Khamis, Februari 23, 2006

Kakitangan Hotel Diminta Letak Jawatan Jika Pakai



Ayuh bangkit semua UMNO, PAS, PKR, ABIM, JIM, para
ulamak, para Mufti, para pemenang Tokoh Maal Hijrah
dan semua lelaki Islam di Malaysia ini pertahankan
maruah Wanita UMNO, Puteri UMNO, Muslimat PAS,
Muslimat ABIM dan semua muslimat di Malaysia !!

HINA sangatkah tudung seorang wanita Islam
dibandingkan dengan serban lelaki beragama Sikh ??

Kakitangan Hotel Diminta Letak Jawatan Jika Pakai
Tudung
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=181792


KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Seorang kakitangan
sebuah hotel bertaraf lima bintang melahirkan rasa
kesal terhadap majikannya yang tidak membenarkan
beliau memakai tudung ketika bekerja.

Habsah Jaafar, yang memegang jawatan sebagai Pengarah
Akaun (Pengarah Jualan) bagi sektor kerajaan dan
diplomatik di hotel berkenaan telah diberi pilihan
untuk menanggalkan tudung semasa bertugas atau
berhenti bekerja jika enggan berbuat demikian.

"Saya telah diberi pilihan itu sekembalinya saya
daripada menunaikan haji bulan lepas pada 9 Feb
lepas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan
pertemuan dengan Biro Pengaduan Awam Pergerakan Pemuda
Umno di sini.

Walaupun masih bekerja di hotel itu, beliau tidak
dibenarkan datang bekerja kerana bertudung.

"Bagaimana saya mahu bekerja jika tidak dibenarkan
datang bekerja kerana bertudung?," katanya sambil
menjelaskan bahawa surat tawaran kerja yang beliau
terima dan buku panduan pekerja tidak menyatakan
bahawa kakitangan hotel tidak dibenarkan bertudung
semasa bekerja.

Habsah berkata, selama ini beliau terpaksa
menanggalkan tudung apabila melakukan tugas kerana
pemakaian tudung tidak dibenarkan oleh pihak
pengurusan hotel.

Katanya selain itu, beliau turut menghadapi masalah
untuk mendapatkan cuti bagi tujuan mengerjakan haji
pada tahun lepas.

"Mulanya saya bertemu majikan saya untuk bercuti bagi
mengerjakan haji, tetapi tidak dibenarkan. Kemudian
saya minta cuti tanpa gaji. Lima hari sebelum tarikh
saya bertolak ke Mekah baru cuti saya diluluskan,"
katanya.

Katanya beliau tidak sanggup menanggalkan tudung dan
mengambil keputusan meletakkan jawatan pada Jumaat
lepas.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam,
saya sedih dan tersinggung dengan pendekatan yang
digunakan oleh hotel yang bertaraf antarabangsa yang
beroperasi di negara ini," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam
Pergerakan Pemuda Umno Datuk Subahan Kamal meminta
kerajaan memandang serius masalah ini kerana ia tidak
melibatkan hanya seorang pekerja sebaliknya ramai lagi
pekerja terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama.

"Masalah ini nampak kecil. Tetapi sebenarnya ia bukan
masalah kecil kerana ia melibatkan isu kaum dan agama.
Adakah prestasi kerja kita akan terjejas jika kita
memakai tudung?" katanya.

Beliau berkata Kementerian Pelancongan, sebagai
pengeluar lesen perniagaan kepada pengusaha hotel
perlu mengambil tindakan wajar berhubung masalah itu
supaya tidak ada pihak yang dinafikan hak mereka.

"Kita mahu kementerian mengambil tindakan tegas supaya
perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

Katanya biro itu telah menyerahkan memorandum
berkaitan perkara itu kepada Menteri Pelancongan Datuk
Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Sumber Manusia
Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.

-- BERNAMA


--

NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Air Market
2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.
3. Web Designing
4. Ruangan Iklan Untuk Disewa

Tiada ulasan: