Khamis, Mac 30, 2006

Asrisme dan Hizbut Tahrir: Fenomena dakwah IPT

Oleh: Maszlee Malik

Pada penghujung tahun 2005, Uthman el-Muhammady telah mengejutkan
rakyat Malaysia dengan kenyataan akhbarnya berkaitan gejala "Wahabi".
Fahaman yang dianggap oleh beliau sebagai bersalahan dengan faham Ahli
Sunnah Wal Jamaah, telah merebak di seluruh IPT dan juga di kalangan
para profesional (Lihat: Utusan Minggu, 27 November 2005). Ada sudut
kebenaran dan ada sudut kesalahan di dalam kenyataannya. Cuma yang
menarik perhatian ialah sudut kebenaran dari kenyataannya ialah
mengenai tersebarnya fahaman ini di kalangan para pelajar IPT dan juga
para profesional.

Persoalannya, mengapa? Mengapa ianya tidak pula menjadi begitu popular
di kalangan golongan yang berpendidikan rendah dan juga di kalangan
orang-orang kebanyakan? Hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh
sesiapapun yang mengikuti isu ini, hatta oleh Uthman el-Muhammady
sendiri pun, ialah fahaman ini boleh diterima oleh golongan yang
berfikir. Hanya mereka yang berfikir dan mengkaji sahaja, seperti para
pelajar IPT dan profesional mampu menerima fahaman ini, adapun mereka
yang malas berfikir dan hanya sekadar suka untuk mengikut secara
membuta tuli tidak akan dapat menerima fahaman tersebut.
Sudut yang menarik juga dari kenyataan tersebut ialah mengenai para
pelajar IPT yang menerima fahaman ini. Mungkin kerana beliau dihantui
oleh fahaman ini, maka analisisnya mengenai "trend" mahasiswa Islam
ini agak tidak terlalu tepat. Adakah benar faham "Wahabi" yang diikuti
oleh para mahasiswa Islam di IPT-IPT ataupun ianya hanya salah satu
trend yang ada di IPT di antara banyak trend-trend yang lain? Atau,
adakah benar yang dikatakan faham "Wahabi" itu tersebar?
Sejarah gerakan pelajar Islam
Gerakan pelajar Islam di IPT-IPT Malaysia mula berkembang sebagai
satu fenomena di penghujung 60'an dan di awal 70'an. Arus Islam pada
waktu itu bersaing hebat dengan arus sosialis. Antara isu-isu yang
diperjuangkan ialah persoalan kemiskinan, persoalan masyarakat,
pekerjaan, keadilan sosial dan juga isu-isu luar negara (Lihat: Azizan
Bahari (1995), Belia Dan Masyarakat, IKD, hal. 45-48). Pada waktu itu,
mantan TPM Malaysia, Anwar Ibrahim dengan wadah PKPIM dan ABIM yang
disertainya merupakan satu fenomena. Tahun-tahun 70'an menyaksikan
Anwarisme melanda IPT-IPT tempatan. Fenomena ini berterusan sehingga
Anwar memasuki UMNO pada tahun 1982 dan juga selepas Revolusi Islam
Iran pada tahun 1979. Kehebatan gerakan pelajar di waktu tersebut
telah memaksa kerajaan perikatan pada waktu itu untuk menggubal AUKU
pada tahun 1971 dan juga pindaannya pada tahun 1975 (Lihat: Warkah
Anwar (2004), susunan Zunar, Bab 4, hal. 290-303; juga lihat: A.
Rahman Abdullah (1997), Pemikiran Islam di
Malaysia, Jakarta: Gema Insani Press, hal. 226-230) .
Di luar negara pula, tahun-tahun 70'an dan awal 80'an menyaksikan
fenomena IRC (Islamic Represantative Council) di UK dan juga
pengaruhnya yang merebak ke AS. Gerakan yang membawa faham "Ikhwan
al-Muslimin" Mesir dan juga "Jamaat Islami" Pakistan ini telah berjaya
membawa para pelajar Malaysia daripada keseronokan dunia dan juga
berpoya-poya kepada kesedaran Islam dan dakwah. Nama Abu Urwah (Saari
Sungip) merupakan nama yang tidak asing lagi kepada para pelajar Islam
yang terlibat dengan gerakan dakwah ala-Ikhwan atau IRC ini. Buku-buku
tulisan beliau di dalam siri "Risalah Usrah" menjadi rujukan wajib di
dalam sel-sel usrah di samping buku-buku tulisan pimpinan Ikhwan
seperti Hassan al-Banna, Fathi Yakan, syed Qutb dan Mustafa Mahsyur.
Kebanyakan buku-buku tersebut diterjemahkan oleh ustaz-ustaz pro
Ikhwan atau IRC telah diterbitkan oleh Pustaka Salam. Fenomena IRC ini
sedikit sebanyak telah merebak di IPT-IPT tempatan seperti di ITM, UM
dan beberapa IPT yang lain (Zainah Anwar
(1987), Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among The Students, KL:
Pelanduk Publication, hal. 27-30).
Revolusi Islam Iran dan kemasukan Anwar ke dalam UMNO juga telah
menyaksikan kemunculan gelombang baru di dalam senario dakwah Islam di
IPT. PAS (Parti Islam SeMalaysia) yang telah dipimpin oleh Allahyarham
Yusuf Rawa telah membawa gelombang "Kepimpinan Ulama" telah melangkah
dengan rentak yang baru. Gabungan di antara fikrah Ikhwan al-Muslimin
dan juga semangat Revolusi Islam Iran di dalam PAS telah membentuk
satu fenomena baru bagi para pelajar Islam di IPT-IPT tempatan.
Penyertaan para ustaz-ustaz dan para orator yang kebanyakannya mantan
pimpinan pelajar di tahun-tahun 70'an telah merancakkan lagi pengaruh
PAS di IPT-IPT. Fenomena Haji Hadi telah melanda IPT-IPT pada waktu
itu. Anwarisme telah ditenggelami oleh Hadisme, terutamanya di
kalangan para pelajar pro-PAS. Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam di
IPT-IPT telah dijadikan wadah bagi PAS untuk mengembangkan dakwah dan
dominasi mereka di dalam senario amal Islami di kampus-kampus pada
penghujung 80'an sehingga pertengahan
90'an (Lihat: Farish Noor (2004), Islam Embedded, KL: MSRI, vol. 2,
pg. 329-336). Antara isu yang diperjuang pada waktu ini ialah isu
negara Islam dan juga isu Hudud. Fenomena al-Arqam walaupun wujud dan
melanda IPT-IPT, namun kewujudan mereka tidaklah sehebat fenomena PAS
dan Hadisme.
Tahun 1998 telah menjadi tahun keramat bagi gerakan mahasiswa Islam
di IPT-IPT di Malaysia. Dato Seri Anwar Ibrahim telah dipecat dari
kerajaan BN. Pemecatan orang nombor dua negara pada waktu itu telah
ditafsirkan sebagai penjelmaan wajah sebenar UMNO yang tidak inginkan
Islam. Anwar yang dilihat sebagai pejuang agenda Islam dan penerus
agenda gerakan siswa Islam di peringkat Nasional dan di alam politik
telah dipecat keana perjuangannya. Gerakan-gerakan mahasiswa Islam di
IPT-IPT tanah air dan juga para pelajar Malaysia di luar negara seakan
mendapatkan roh baru untuk bersatu dan berganding bahu setelah puas
bergaduh sesama sendiri lebih satu setengah dekad. Sekali lagi
Anwarisme melanda, walaupun pada waktu tersebut Anwar telah
dipenjarakan. Refomasi, GERAK, dan juga Barisan Alternatif telah
menjadi wadah untuk menyatukan para mahasiswa Islam pada waktu
tersebut. Di waktu ini, isu rasuah, kronisme, nepotisme, salah laku
dan juga keadilan sosial telah menjadi agenda gerakan Islam
di IPT-IPT. Keadaan ini telah dilihat oleh kerajaan BN sebagai
ancaman, maka selepas pilihanraya 1999 kerajaan telah mengambil 1001
langkah untuk mengelakkan arus gerakan pelajar daripada terus
menggugat status quo mereka.
Milleneum yang baru pula telah menyaksikan gerakan dakwah siswa di
IPT-IPT tempatan menjadi lesu. Pilihanraya kampus yang sering menjadi
medan untuk mereka luaskan pengaruh dan memperjuangkan agenda juga
telah direncanakan supaya tiada arus Islam yang akan dapat
menguasainya. Para pelajar IPT di mileneum yang baru lebih diserikan
dengan acara-acara hiburan, maksiat dan juga kelesuan di dalam
akademik. Edisi siasat NTV 7 yang telah memaparkan gejala maksiat oleh
para pelajar IPT tempatan sudah cukup membuktikan bagaimana berjayanya
polisi-polisi yang telah dirancanakan untuk melemahkan gerakan siswa.
Kelesuan gerakan pelajar Islam hanya akan membawa kepada kelesuan
moral dan juga meningkatanya gejala maksiat dan hendonisme di kalangan
mahasiswa. Walau bagaimanapun arus dakwah masih lagi tetap berjalan
meskipun tidak serancak dahulu. GAMIS, PKPIM, Karisma, ISMA, Haluan,
Tabligh, Rufaqa dan beberapa gerakan dakwah IPT masih berjalan demi
meneruskan usaha Amar Maruf Nahi Munkar di
IPT-IPT. Kewujudan mereka di IPT-IPT telah menyumbang kepada kurangnya
budaya Hendonisme, dan juga sedikit sebanyak membantu pencapaian
akademik para anggota gerakan-gerakan tersebut.
Asrisme
Di sebalik mendung yang melanda gerakan siswa Islam di IPT yang
bertunjangkan idealisme haraki, muncul fenomena baru. Revolusi
internet dan juga dunia globalisasi telah menjadikan para islamis dan
pecinta Islam semakin maju di dalam bidang pemikiran. Jika dahulu,
kebanyakan para Islamis hanya cenderung dengan retorik dan juga
ceramah yang berapi-api, kini kebanyakan mereka menjadi semakin
matang. Begitu juga halnya di dalam persoalan mengamalkan Islam.
Persoalan ilmiah, hanya mengambil Islam dari sumber yang sahih serta
pengamalan Islam yang benar serta terbuka telah menjadi satu metod
baru di kalangan pecinta Islam. Para pecinta Islam di kalangan siswa
IPT, samada di dalam dan luar negara menjadi lebih kritis, lebih
ilmiah dan juga lebih bijak. Tidak seperti para Islamis terdahulu yang
lebih berkiblatkan pondok-pondok dan juga penganggungan para Tok guru
seraya bertaklid dengan mereka secara membuta tuli. Para Islamis
milleneum baru lebih bijak di dalam beragama.
Kesedaran dan juga trend sebegini telah mengundang fahaman
"Salafiyyah" yang juga digelar sebagai Wahabi oleh mereka yang anti
terhadap fahaman tersebut. Fahaman yang menyeru agar umat Islam
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bersumberkan al-Quran dan
sunnah serta suci dari sebarang bid'ah dan khurafat. Faham ini juga
amat mementingkan keaslian sumber terutamanya di dalam bidang aqidah
dan ibadat. Konsep ilmiah seperti ini telah berjaya menambat hati para
cerdik pandai semestinya.Hadis-hadis yang palsu dan dulunya sentiasa
berlegar di bibir masyarakat telah berjaya dibongkarkan. Cerita-cerita
Israeliyyat yang menjadi jampi pelaris para penceramah selebriti dan
dijadikan candu kepada masyarakat yang jahil telah berjaya dikenal
pasti oleh pendokong fahaman ini. Segala amalan bid'ah dan khurafat
yang bukan dari ajaran Islam yang murni tetapi diamalkan secara meluas
oleh masyarakat telah berjaya dibuktikan kesalahannya oleh fahaman
ini. Tidak hairanlah mengapa para cerdik pandai
serta para pelajar IPT lebih berminat dengan ajaran ini. Setiap
perkara perlu ada dalilnya, setiap dalil perlulah sahih, setiap
kesahihan perlu ada buktinya. Bukankah itu saintifik dan lebih ilmiah.
Sewaktu inilah muncul seorang anak muda graduan Jordan. Dengan
membawa fahaman Salafiyyah ala Dr Yusuf al-Qaradawi yang serba moderat
dan juga metod muhaddithin ala al-Albani, Dr Asri Zainal Abidin telah
berjaya memikat pemikiran para pelajar IPT selain daripada para
profesional. Literatur-literatur aliran Salafiyyah yang mula
membanjiri pasaran hasil tulisan Ust Abdullah al-Qari, Ust Rasul
Dahri, Hafiz Firdaus dan buku-buku terjemahan serta usaha orang-orang
terdahulu telah memberikan satu momentum kepada anak-anak muda di
IPT-IPT tempatan dan luar negara untuk bersetuju dengan pendekatan
yang dibawa oleh Dr Asri. Kepetahan beliau berhujah, pengguasaannya
terhadap ilmu hadis ala al-Albani, dan juga kesederhanaan di dalam
persoalan hukum ala-Qaradawi telah menjadi modal untuk Dr Asri
disetujui oleh kebanyakan siswa-siswa dan siswi-siswi di IPT-IPT.
Keupayaan beliau untuk menonjolkan kebatilan dakwah Astora lewat dua
debatnya bersama penulis yang amat tidak disukai oleh para Islamis
dan pecinta dakwah itu telah melonjakkan lagi pemikiran beliau. Kini
apa sahaja seminar dan juga seminar, pasti nama Dr Asri akan menjadi
penyerinya. Kuliah-kuliah beliau di Lembah Klang dan juga Pulau Pinang
menjadi buruan pecinta ilmu dan pendokong aliran Salafiyyah.
Kaset-kaset ceramah dan kelas-kelas pengajian beliau, CD, VCD dan juga
buku-buku tulisannya menjadi rujukan para Islamis di IPT. Asrisme
merupakan fenomena gerakan pelajar Islam di IPT pasca refomasi.
Asrisme agak berbeza dengan fenomena-fenomena sebelum ini. Seperti
juga Amr Khalid di kalangan warga Arab, Dr Asri bukanlah berdakwah
untuk kepentingan politik, dia juga tidak membawa agenda kepartian dan
kejamaahan. Dia hanya ingin membawa masyarakat agar menghayati Islam
yang sebenar dan juga bersifat ilmiah di dalam mengamalkan Islam.
Terbukti, kebanyakan pelajar-pelajar IPT yang mengikuti arus Asrisme
bersikap kritis dan mengkaji. Bayangkan, antara anak-anak murid
penulis yang mengambil jurusan perubatan, Kejuruteraan, Ekonomi dan
juga bidang-bidang bukan agama, telah mengenali darjat-darjat hadis,
mengenali para sahabat, para ulama dan para perawi hadis serta
kitab-kitab rujukan yang silam. Ini semua hasil positif Asrisme.
Sayangnya, Asrisme ini dicemburui dan juga dimusuhi oleh sesetengah
golongan yang tidak bersetuju samada dengan faham Salafiyyah mahupun
dengan individu Dr Asri itu sendiri. Mungkin juga peranan pengkagum
Asrisme yang terlalu agresif dan tidak menghormati
pendapat orang lain telah menyumbang kepada perkara seumpama itu. Yang
pentingnya, Asrisme merupakan satu fenomena di IPT-IPT sekarang ini!
Hizbut Tahrir
Di satu ruang yang lain pula muncul fenomena gerakan Hizbut Tahrir
(HT). Dari Johor Baharu sehinggalah ke masjid-masjid di Perlis dan
Kelantan, risalah terbitan kumpulan yang bernama Hizbut Tahrir ini
dapat dirasai. "Soutun Nahdah", menjadi alat propaganda gerakan HT ini
untuk menerangkan kepada masyarakat pendapat mereka (yang dikatakan
sebagai pendangan Islam) terhadap isu-isu semasa. Isu hari pekerja,
tahun baru, kapitalis, riba, demokrasi, Islam Liberal dan pelbagai
lagi isu lain telah mereka sikapi dan diterangkan kepada masyarakat
melalui risalah-risalah tersebut.
Sebelum refomasi di Indonesia HT bukanlah sebuah gerakan yang dapat
dirasakan kewujudannya, samada di Malaysia mahupun di Indonesia.
Sejurus selepas berlakunya refomasi di Indonesia, demokrasi yang subur
telah memberikan peluang kepada HT untuk bergerak bebas dan melebarkan
dakwah mereka. Bagaikan cendawan selepas hujan mereka berjaya merekrut
anggota-anggota baru di IPT-IPT serata Indonesia. Di dalam siri-siri
demonstrasi di Jakarta, mereka pasti akan muncul. Risalah-risalah,
literatur-leteratur mereka mula membanjiri toko-toko buku di sana.
Begitu juga halnya seperti di Malaysia, mereka segera menyikapi apa
sahaja isu yang timbul dengan menyatakan pandangan HT yang dianggap
sebagai pendangan Islam mengenai isu-isu tersebut. Pendekata HT adalah
satu fenomena.
HT menjadikan perjuangan mereka adalah usaha untuk mengembalikan
kehidupan Islam yang sebenar di dalam masyarakat Islam. Kehidupan
Islam di dalam masyarakat Islam menurut HT hanya akan dapat
dilaksanakan apabila semua sistem-sistem Islam dijalankan di dalam
kehidupan masyarakat dan bukannya secara juzuk-juzuk. Untuk
menjalankan kesemua sistem-sistem Islam tersebut, maka penegakan
semula sistem Khilafah dengan kewujudan seorang Khalifah yang
memerintah umat Islam wajiblah diadakan (Lihat: Taqiyudin al-Nabhani
(1994), al-Syakhsiyah al-Islamiyyah, Beirut: Dar al-Ummah, jil. 2,
hal. 18-20). Demi menegakkan semula sistem khilafah metod "nubuwwah"
wajib diikuti dan bukannya melalui metod-metod ciptaan manusia. Metod
"nubuwwah" pada fasa permulaannya adalah dengan "peperangan pemikiran"
di antara pemikiran Islam dengan ideologi-ideologi Kuffar. HT tidak
menerima demokrasi sebagai cara untuk mendirikan sistem khilafah
kerana ianya adalah ideologi kufur dan bertentangan dengan Islam
(Lihat
buku tulisan Dr Mahmud al-Khalidi (1983), Qawa'id Nizam al-Hukm,
Jordan: Maktabah al-Muhtasib, hal. 37-58). Inilah hasil ide penubuh
HT, Syeikh Taqiyyudin al-Nabhani, seorang ulama dari Palestin. Inilah
juga dakwah HT di serata dunia.
HT, walaupun muncul di Jordan, namun ianya diharamkan di negara
berkenaan. Begitu juga halnya di Iraq dan kebanyakan negara-negara
Arab dan segelintir negara-negara Eropah. Mereka bergerak subur di UK
kerana sistem demokrasi yang diamalkan di UK. Seperti halnya di UK, HT
juga berkembang di Indonesia pasca refomasi. Pada waktu itu jugalah HT
mula merebak ke Malaysia. Di peringkat awalnya, kewujudan HT hanya
dapat dirasakan di alam maya lewat milis-milis dan juga laman
web-laman web sahaja. Kemudiannya mereka muncul dengan menggunakan
wadah Forum Islam Nusantara yang banyak menganjurkan forum-forum,
wacana-wacana ilmiah di IPT-IPT sahaja. Tahun 2005 menyaksikan
bagaimana faham HT telah dapat dirasakan di IPT-IPT terutamanya di
Lembah Klang. HT juga telah didaftarkan sebagai sebuah NGO dan
mendapat ruang yang lebih luas lagi untuk menyebarkan dakwah mereka
terutamanya di dalam usaha memberikan kefahaman kepada umat mengenai
sistem-sistem Islam. Kedengaran di forum-forum dan juga
wacana-wacana yang dianjurkan di IPT-IPT dan juga di sesetengah tempat
slogan "mengembalikan sistem khilafah" di atas inisiatif HT.
Kesimpulannya, HT merupakan satu fenomena juga di IPT-IPT dewasa ini
selari dengan arus Asrisme.
Ke mana seterusnya?
Fenomena Asrisme dan HT di IPT-IPT sememangnya sesuatu yang menarik.
Mungkin ada sesetengah golongan yang melihat apa yang berlaku sebagai
satu kekecohan dan juga perpecahan di dalam arena dakwah kampus. Ini
merupakan pemikiran lapuk. Penulis melihatnya dari sudut yang positif.
