Isnin, Jun 29, 2009

Hikari no michi



Jgn rebut2. Tasneem main dengan abg aqil di masjid ahad smlm


Hikari no michi = Jalan bercahaya (jalan hidayah)
***********

Maiko (Yasmin): Adi san, xbalik ke tengahari ni. Saya ada masak ni. Kalau awak balik dtg lah rumah. Boleh kita makan sama2.
Saya: Waah.. bestnya. Kalau maiko dah masak, sy balik la.

Balas sy dengan penuh rs xmalunya waktu itu;).



Sudah kepenatan; tunggu ummi gosok baju, tasneem tido dulu yeh


Sewaktu membaca buku Hikari no michi, kiriman embak tethy minggu lepas, terasa mengalir air panas di pipi. Sy teringat/ rindu rs nak pulang ke Sapporo terutama bila teringatkan shbt2 seiman semasa di sana. Ya, kalau ditanya sy mahu @ tidak untuk pulang semula ke sana, sudah tentu jawapan sy mahu. Belajar memang sgt tsuraiii (sgt2 susah), tp pengalaman hidup, pengalaman bersama shbt seiman di sana memang tidak dapat dibeli, bahkan mungkin itulah sekali dlm seumur hidup yg diberikan Allah.

Semasa di tahun 4 (tahun akhir), sy telah berpindah ke sebuah rumah yg terletak dihadapan masjid sapporo. Masjid di sana xlah sehebat masjid di sini. Biasanya merupakan kedai/ rumah yg hanya disewa. Lebih2 lagi ditempat yg komuniti muslimnya masih belum begitu ramai... Kebetulan di sebelah rumah baru yg saya sewa itu, ada seorang remaja jepun (ms tu umurnya baru 18 thn) yg merupakan kawan kepada seorg kwn jepun sy yg baru memeluk Islam. Maiko san (Yasmin) Sejak pindah ke situ, kami jadi rapat. Dia selalu kata, dia agak isolated dengan kawan2 jepunnya drpd dulu lagi. Dia lebih suka berkawan dengan foreigner katanya. Sy pun seronok lah; alhamdulillah sy diberi peluang untuk mengenal hati budi seorg remaja jepun yg "bermasalah".

Sejak hr pertama lagi berjumpa kami dah mula rapat. Byk perkara yg dia ambil berat. Sy berpindah waktu itu sedang musim sejuk. Salji penuuh. Rumah sgt sejuk, lebih2 lagi rumah yg sy sewa tu rumah lama. Tingkat bwh pula tu. Memang sejuk yg amat. Jika saya ke sekolah, sy akan tutup semua paip utama untuk mengelakkan air dalam batang paip menjadi beku. Air yg tertinggal selepas mandi di bilik air juga biasanya akan beku bila waktu petang sy balik. Sejuk kan? Mana xnya, paling rendah suhu waktu itu, hampir -20C!! Waktu tu, Maiko san selalu ke rumah. "Sejuknya bilik ni, jom ke bilik sy, panas sikit" Rumahnya betul2 sebelah pintu rumah sy; memang senang. Kami selalu bertukar2 makanan. Dia selalu masak masakan jepun, sy pulak biasalah mskn sy yg xberapa pandai masak. Dia suka makan masakan malaysia, tp pernah sekali sy buat air bandung untuk dia, dia kata xseeedap!! hehe.. dia kata rs sgt pelik.

Byk cerita sbnrnya ttg maiko san @ Yasmin. Dia memeluk islam waktu dekat2 sy nak pulang ke malaysia. Alhamdulillah hidayah Allah xkira siapa dan di mana. Dia bekerja sebagai seorg pelayan bar... (waitress). Yg mana di bar yg dia bekerja tu; selalu didatangi foreigner2 Islam.. Adei! Malunya sy bila dia ckp mcm tu waktu itu. Tp mungkinlah di situ dia mula terdetik untuk mengenali Islam... Dia mkn yg halal; masa dia mula mengenali Islam lagi! Dia juga pernah memberitahu, dia nak tukar kerja; masakan dah masuk Islam, masih bawa minuman yg hrm!Pernah juga, waktu solat jemaah di rumah, sy xperasan setelah angkat takbir rupanya ada teddy bear yg duduk di sofa tempat kami menghadap; cepat2 dia ambil dan letakkan di tepi. Siap solat dia beritahu sy, sbg org Islam, kita xboleh menyembah berhala kan! Ah malunya sy waktu itu, dengan keimanannya..

Byk lagi! Insha-Allah sy akan coretkan kenangan itu sedikit demi sedikit.. supaya kenangan itu tidak hilang dari ingatan yg semakin tua ini!

******************


Mcm2 ada!! makcik2 tgh kemas baju2 yg org sedekah ke masjid untuk jumbo sale


Cerita anak2 lagi!

Sabtu smlm kami ke pusrawi melawat kwn abi yg sakit. Slip Disc lamanya berulang; kesian dah dekat seminggu di hospital. Lepas ke pusrawi, kami terus ke Gaya Warisan ; pulangkan stok lama, jumpa che ran (abg abi), dan abi tempah bj raya... waah, dah nak ry abi.. hehe, ada kain yg dah umur dua tahun lamanya, maka tempahlah sebelum tarikh tutup penempahan bj... Waktu dlm perjalanan ke gaya warisan, muhammad buat rosak program, yg xdapat kulupakan sehingga ke akhir hyt ku.. hehe, muhammad besar nnti, ummi nak cerita balik kat dia.. Habis hilang separuh mood sy dan abi.. xpyh lah cerita kat sini;) nnti muhammad malu.. Ptg tu, sekitar jam 4 kami bertolak balik ke rumah. Anak2 semua dah kepenatan! tidor dengan nyenyakknya sampai ke rumah. Hujan pun lebat!

Sampai umah ptg tu, terus mandikan tasneem dan muhammad. Waaah, tasneem berjaya hr ni! Dia berjaya meniarap sendiri.. hehe.. tu je? Ye la.. sbg seorg ibu sy gembira dengan perkembangan ini;). Selama ni sy yg meniarapkan dia, hari ni dia berjaya dengan usahanya sendiri. Alhamdulillah (noted: tasneem meniarap sendiri kali pertamanya di rumah pd: 27/6/2009).

Hari ahad, sy dan tasneem ke masjid untuk persediaan feminin fiest Mesyuarat, iron dan lipat baju untuk jumbo sale, dan mcm2 lagi.. Jemputlah datang, butiran ada kat blog nisa hs. Kesian abi ngan muhammad kat rumah, dah petang barulah ummi masak nasi, dah maghrib baru dapat makan tengahari.. huhu, gomen abi, gomen muhammad..

4 ulasan:

pu3qute berkata...

pembetulan 27/6/2009 kot... he..hee

adiemad berkata...

thanks kak.. hehe.. penting tarikh tuh

Raffiq berkata...

wah~..tak sangka pn. pernah sampai ke negara matahari terbit tu. seronok ke pn.?, macamana dengan orang2nye?, cantik x Sapporo tu?, bilalah sy dapat ke sana yea~?hm...

adiemad berkata...

Alhamdulillah.. rezeki sampai ke sana... seronok.. pengalaman hidup yg sikit berbeza.. Insha-ALlah dunia dah semakin kecik.. satu ms nnti sampai!