bekerja!
Kursus kami disambung malam, hands on sedikit berkenaan sistem quantum GIS yang dibangunkan. memang bukan sedikit kerjanya. Sepatutnya perlu ada team, tapi disebabkan perjawatan profesional yang terhad di situ, mereka gunakan sepenuh tenaga yang ada. Memang umi kagum.
Malam tu, selesai kursus, abi jemput umi di hotel. Kami dating pusing2 bandar KK sat. Sementara anak2 dijaga opah dirumah. Alhamdulillah.. Kalau tak, pergerakan akan jadi agak terbatas. Abi nak memandu sorg dengan anak2 dalam kereta bersama, memanglah bukan benda yg senang dibandar yg asing bagi kami. Mujur ada opah.
Selesai round, kami pulang bila rasa mata dah tak boleh buka.. memang penat tapi seronok! Di bandar KK sahaja, kalau betul2 nak jalan, memang tak cukup sehari. Di situ lah ada pantai di situ lah ada tempat memborong yang menarik dan mcm2 lagi. Bandarnya juga terancang dan bersih, tak rasa serabut untuk merayau2 di sana. Dari segi keselamatan, memang lah ada rs sikit risau sebab ramai PATI juga di sana (filipina).
Day 4.
Plan kami pagi ni, ke Kudat. Kenangkan jauhnya, mcm rasa tak dapat sampai. Tapi teringin sangat nak beradak di puncak peta Malaysia (Tips of Borneo). tengok gambar2 yang traveller letakkan di blog2 mereka, memang rs nekad, saya pun nak sampai juga! insha-Allah. jadi pagi tu, kami bertolak dr homestay lebih kurang jam 9.00 pagi. Siap masak bekal untuk di bawa. Plannya sampai nanti kita berkelah, mkn di tepi pantai. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat suasana kampung2 di sana.. kami melalui kota belud, kota marudu sebelum sampai di kudat. memang jauh.. kami sampai di Kudat lebih kurang jam 2 petang. walaupun perjalanan jauh, tapi jalan raya utamanya ok. Umi ada membaca di blog2 ada terpaksa melalui jalan kerikil dalam beberapa KM, tapi alhamdulillah mungkin jalan tersebut dah di tar. Jalan raya yang dilalui ok sahaja cuma dikiri kanannya hutan. Agak sunyi.. tapi selang seli dengan kampung2.. seronok juga dapat lihat pemandangan sepanjang jalan.
Teruja nya bila tinggal lagi berapa KM.. subhanallah memang cantik.. bila berada di "tanduk peta". Pemandangan seluas mata memandang.. kami round2 sekejap disitu. hari panas terik. Sian juga kat opah n opah wah yang terpaksa turun naik bukit.. adalah dalam 1km berjalan kaki dr tempat parking kereta ke sini. Anak2 mcm biasa, masih "genki".. sibuk juga muhamamd nak turun dengan abi. tapi bahaya. Umi tak bg dia turun, tengok sj abi jauh di puncak peta...
abi di tanduk peta sabah
seluas mata memandang
Risau juga melayan kerenah anak2 yg "laju" je..
Selepas hirup udara segar di Tips Of Borneo, kami singgah ditepi pantai untuk makan tengahari. pemandangan cantik, tapi rasa mcm kurang sesuai untuk bentang2 tikar disitu. anjing banyak dan jinak. Mujur ada bangsal ditepi2 pantai untuk duduk dan makan disitu. cadangnya nak semayang juga di tepi pantai. tapi tengok anjing yg ramai, xjadi.. takut tersolat atas tahik anjing.. ;) berdekatan kawasan tu, ada surau kecil untuk solat. Kami pun singgah solat sebentar sebelum bertolak pulang.
Dalam perjalanan pulang, kami melencong sebentar ke kota marudu melihat suasana di sana pula. Sampai di kota marudu hari sudah gelap. Sudah masuk maghrib. Kami bertolak dr Kota Marudu jam 6 petang lebih kurang. Singgah di petrol pam untuk isi minyak dan urusan anak2 ke tandas..
diorg pun dah penat sgt. otw ke KK semua nya lena.. kecuali muhammad yg mata siangnya memang buntang. aman juga rasa.. kalau tak, afif dan muhammad asyik bergurau, yg membawa kepada nangis atau bergaduh... ;) biasalah anak2.. dilarang sekali dua diam jap.. lepas tu buat balik.