Pertumbuhan pemikiran-pemikiran Islam di IPT-IPT, malah di
tengah-tengah masyarakat membuktikan bahawa masyarakat tersebut masih
lagi cintakan Islam dan masih lagi berfikir. Kemunculan
pemikiran-pemikiran dakwah seperti ini amat-amat diperlukan
terutamanya untuk mengimbangkan arus hendonisme dan juga arus liberal
yang semakin menggila di Malaysia dewasa ini. Kehadiran Asrisme dan
juga HT akan lebih merancakkan lagi suasana dakwah kampus, selagi mana
semua pihak memahami "Ummah Centric" dan juga "Abad al-Ikhtilaf".
Kehadiran dua fenomena baru ini sewajarnya menjadikan para pendakwah
kampus bersikap lebih terbuka dan berusaha untuk mencari titik
pertemuan dan bukanlah ruang perpecahan. Jika dilihat pun selain dari
dua fenomena baru ini, gerakan-gerakan dakwah kampus kebanyakannya
berpaksikan sumber fikrah yang sama, iaitu "Ikhwanic centric"
(bersumberkan fikrah Ikhwan al-Muslimin). GAMIS yang mewakili PAS,
PKPIM yang mewakili ABIM, Karisma yang mewakili JIM, SISMA yang
mewakili ISMA, Haluan yang mewakili Kumpulan Ustaz Dahlan (dulunya
dikenali sebagai ABIM Utara atau ABIM Perlis) kesemuanya berpaksikan
pemikiran Ikhwan. Sudah tentu mereka yang berkongsi nasab yang sama
lebih mudah untuk menemukan kesefahaman.
Kesilapan Islamis kampus terdahulu yang sering berbalah dan
bertelagah sesama sendiri perlulah dijauhkan dan dijadikan pelajaran
agar tidak diulangi lagi. Keikhlasan, sikap tawaduk serta keterbukaan
pemikiran adalah amat penting. Untuk mencapai tujuan kesatuan, -jika
tidak pun, cukuplah sekadar menghormati di antara satu sama lain-
paradigma "Amal Jama'i" yang difahami oleh jamaah-jamaah dan
gerakan-gerakan Islam di IPT selama ini perlulah di"up grade"kan
kepada "Amal Tajammu'i". Apakah "Amal Tajamu'i"?, kita akan
membincangkannya kemudian. Yang lebih penting juga, setiap jamaah,
setiap kumpulan dan setiap individu yang cintakan Islam perlulah
melakukan usaha dakwah di IPT secara intensif dan tidak kenal penat,
tidak kiralah samada mereka berjamaah ataupun tidak, dan tidak kiralah
jamaah apa pun yang dia anggotai. Insha Allah, satu hari nanti kita
akan sama-sama menyaksikan perlaksanaan semula Syariat Islam di muka
bumi Malaysia, mungkin di tahun 2020, siapa tahu?

--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

sila berhati2 dgn gerakan ini.. rujuk website ini..

http://gerakankahfi.blogspot.com/

Karl Hiunzm berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Khairul Nizam Zainon berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm berkata...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Karl Hiunzm berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Khairul Nizam Zainon berkata...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Karl Hiunzm berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego berkata...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang kerja dari rumah di sini.

Rockerz berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz berkata...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Tanpa Nama berkata...

Wonderful and informative web site.I used information from that site its great.
Mastercard application Card check credit free porn without Household bank lost credit card Visa credit card insurance

Tanpa Nama berkata...

Looking for information and found it at this great site... » »