Rabu, Julai 13, 2005

Petikan Buku: Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Diidam-idamkan

1) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak orang yang beriman lenyap di dalamnya sementara akhlak orang jahat bermaharajalela di dalamnya.

2) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak kekuatan mati sementara akhlak yang lemah (pengecut) terus hidup dan berkembang di dalamnya.

3) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tersebar di dalamnya akhlak kekerasan terhadap pihak yang lemah serta akhlak tunduk pihak yang lemah kepada yang kuat.

4) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana ketaqwaan kepada Allah, mendekatkan diri kepada Allah serta takutkan kepada perhitunganNya disembunyikan, lalu kita melihat manusia bertindak seolah-olah mereka adalah tuhan kepada diri mereka, dan bebas seolah-olah tidak terdapat di sana perhitungan yang menanti mereka, mereka berpaling dengan kelalaian dan lupa dengan penuh kesengsaraan.

5) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana ia dikuasai oleh sikap pasrah tanpa usaha, lemah dan negative dalam menghadapi permasalahan serta menyalahkan orang yang masih mampu.

6) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana dihinakan orang-orang yang soleh di dalamnya, dimuliakan orang-orang yang fasik, mendahulukan orang-orang yang jahat dan membelakangkan orang-orang yang bertaqwa.

7) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana orang yang benar di dalamnya dizalimi, orang yang salah dikasihi dan dikatakan kepada orang yang kena pukul: Ejangan berteriakEtapi tidak dikatakan kepada orang yang memukul: “jangan memukulE/FONT>

8) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana rosak tanggungjawab di dalamnya, hati nurani boleh dibeli dan segala urusan dilakukan dengan rasuah

9) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tidak dihormati orang yang tua, tidak dikasihi orang yang muda dan tidak dikenangi orang yang berjasa di dalamnya

10) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlaknya menjadi binasa, lantas lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki

11) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana tersebar di dalamnya perbuatan keji, lantas orang lelaki hilang kecemburuannya dan orang perempuan hilang sifat malunya

12) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana hampir tidak terdapat manusia yang bercakap atau bekerja atau bertindak melainkan semata-mata kerana menunjuk-nunjuk serta hipokrit, mencari glamour serta kedudukan. Kita juga hampir tidak menemui tentera-tentera misteri (yang bertindak bukan kerana nama) dari kalangan orang yang ikhlas lagi baik, orang yang bertaqwa serta tidak popular yang mana apabila mereka hadir kehadiran mereka tidak diendahkan dan apabila mereka tiada ketiadaan mereka tidak dirasakan

13) Bukanlah namanya masyarakat Islam yang mana akhlak orang-orang munafik bermaharajalela di dalamnya. Setiap yang erbicara berdusta, yang berjanji melanggar janji, yang diamanahkan ia berkhianat, dan yang bertelingkah tamakkan kemenangan.

14) Bukanlah namanya masyarakat Islam jika terdapat di dalamnya pengabaian ibu bapa terhadap anak, penderhakaaan anak terhadap ibu bapa, sesama saudara saling berjauhan, terputus silaturrahim, tetangga saling bertelagah. Sementara itu, fitnah, mengadu domba dan keretakan persaudaraan menjadi-jadi. Dalam pada itu semangat dedikasi dan mementingkan orang lain menjadi kecundang apabila menghadapi kebakhilan, keegoan, dan individualistik.

Tiada ulasan: