Isnin, Januari 23, 2006

Pemikiran Glokal

Teringat kepada proverb Inggeris: "Great peoples talk about ideas"...
 
Dari pengalaman saya memberikan pengisian2 kepada pelajar2 IPTA di seluruh Malaysia (sekadar menamakan UiTM, UTM, UKM, USM, UM, UIA) dan juga beberapa kerat pengalaman mengisikan program utk pelajar2 kita di luar negara seperi pelajar2 di Jepun, UK, Jordan, Yaman, Australia dan lain-lain lagi. Ada kelainan antara para pelajar yang terdedah dengan isu2 dan juga cara berfikir dan cara hidup orang luar dan juga peljar2 yang hanya belajar di IPT2 tempatan yang tidak bercampur dengan orang luar.
 
UIA sendiri yang menampung lenbih 15% daripada para pelajar antarabangsa sendiri telah menyaksikan bagaimana para pelajarnya mempunyai cara berfikir yang agak terkehadapan berbanding dengan pelajar2 IPTA yang lain.
 
Apa yang diutarakan oleh TPM kita utk melayu berfikiran Glokal sebenarnya adalah untuk menjadikan orang2 Melayu lebih advance dan bersedia untuk menghadapi alam global yang semakin mengecil capahannya seumpama sebuah kampung yang kecil. Ya, pemikiran MElayu perlu diglobalkan...
 
Sayangnya, bagaimanakah untuk menglobalkan pemikiran Melayu jika mereka tidak didedahkan dengan isu2 luar negara, budaya, krisis, cara berfikir dan juga pendedahan kepada apa yang di luar kotak (out of the box)...
 
Walau bagaimanapun, jika Melayu kembali menghayati konsep Islam yang menitik beratkan persoalan ummah tanpa batasan geografi, tanpa batasan warna kulit dan juga bangsa, apatah lagi ideologi nation state ciptaan kolonialis, nescaya glokal itu telah lama wujud di dalam Islam, malah ianya adalah sebahagian daripada ajaran Islam itu sendiri. MUngkin bagi mereka yang kurang membaca seerah, tidak pernah membaca khutbah wida' (terakhir) Rasulullah SAW, mereka akan naif dan hanya memikirkan Islam itu hanya melayu sahaja...tapi masa masih ada untuk merubah, cuma buangkan ego, titipkan tawadhu pada diri dan bersedia untuk menerima perbezaan serta terbuka pemikiran..
 
Ayat 92 Surah al-Anbiya adalah menarik untuk dihayati, difahami dan dikaji..."Sesungguhnya umat ini adalah umatmu, umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah aku..."
 
Peristiwa wanita muslimah di Rom yang telah dipenjarakan lantas beliau menyeru Khalifah Muktasim di Baghdad untuk membantunya, dan segerlah siKhilafah membantu sudah cukup untuk membuatkan kita berfikiran ummatik, bukankah Muktasim berhak mengatakan..itu wanita di Rom, bukannya di Baghdad...
 
Isu Palestin bukan hanya mengenai sekeping tanah yang telah dirampas dari orang Arab lantas dijadikan negara Israel, lebih daripada itu, ianya telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW sebagai isu umat Islam akhir zaman di dalam hadis riwayat Muslim dan Ahmad, dan lebih utama lagi di sana terdapat Masjid al-Aqsa yang merupakan kiblah pertama ummat Islam, tempat Israk dan Mikraj, serta masjid ketiga suci Islam bila-bila masa sahaja akan dirobohkan...
 
Tak tahulah kalau Masjid al-Aqsa itu tidak penting bagi umat Islam...
 
Wallhua'lam.
 
Maszlee


--
Al-faqirah ilaLLah:
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami" adiemad
012-2900354
NADIE SAKURA E-SHOP
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Ruangan Iklan Untuk Disewa
4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini
5. Radio Online Dll

Tiada ulasan: