Ahad, Julai 24, 2005

Imbauan

Assalamualaikum wrt...

Apa kabar semua sahabat2; sama ada yang dekat ataupun yang jauh. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. AlhamduliLLah, Allah menghubungkan kita dengan ikatan ukhuwwah. Islam meyatukan kita semua dengan kasih sayang seagama seiman. Walaupun ada di kalangan sahabat2 yang hanya kenal maya; tak pernah jumpa sampai ke hari ini, tapi semoga terasa kasih sayang dalam persahabatan tu berbunga. Harap-harapnya persahabatan kita berkekalan sehingga ke akhirat. Walaupun kita tak dapat berjumpa dan bersatu di dunia, ana harap kita boleh jadi sahabat sejati, sahabat2 yang mengingatkan ana pada Allah, sahabat2 yang membawa kesyurga. AlhamduliLLah, nikmat yang tak ada tolok bandingnya, kalau kita dapat bertemu dengan Allah nanti sebagai sahabat sejati. Sama-sama melihat wajah Allah yg mulia. Aamiiin. Allah shj yang berhak menentukan siapa yang terpilih siapa yg tidak. Doakan ana, sahabat2 L.

Sepanjang hidup yg telah Allah berikan pada kita, tentu kita pernah melalui kenangan2 manis. Ana pun pernah. Banyak... J kalau nak cerita semuanya mungkin boleh dibukukan. Kadang-kadang kenangan pahit pun, kalau kita renung2 semula, ia bagi kita satu rasa, yg xtahu macam mana nak explain. Contohnya, dalam menghadapi perkara2 yg pahit, dan akhirnya kita berjaya melaui dengan selamat, tanpa meluka dan terluka... tentu kita rasa bahagia. Kenangan-kenangan ini hanya akan tinggal kenangan yg kita kenangkan shj. Kalau tak kita jadikan sebagai pedoman hidup, setaka itu aje lah. Sayang... setiap hari umur kita meningkat, jika kualiti hari kita tidak meningkat juga dengan umur, tentu lah rugi.

Untung kita diberi Allah dengan dua sifat. Mengingat dan melupa. AlhamduliLLah. Dua2 ni punyai kepentingannya. Jangan anggap mengingat sahaja beri kebaikan pada kita. Tapi sifat melupa juga ada peranannya. Kalau manuia melalui seuatu perkara ang pahit, dan dia tak dapat melupakannya, tak ke haru. Hidupnya dihantui dengan kenangan pahit tu, sbb dia mmg tak boleh nak lupa. Tak boleh nak tidur langsung, bb ruang fikirannya dipenuhi dengan perkara yang dia tak boleh nak lupakan tu. Ya Allah.. semoga Allah tak masukkan kita dalam golongan yang ini. Kenangan pahit kalau diingat-ingat, tak banyak bagi kekuatan pada kita. Yang beri kekuatan adalah jika kita mengingat hikmah2 yang kita dapat dari kenangan pahit kita itu. Kalau kita hanya ingat kita gagal, akan timbul dalam fikiran kita.. kita jadi teruja untuk cipta kegagalan, bukan kejayaan. Kalau kita mengingat hikmah dalam kegagalan, kita akan menjadikannya sebagai panduan untuk melalui hari-hari yang akan datang.

Ada masanya manusia sangat yang manusia lemah, dia perlu pada satu booster yang dapat menguatkan semula dirinya. Salah satu boosternya kenangan-kenangan ni lah. Kan baik kalau kita dapat ulangi semula zaman2 kegemilangan dulu tu J . apa yang bagi kekuatan pada kita masa tu. Cubalah mencari, selak semula potensi diri yang mungkin terselindung. Yang mungkin perlu digilap.. supaya cahayanya menyerlah semula.

Islam memberi kejayaan pada siapa jua. Tak kiralah orang itu, doktor, engineer, atau tukang kebun, tukang sapu. Semuanya mampu mendapat kejayaan sebenar, iaitu kejayaan di akhirat. Semuaya boleh menjadi ahli syurga. Nak ke tak nak soalnya. Bekerja ke tak, soalnya...untuk capai kejayaan itu L. Allah... profesion yang utama adalah sebagai pendakwah, khalifah...

Adiemad, tepuk dada tanya iman.

Tiada ulasan: