Rabu, Julai 01, 2009

Gempar.. gempar!!

Gempar hr ni kat ofis. 3 org staff kami disahkan positif H1N1. Ketiga2nya dikuarantin di hospital. Risau jugak sbb smlm masing2 ke ofis. Minta dijauhkanlah dr tersebarnya wabak yg xsiapa2 ingini ni. Dah semakin dekat nmpknya.. hr tu rs mcm org di luar negeri je punya cerita, semakin lama semakin hampir.. Na'uzubillah.

Teringat mengenai hadith rasulullah berkenaan wabak taun. Agak panjang.. kalau malas bc, bc yg sy boldkan untuk panduan.

Hadis Abdullah bin Abbas r.a:
Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya. Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam. Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang. Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin. Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini. Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah? Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain. Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga? Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini. Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya. Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4114

Ahaks, gambar abi masa muda pun adee~ kat program yg sama. Ummi mana?? Huhu, cari la~


Waktu Summer Camp 2002 xsilap kat Nagaoka dengan peserta muslimat


Terliurnya. Di masa sobetsukai (farewell party) sy ngan budak2 lab masa final year. Kat otaru, makan seafood mentah.. hehe, lalu ke nak makan.. adei.. sedapnyeee~

.................................
Gambar2 tu sy ambil dr fotopages lama housemate sy sewaktu di Jepun; liya.. sori liya! Ambik tanpa kebenaran;).. Itu lah shbt sy spjg di sana yg sabar meneman, melayani kerenah dan sebagainya spjg di jepun. Tu lah teman yg sama2 bersusah payah bermusafir setiap kali ada program IPIJ (Ikatan Persaudaraan Jepun) di sana.. kan liya? :)

Tempat kami dulu, tempat yg paling jauh dr org. Cuma ada sekali, seingat sy, program dibuat ditempat kami. Waktu itu pun musim natsu (musim panas). Panas di tempat kami, ala2 musim bunga di tempat lain. Masih sejuk kata mereka! Kalau nak buat program di hokkaido waktu winter, masing2 surender!! xsanggup!! Tp bagi kami yg dah 4 tahun berkampung di hokkaido, hokkaido lah tempat yg paling best di jepun.. hehe, jgn jeles! Mmg tempat kami berkampung itu selalu menjadi pilihan untuk melancung waktu musim panas.. Rumah kami juga selalu jadi pilihan untuk kawan2 menginap. Ye lah, lagipun xramai yg memilih universiti hokkaido sebagai tempat untuk belajar. Saaamuui (Sejuk sgt!) Sy sendiri masa tahun pertama, selalu jatuh tersungkur di atas ais sewaktu dlm perjalanan ke sekolah. Sakit!! Masa itu masih belum biasa dengan jalan yg licin. Tahun kedua, ketiga, keempat steady~~~. Maa ne.. alah bisa, tegal biasa...

Buat haslia yg masih ada di jepun, jgn jemu teruskan usaha dakwah bersama dengan IPIJ dan juga muslim jepun di sana. Saya sgt rindu dengan suasana dan kesempatan itu. Waqi' di Malaysia sgt berbeza. Masing2 punya kemanisan yg berbeza... apa pun peluang mesti direbut supaya bila peluang itu lenyap dr pandangan kita tidak kecewa dan menyesal... Allahu akbar.

1 ulasan:

liyafendi berkata...

ambik lah gambar mana2 pun..hmm saya dulu everytime jatuh atas salji mesti cepat2 tgk belakang utk check ade org tgk saya terjatuh tak..malu! hehehe