Khamis, April 20, 2006

Kesan Pertunangan Terhadap Hukum

Sumber: Bicaramuslim.com

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Feqh al-Islami wa-Adillatuh:

"Pertunangan hanyalah semata-mata suatu perjanjian untuk berkahwin. Ia
bukanlah ikatan perkahwinan. Sesungguhnya perkahwinan tidak akan
sempurna kecuali dengan akad yang telah diketahui umum.

Maka dengan ini, pasangan yang sedang bertunang masih dianggap sebagai
ajnabi/asing antara satu sama lain. Atas dasar ini, tidak dibenarkan
seorang lelaki melihat tunangnya melainkan apa yang telah diharuskan
oleh syarak sahaja iaitu muka dan dua tapak tangan...."

Kita dapat melihat banyak terjadi pada zaman ini, di mana seorang
muslim yang tanpa segan silu menganggap bahawa bahawa tali pertunangan
telah
menghalalkan sebahagian hukum syarak. Oleh kerana itu mereka tanpa
ragu-ragu sering bertandang ke rumah tunangnya dengan tujuan untuk
membawanya keluar berjalan-jalan, bersiar-siar, berkelah atau menonton
wayang. Bahkan golongan ibubapa membenarkan anak-anak perempuan mereka
di bawa oleh tunang mereka tanpa ada sedikitpun perasaan cemburu dan
khuatir akan berlakunya kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini
seperti zina dan sebagainya. Mereka hanya berpegang kepada hujah yang
mereka cipta sendiri, iaitu:

"Tak mungkin anak aku sanggup menconteng arang ke muka orangtuanya..."
Sedangkan mereka telah melihat dan mendengar sendiri bagaimana
berleluasanya berlaku kejadian hamil sebelum nikah. Sebelum berlaku
perkara terkutuk itu, ibubapa mereka berhujah persis sebagaimana yang
digunakan oleh ibubapa yang belum terkena....

Mereka ini adalah golongan yang terlalu jahil dan buta terhadap
agamanya sendiri.

HARAM BERKHALWAT DENGAN TUNANG

Sebagaimana yang telah diterangkan di atas bahawa tali pertunangan
bukanlah satu ikatan yang menghalalkan mereka berbuat apa sahaja
sebagaimana suami isteri. Dengan ini berkhalwat atau duduk
berdua-duaan dengan tunang adalah haram. Rasulullah s.a.w. telah
mengingatkan di
dalam sebuah hadis:

Ertinya: Seorang lelaki tidak boleh berkhalwat atau berdua-duaan
dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya
orang yang ketiga ialah syaitan, kecuali ada bersama mereka mahramnya.
(Riwayat Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Amir bin Rabi'ah)

Semasa seseorang itu dalam tempoh pertunangan, sudah tentu ada
perkara-perkara penting yang perlu dibincangkan dan dibualkan. Maka
dia
boleh bercakap dengan tunangnya, berbincang atau berbual tetapi
hendaklah dengan ditemani oleh mahramnya

--
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"

NADIE SAKURA E-SHOP
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, baju punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

Tiada ulasan: