Selasa, November 22, 2005

Aku Seorang CEO & Kueh Teaw Goreng

Sumber: YahooGroups Alumni Jepun

 

Assalamualaikum. Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku.

 

Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku

ialah  guru. Alhamdulillah.. aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik.

Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran

ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil

jurusan Kejuruteraan... dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur

dalam  bahasa Jepun.

 

 

 

Selepas bertungkus-lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat

segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air.. sebaliknya aku

mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil

sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai

Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun. Aku cepat menyerap segala ilmu

yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku

mendapat kepercayaan pihak pengurusan

dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya

menjadi  Pengurus termuda didalam Firma tersebut.

 

 

 

Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku  untuk

pulang ke Malaysia. Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah

membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk

mengendalikan firma mereka disini. Alhamdulillah... aku dilantik sebagai

Pengarah ! Urusan. Aku bekerja siang dan malam... bertungkus lumus... dunia

aku hanyalah di pejabat. Dalam keadaan kelam-kabut sempat juga aku

mendirikan rumahtangga. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah

tak ternilai dari  Allah  SWT.

 

 

 

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku

kendalikan telah bertambah maju dan akhirnya disenaraikan di papan kedua

bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami

telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini

akhirnya berbaloi. Aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini

dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta

mewah... Syukur Alhamdulillah. Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula

terasa kehilangan sesuatu!!!!!!  Kebahagian keluarga..... Kesibukan aku

menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku.

Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak  terurus... yang

sulung dah tak macam orang... rambut warna merah...  bertindik di hidung.

Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

 

 

 

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana... Aku terlalu

sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting.... main golf

pun  bincang pasal kerja.... dinner pun meeting lagi!!!!... sampai tiada

masa  untuk bersolat!! Setiap pagi aku kena periksa segala lapuran-lapuran

eksekutif aku... sebelah petang kena buat report pada Board of Directors.

 

 

Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik... kekadang buat... kekadang

terlupa... Masyaallah!!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku  dari

Jepun. Aku mungkin kaya... tetapi jiwa aku kosong... kadang kala jiwa aku

tertekan!!!  Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat.... aku

menangis... aku  memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan! jiwa.

Semoga keluarga  ku bersatu kembali.  Selang seminggu aku bernekad...!!!!

Aku telah meletakkan jawatan ku  sebagai  CEO. Aku tinggalkan gaji aku

sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan  kesemua kereta-kereta mewahku pada

syarikat.

 

 

Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis.... tetapi bukan menangis

marahkan  aku meninggalkan jawatan sebagai CEO... tetapi menangis kerana

gembira...  mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

 

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew

Tiaw  Goreng..!!!! Aku diketawakan oleh mereka.... tak apa aku akan buktikan

yang  bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew tiaw goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak

bertauliah)  semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan

perniagaan  pertama aku di sekitar Ampang... bersebelahan dengan Citroen

Showroom. Aku  dibantu oleh anak sulung aku.

 

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari

jam  4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari

ketiga  dapat RM220.00 sehari.... Alhamdulillah. Dan hari-hari seterusnya

lebih  kurang RM380.00. sehari.

 

 

 

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih ! kurang RM9,880.00 untuk satu

gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi

gerai di Cheras... dari 2 gerai aku membuka 3.. dan seterusnya sehingga

sekarang aku memiliki 6 gerai makanan.  Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi

aku memperolehi rezeki dari Allah  dalam  RM60,000.00 SEBULAN. Bayangkan

pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan  pendapatan dari berniaga Kuew Tiaw

sebulan RM60K.

 

 

 

Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami

bercuti bersama. Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang

'hilang'.  Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi

aku latih  mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan

tersebut. Aku cuma memantau... atau lebih kurang jadi 'chairman'.... dan

anak-anak  aku  sebagai Directornya. Dan sekarang baru kusedar yang Nabi

Muhammad SAW  pernah  bersabda....9/10! dari kekayaan itu datangnya dari

berniaga.

 

 

 Alhamdulillah.

 

 

Al-faqirah ilaLLah:

 

"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"

adiemad

012-2900354

NADIE SAKURA E-SHOP

http://www.adiemad.com/ver2

1. Bel'Air Agent

2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.

3. Ruangan Iklan Untuk Disewa

4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini

5. Radio Online Dll

1 ulasan:

Awanama berkata...

Very nice site! »