Khamis, Julai 02, 2009

Ngantuk seorang ibu dan ayah...


Alhamdulillah ala kulli haal...

xtau nak ulas camana.. tp cuma nak quote kan di sini ttg dua tajuk berita :-
1) Perancis haram purdah:
2) Malaysia Minta Perancis Desak Israel Henti Bina Penempatan Haram - Muhyiddin

Apa komen anda?? Komen sy, sy xtahu nak ulas cemana. Lu pikir lah sendiri? (Adei dei dei .. アデイらしくないの?)


So sweet!! Bapa2 mithali (insha-ALlah!).. Kami menikmati malam di bandar hilir, melaka semasa family day alumni 2007. Allah bii, dahsyat nya muhammad terlentok tu.. daijoubu??


........................................
Seperti yg sy jangka kan, sy agak mengantuk diofis hari ni. Tasneem bangun jam 4.30 pagi xtidur2 sampai saya hantar kedua2nya ke "sekolah"! Bagus dia 3 hr ni; bangun pagi untuk melepaskan hajat... hehe, gomen. Malu anak dara ku:)... Sambil iron baju untuk dipakai keofis pagi ni, saya layan dia bersembang.. xapalah fikir sy. Sambil tu hilanglah mengantuk dan baju pun awal lah digosok hari ni... Tp hampir subuh; sy surender. xmau tidor2 juga anak ku ini.. Bila sy pejam mata dia marah! Huh, pandai dah.. mahu berteman.. akhirnya, hampir masuk waktu subuh sy kejutkan abi, minta gantikan shift sebentar.. dapat skjp pun jadi lah untuk hilangkan ngantuk shj.. Alhamdulillah jadi lah; arigatou abi! Kalau x, lebih parah lagi mengantuk hari ni.

Nadia san dan suami dan aman chan. Apa kabar agaknya mereka sekarang. Terakhir sy menghubungi mereka sewaktu mengkhabarkan tentang kelahiran Muhammad lewat email. (noted: nadia san, shbt jepun yg berkahwin dengan india muslim.. india tanah besar.. sgt tekun belajar mengaji; hampir setiap minggu ke rumah untuk belajar. Sy ingat, sehingga aman berusia 6 bulan dalam alam "rahim" dia masih lagi istiqamah meredah salji semata2 untuk belajar al-Quran! subhaanaLLAH)

Bila kenang2kan, xberapa sgtlah pengorbanan hr ni berbanding generasi terdahulu. Mak dan abah dulu lebih susah lagi kehidupannya. Abah keje "jaga" sambilan jual kuih, masa kami adik beradik kecik2 dulu. Mak pulak, ambil upah jahit baju + jaga anak org + tolong buat kuih yg abah jual. Ya Allah, mcm tu lah kehidupan mak dan abah semasa membesarkan kami adik beradik. Mesti sama juga dugaannya, malah mungkin lebih lagi. Anak bangun mlm, minta susu.. kalau xsihat, tengah tidur termuntah.. cepat2 dicucikan segala yang kotor.. Kalau menangis segera didodoikan.. dalam keadaan waktu itu serba kekurangan berbanding hari ni.
Insaflah hai anak!

Sembang2 dengan kawan2 waktu mkn tadi, teringat plk pada satu ceramah tuk guru.. sebutir nasik yg kita mkn tu, nak jadi sebutir nasik tu bukan singkat masa yang diambil; dan bukan sedikit org yg terlibat dalam proses penghasilannya. Subhanallah! Kalau kita membazir; berapa byklah usaha org2 itu yg kita sia2 kan? Sama2 muhasabah diri!!

2 ulasan:

mumtazah berkata...

Ya Kak, syukran kerana menulis. Dapat muhasabah diri hari Jumaat yang mulia ini.

Unknown berkata...

Alhamdulillah, semoga dia jadi muhasabah, lebih lg untuk diri akak.