Alhamdulillah ala kulli haal..
Hari ini merupakan hari ke empat sy menghantar muhammad ke nursery INSTUN. Hari ni dah kurang sikit tangisnya waktu sy hantar... tapi masih disebut, "Taknak pegi rumah kakak, nak pegi rumah ummi"..
Biasanya, waktu hntr pagi.. sy cuma sediakan beg dlm kereta. Tp bila sampai di rumah kak misah, sy akan tanya muhammad sama ada mahu tinggal di rumah kak misah bersama tasneem atau tidak. Muhammad akan mengelak.. dia jawab " Nak ikut ummi..." Tp waktu lambai2 kak misah waktu pergi dan balik tu, dia akan sebut mcm biasa "Babai mama.. assalamualaikum" dengan pelat nya tersendiri.. Pelat juga kadang2.. cuma pelatnya tu, pelat meniru.. gayanya dia sudah boleh bercakap terang.. dan tersusun.. Tp suka meniru2 kawan2.. Sy cuba train di dirumah supaya ckp yang betul.. bila sesekali dengar yg pelat.. sy dan abi cuba untuk betulkan.. budak2 mmg cute kalau bercakap pelat.. tp, kalau boleh dia berckp lancar.. pikir sy, baik dilatih dr awal.. supaya nnti tidaklah lekat sampai ke besar bahasa pelat itu:)..
Ala kulli haal.. sy syukur.. sbb sy rs masa sy lebih dengan muhammad walaupun hanya dalam kereta.. melalui pemerhatian bbrp hari ini.. sy rs, dalam kereta sy kena entertain lebih sikit muhamamd agar dia tidak bosan. Kena sediakan sedikit biskut2.. bekalan air.. dan sikit permainan. Biasanya kalau petang, masuk sj kereta.. "Ummi, nak susu..." Aduh, mana nak kucari susu waktu ini.. nak pesan kepada pengasuhnya sebelum balik, kesian pulak.. sbb waktu petang biasanya kedua2nya sedang kelam kelibut bersama anak2 yg lain menyambut kepulangan ibu ayah masing2... Jadi begitu sj kesimpulan yang dapat sy buat.. sediakan sedikit mknn, dan minum, dan juga mainan.. dan juga ajak muhammad bersembang... mungkin itu sj usaha sy setakat ini.. Kadang sy ajarkan alfatihah, ajar abc, ajr 123... huh, tp budak2.. cepat bosan kalau benda yg sama.. mm mmcm2 juga otak ini memikirkan apa kelainan yg mahu sy bawa hari ini... aduh.. ya.. ibu hari ini mmg kena kreatif.. sbb anak2 sekarang sudah semakin bijak.. dlm suatu atsar yg terkenal: “Ajarlah anak-anak dengan ilmu kontemporari, kerana mereka dilahirkan pada era yang berbeza dengan kamu.” (Umar al-Khattab).. ya tepat sekali.. Comel sungguh Islam ini.. kdg2 sy terfikir, benda2 yg sekecil2nya apalagi sebesar2nya ada di sebutkan dlm quran dan hadith.. kdg2 xpernah perasan.. tp ya.. kalau rajin menyelak tafsir quran dan hadith dan atsar sahabat.. ya. .akan jumpa hikmah, yg selama ini xpernah perasan... ya.. Islam agama yg sungguh comel!
Smlm, dek kerana sudah boring mungkin, waktu dalam kereta.. muhammad merangkul leher saya yg sedang memandu. Diciumnya sy.. aduh anak ku.. "ummi tengah bwk kete nih muhammad.. abunai (bhy).. kemudian dia ajak sy bersembang.. "Ummi, ni apa ni.. ni apa ni.." Sambil di tunjuknya dr atas sampai ke bawah mata ke dagu saya.. dan diulang2.. saya nak mengalih pandangannya.. sy tunjukkan objek2 yg ada diluar kereta.. "Muhammad tgk tu lembu .. besarnya.." beralih lah sebentar pandangannya..
Hari ni apa pula aqal anak ku ... Ya Allah mudahkan lah perjalanan kami.. Aaminn..
--
http://adiemad.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan