Isnin, April 03, 2006

Minat pada dakwah

Oleh: Fazrul Ismail
Dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, ada beberapa tahap
yang perlu ditempuh. Setiap tahap mempunyai cabaran tersendiri dan ada
yang gagal menempuh tahap seterusnya. Secara keseluruhan, tahap-tahap
tersebut ialah:
1.Tidak memeluk Islam
2. Memeluk Islam
3. Mengenal Islam
4. Minat pada berbuat amal
5. Minat pada dakwah (fokus siri ini)
6. Minat pada harakah dan jemaah
7. Istiqamah atas harakah
8. Menang di dunia atau syahid

***********************************

Minat pada dakwah
Dakwah adalah tugas Rasul yang diteruskan oleh umatnya. Mulia dan
pujian Allah diletakkan pada umat ini adalah kerana adanya dakwah.
Tanpa dakwah, kehebatan umat Islam akan lenyap kerana yang haq dan
batil bercampur aduk.
Apabila seseorang sudah berminat dan melaksanakan dakwah, ia akan
memberi kesan berikut:
1. Ada yang nampak bahawa dakwah boleh dibuat berseorangan. Hal
ini amat jarang berlaku kerana sehebat manapun usaha seseorang, ia
tidak akan mampu untuk membuat segala kerja berseorangan.
2. Ia akan nampak bahawa praktikal dakwah tidak mampu
dilaksanakan berseorangan.
3. Input dan sokongan dalam melaksanakan dakwah itu perlu wujud
daripada pelbagai sudut.
4. Kesedaran perlunya penyusunan di kalangan ahli masyarakat yang
ingin menyampaikan mesej kebenaran.

Perkara 1-3 inilah yang membuka peluang kepada seseorang pendakwah itu
untuk terlibat dengan mana-mana pertubuhan pergerakan (harakah) atau
jemaah yang menuju pada matlamat yang sama.

Jika cabaran pada tahap ini tidak berjaya ditempuh, maka :
§ Ada yang akan berputus asa untuk mendalami ilmu agama lebih
mendalam kerana dirasakan apa yang dibaca dan dikajinya tidak mampu
diamalkan malah ia menyebabkan kegelisahan.
§ Ada yang akan lebih suka duduk goyang kaki dan beramal untuk
sendiri-sendiri tanpa perlu kisahkan orang lain.
§ Ada yang menghadapi dilema samada perlukah untuk bergabung
dengan mana-mana jemaah kerana dirasakan ia akan menambah tugas dan
beban.

--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

2 ulasan:

PENDITA_ALAM berkata...

Assalamualaikum...

akak, ni saya suami Diyana....

pertama kali saya nak ucapkan tahniah.. atas usaha gigih mewujudkan perniagaan pakai muslimah ni...

saya memang berharap sangat isteri saya boleh jadi kenalan perniagaan yang sangat baik dengan akak..

saya harap, lepas ni... kami boleh bertukar2 pandangan dalam mengembangkan perniagaan ni ke pasaran terbuka yang lebih luas dengan akak...

sebut pasal perniagaan, teringat saya pada sahabat Abdul Rahman Auf (kalau tak silap)... kagum saya dengan kehebatan dia menjalankan perniagaan..

selalu saya pesan kat isteri saya tentang kisah sahabat ini... subhanallah mmg hebat...

PENDITA_ALAM berkata...

Oyer, ada sapa2 yang pernah terjumpa buku kisah sahabat Abdul Rahman Auf ni?

saya nak beli la, nak baca dan buat koleksi...