Kami sampai di KK lebih kurang jam 9. Singgah jap di pasar sinsuran untuk borong2 barang yg nak di bawak balik ke semenanjung. Opah dan opah wah memborong brg2 kering, dan juga beli2 sikit2 brg perhiasan di sana. byk juga kedai2 yg dah tutup dlm tu. Ok juga. Kalau tak lagi rambang mata.. mungkin hampir sejam kami di situ. Abi menunggu di dalam kereta bersama anak2 yg dah tidur. Alhamdulillah dapat tangkap brg2 dalam 10kg siap packing dalam kotak dan timbang. mudah juga urusannya. Umi jadi penasihat dan tukang bawa barang saja mlm tu. sebelum tu dah sempat survey2.. Tp peruntukan tak berapa banyak, jd tak berapa teruja sgt untuk sopping.. Cuma plan, next time.. tempat ni memang tempat yg bagu suntuk menjana ekonomi sekali gus turun bercuti.. hehe. Murah!
Sampai dirumah, siap2 mandi kan anak2.. masak nasi sikit dah kelaparan.. Mujur ada lauk tomyam yg masih ada ditinggalkan dalam periuk di dapur dan goreng telur sikit. Yg penting, mlm tu tidur tak lapar.. Siap makan kami semua berehat. Alhamdulillah untuk hari ini. tak sangka esok dah hari terakhir di sini.. Rasa sekejap sgt masa berlalu....
Day 5
Hari ni hari terakhir kami di sini. Elok selepas subuh, abi meneman opah dan opah wah ke SAFMA. Opah teringin nak tengok suasana di SAFMA. Pagi ahad ni, cepat brg2 habis. abi kata byk yg dah kosong. hasil tangkapan hr ni, sekali lagi, ikan merah yg besar (sekilo lebih), udang 1 kg dan juga ketam 3 kg!!!.. teruja ketam tu cuma rm8 se kg. hr tu, Rm 17 sekg pun dah rs murah... memang puas mkn. Modal hari tu cuma RM65 shj.
Sementara diorg berjalan2 di SAFMA.. umi mengurus anak2 di rumah, siapkan sarapan nasi goreng ala kadar. Plan hari ni nak ke Aquaria di UMS dan juga Zoo di Lokkawi. Cadang nak ke Zoo dulu. Tapi rasa panas pulak time tu, lebih kurang jam 830.. jadi kami ke aquaria dulu. Dalam hati, kalau jam 830 pun dah panas, satgi nak masuk tengahari mestilah lagi panas. Kami rs pasrah, xdapat pegi zoo pun xpelah.. Opah dan opah wah tinggal di rumah. tak larat dah nak menapak.. Kalau jadi ke Zoo, lagi lah siksaan buat mereka. Sebenarnya kalau ke zoo ni, seronok tengok telatah anak2 je... akuaria pun sama.... diorg yg paling seronok kalau dapat pergi dua tempat ni...
Akuaria di UMS tu kecik sahaja. Ok lah anak2 seronok. tiket pun murah je. RM3. dan anak2 bawah umur 5 thn xkena bayar. Dalam tu memang seronok lah depa terjerit2 kagum tengok ikan berenang2 di dalam aquarium. Keluar dari aquaria.. nampaknya hari jadi agak redup pulak tak seperti tadi. Alhamdulillah, rezeki memihak kepada kami. Kami terus bertolak ke Lok Kawi. jaraknya lebih kurang dalam 25 km dr UMS tadi.
Terjerit2 kekaguman
Tiket masuk ke Zoo, standard lah.. agak mahal.. RM10 untuk dewasa, RM kanak2. Kanak2 7 thn ke atas kalau xsilap. Jadi total kena byr RM25.. Umi, abi dan muhammad. Puas hati juga binatangnya banyak. Cuma mungkin tengahari, binatang ada yang ketiduran;) sekali lagi, seronok tengok keletah anak2 walaupun penat berjalan. Yaya pun kemain excited lagi berjalan... bertabah dia tawaf di dalam zoo tu tanpa minta dokong. Sampai di rumah terbungkang tidur.. hehe.. lebih kurang 2 jam juga di sana.. target kami perlu sampai di rumah semula sebelum jam 2 petang, nak siap2 packing dah nak berangkat balik ke semenanjung fligt jam 825 mlm. kalau sempat, boleh lah berehat jap sebelum naik flight tu...
Macam bawak budak2 tadika kan?
Terserempak dengan nihonjin (org jepun). teruja nak menegur mereka, terasa nak ckp jepun lama dah tak ckp. dapat snap 1 gmbr ni
kami sampai di rumah lebih kurang jam 2.30ptg. ingat nak hntr anak2 kemudian nak gi cari seafood lagi untuk di bawak balik.. tp tak sempat.. kemain lagi. penat bukan main. balik tu opah dah siap masakkan udang ikan dan nasi. Ketam opah dah siap siang, tinggalkan untuk kami masak apa kami nak masak. Umi pun buat ketam goreng ngan kari. Fuh, isinya memang tebal dan manis. Terasa2 sampai hr ni.. byk2 yg dah dimasak tu, tak habis pun dimakan. Kami tapau dan bawak balik semenanjung mlm tu. Alhamdulillah, takde yg terbuang. Cuma nasi terbuang sikit, sebab dah xde bekas nak menapau. huhu. Tinggal kat tuan rumah.
Alhamdulillah, tuan rumah Fahmie Homestay pun, mudah kami berurusan. Sepatutnya checkout hari tu jam 12. kami minta extand ke jam 530 ptg tanpa apa2 bayaran. Alhamdulillah mmg byk urusan dipermudahkan. kalu tak, mana nak cekau duit. Pejam2 mata tak beli apa2 sgt pun untuk shoping.. banyak duit yg habis untuk makan dan kudap2an. Dengan tuan rumah fahmi homestay kami tak sempat jumpa pun. Cuma berwahatap2. Kunci kami lock dr luar dan campak ke dalam rumah seperti kebiasaan. Kos sehari di Fahmie homestay, RM120. Jadi 3 mlm, perlu bayar sebanyak RM360. Berbaloi2 untuk penginapan 8 org. Rumah yang luas dan selesa.. Rasanya kalau kami bawa satu lagi keluarga besar kami dalam 4 org masih selesa untuk rumah ni. Ruang tamu luas.. kemudian ada 2 katil quenn dan 1 katil single. Kemudian ada di sediakan 1 lagi tilam single tambahan. Ok kan, kalau 12 org? Kalau anak beranak je, Rasanya ok sangat2.. cuma bilik air mungkin berebut kalau dah sakit perut;).
Petang tu, kami keluar dr fahmie homestay jam 5.40 ptg lebih kurang. Cemas jugak, takut lambat sampai ke airport dek jem.. Tengok kat waze, trafic merah juga.. tapi tak byk tempat. Kami sampai di airport lebih kurang jam 6.10 ptg. wakil FRH Kereta Sewa sabah sudah menunggu dengan 2 troli untuk memudahkan kami bawa turun barang2. Alhamdulillah Saga FLX tu byk berjasa.. jauh juga dia berjalan dan teruk juga kami lanyak. Hari hujan juga renyai beberapa hari tu. Sampai di kundasang memang comot sudah kereta tersebut dengan lumpur. milleage mencapai sasaran 1000km. boleh tahan juga tu untuk perjalanan 5 hari. Sbb biasa kalau kami gunakan kereta di semenanjung ni.. 5000km, lebih kurang 1bulan setengah ke 2 bulan.. Fuh. Terima kasih banyak sebab tak meragam waktu berkhidmat tu..:)
Baibai sabah. Kami meninggalkan bumi sabah dengan penuh kenangan. Cepat je dah rasa rindu dan tak puas meround. Malam tu naik fligh semua anak2 kepenatan kecuali yaya yang dah puas tidur lepas balik dr zoo... duk membebel seorang diri dlm kapal terbang menyanyi lagu PASTI.. "jalan tepi2, jalan lekas2" tak berkesudahan diulang2. umi xsedar pukul berapa dia tidur. Bila sedar dia dah tidur terpeleot di kerusi umi pun pangku sehingga sampai. Sian juga kesejukan dalam kapal terbang tu.
Selesai episod sabah. Insha-Allah ada rezeki nnti kami kembali lagi. Pengalaman ini sgt berharga. Alhamdulillah!
Ringkasan perbelanjaan:
1. Tambang kapal terbang (4 dewasa, 4 kanak2) : RM1640
2. Homestay (5 hari 4 malam) : RM 520
3. Saga FLX auto (1.00 ptg 29/10 - 6.00 ptg 2/11): RM 400
4. Barang-barang seafood di SAFMA : RM 157
5. Singgah makan di restoran hari pertama : RM 55
6. Kudap-kudapan sepanjang jalan.. rasa banyak jugak, tiap kalai berenti petrol pam, paling kurang: RM20. 5 x isi minyak purata duit kudap2an : RM 100
7. Minyak kereta (1000km berjalan, waktu pulangkan kereta ada lagi 2 bar): RM192.
8. Berbelanja di Pasar Sinsuran (beli brg2 kering, ikan bilis, ikan masin) : RM 200
9. Tiket masuk ke tempat2 menarik: RM120.
Jumlah kasar = RM 3384
Kena plan untuk post travel pulak, sementara tunggu gaji bulan ni 25 hb.. hu huhu.. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan