Khamis, September 29, 2005

Apa perkembangannya?

Assalamualaikum wrt...
 
Lama sungguh blog ni terabai. Dan bila nak mula tulis balik, terasa sgt susahnya. Mcm tu lah kalau benda yg kita xbiasa buat. Berbeza dengan suatu perkara yg memang dah menjadi rutin kita. Kalau hari-hari menulis bahan, pasti xbegitu jadi mslh untuk mengeluarkan idea2 yg menarik.
 
Mcm mana dengan kehidupan seharian di malaysia slps 6 bulan pulang? AlhamduliLLAH, peluang terlalu banyak sebenarnya utk terjun ke medan dakwah... soalnya mahu atau tidak? rajin atau malas.. Semoga ALLAH berikan keistiqamahan pada kita. Ingat lagi pesanan sorg shbt, sentiasalah cari sebab untuk mendapat hidayah ALLAH. Kalau berdoa ttp berpeluk tubuh shj sambil menunggu hidayah ALLAH tiba, itu tidak kena. Kalau mahukan ilmu, perlu kan kita gerakkan kaki ke majlis ilmu, kalau mahu buat kerja-kerja ISLAM, perlu mencari medan yg ingin diterjuni.
 
Allahumma Yassir..

--
Al-faqirah ilaLLah:

"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2