Isnin, Julai 06, 2009

Teringat-ringat... zaman muda ku..

Alhamdulillah ala kulli haal...

Semakin meningkatnya usia, semakin banyak suka duka hidup yg kita tinggalkan menjadi kenangan. Baik jika kita mengingat segalanya, supaya ia jadi panduan hidup kita untuk masa akan dtg. Jika buruk, maka ianya dijadikan sempadan, kerana org mukmin tidak akan jatuh ke dalam lubang biawak sebanyak dua kali. (Maksudnya, jika sekali tersilap, kita beringat, dan tidak melakukan kesilapan yg sama). Tetapi jika ianya baik, maka perlulah mencari kesempatan untuk mengulang2nya pada tempat, suasana, masa yg berbeza mungkin. Semoga pahalanya bertambah, insha-ALLAH!


Sy juga tidak lepas melalui pelbagai pengalaman, sama seperti org lain. Bukanlah sepanjang2 hidup ini menjadi manusia yg ideal (walaupun itulah cita2 semua org mukmin, sy pasti!).. sy juga pernah melalui masa nakal, masa jahiliyyah (masa2 tidak tahu).. tapi sy hrp semua masa2 buruk yg saya lalui itu adalah kerana kejahilan sy, bukan kerana bangga sy untuk menjadi nakal/jahat.. na'uzubillah...


Muhammad Arif Zakwan @ 10/06/07

Nur Tasneem Munazzah @ 7/3/2009

Sedikit mengenai zaman "nakal" sy..

Sy pernah melalu zaman yg agak nakal, ketika berada di tingkatan 2, dan 3.. Nakal sikit2 la.. Kalau ikut pd pakar remaja pun, mmg waktu ini remaja sedang mencari identiti diri.. Alhamdulillah tidak tersasar jauh. Terima kasih pada didikan ibu ayah yg bekalkan anaknya ini dengan agama, tidak tergamak untuk terlibat dengan perkara xsenonoh. Cuma waktu ditingkatan 2 dan 3, sy selalu terjebak dengan jenayah balik "cabut" dr asrama.. alhamdulillah xpernah kena tangkap sampai memburukkan rekod pelajar sy; sedangkan waktu itu sy sebilik dengan ketua disiplin asrama... kata kawan2 sbb muka "innocent". hehe, ye la kut... Sy ingat, waktu di tingkatan 3, sebilik 13 org waktu itu, ada seorg ketua disiplin asrama yg sgt terkenal dgn ketegasannya dan seorg lagi kwn sy yg terkenal nakalnya nakalnya di sekolah.. pernah juga satu mlm, jam hampir 3 pg, dia ajak kami melambai di tepi pagar sekolah untuk beli nasik, lapar! Pengalaman2 kawan lain yg sama2 nakal, pernah juga di kejar ustaz yg berkawal mlm. Itu lah pengalaman nakal di sekolah agama perempuan! Allah masih syg kan sy, xpernah kena tangkap, sampai lah sy bertaubat, xbuat lagi waktu itu. Masa tu pun 2 sj reason sy; jika sy balik cabut.. sy balik nak jumpa mak dan abah. Jika sy pegi beli mkn di tepi sekolah, sy lapar; bekalan untuk stay up studi mlm. Tiada niat2 "jahat" lain. Waktu itu sy belum tahu/ sy masih jahil mengenai konsep " Matlamat tidak menghalalkan cara". Sekarang? Mudah2an setelah tahu, sy melaksanakan "tahu" sy itu..

Sedikit selingan mengenai zaman sekolah sy... sy menulis ni, sbb sy teringat tulisan ust hasrizal, "Saya bukan bapa mithali, sy bapa realiti" dalam majalah anis sebelum ini. Hehe, cari isinya sendiri... ada kaitan ke? Entahla, mungkin ada kut...


Bawa muhammad jln2 di melaka.. Masa ni muhammad lebih kurg 4 bulan.
..........................
Sabtu smlm hr kami dipenuhi dengan fiesta feminin NISA' HS.. dari pagi sampai ke malam. Alhamdulillah walaupun, byk juga plan bertukar dan ada terdengar bbrp rungutan mengenai kelancaran program, semuanya sy kira berakhir dengan baik. Lepas ni kena buat post moterm supaya dapat diambil pengajaran drpd beberapa ketidaklancaran itu, untuk dijadikan panduan program depan... Terima kasih kepada yg sama2 turun padang menyinsing lengan untuk memastikan program dapat berjalan dengan baik...

Pagi hari sy dan abi hntr muhammad dan tasneem ke rumah pengasuh, supaya aktiviti pagi dapat kami bantu sepenuhnya. Tp untuk aktiviti petang, tasneem dan muhammad kami bawa juga ke masjid. Lagipun aktiviti petang dah kurg sikit sibuknya berbanding pagi... Aktiviti mlm, sy terpaksa meng"escape" kan diri, sebab anak2 dah kepenatan, kedua2nya balik rumah petang tu, terus tidur xingat dunia:).. Hanya abi yg terlibat program mlm. Kesian, abi yg dah ngantuk tahap naga, menggagahkan diri juga.. Jam 12.30 mlm lebih kurg baru pulang ke rumah.

Hari ahad, kami bw tasneem dan muhammad melawat opah di klang. Alhamdulillah mulanya rs mmg dah xlarat nak berjalan ahad tu, tp opah beriya mengajak dtg.. maklumlah lama xjumpa.. terakhir waktu sy berkursus di pj. Seronok opah melihat tasneem dan muhammad. Rezeki tasneem dan muhammad opah beli kan baju!

Desktop opis. Entah kenapa, dr zaman muda2 dulu, suka dgn gambar dolphin ni. Mgkin sbb ikan2 tu tengah melompat mencapai cita2nya... ahaks!

..................
Byk pulak entri sy hr ni, kalau bosan bc.. maaflah, tinggalkan komen supaya sy boleh perbaiki. Akhir sekali untuk hr ni, nak dikongsikan hr ni. Sewaktu rehat tgh hari sabtu tu, sy dan abi singgah ke gerai2 yg ada dimasjid untuk beli mkn tgh hari. Sy tersentuh hati melihat satu gerai cendol. Kami singgah di gerai, mmg kami kenal dengan penjualnya. Tersentuh hati sy melihat dia menggunakan mesin air batu yg manual tu! Di tengah panas terik.. sesekali sy lihat dia berhenti memutarkannya untuk mengambil nafas panjang.. Sy sedih! rs nak bertaburan air mata di situ juga.. melihat dia mencari rezeki dgn cara itu. Balik ke rumah, sy beritahu abi.. sedihlah tgk shbt tu.. mmg terpancar keikhlasan di wajahnya (shbt ni selalu sponsor air dan sbgnya kalau kami meting ke apa ke). Sy bg tahu anak2 dan isteri yg dtg membantu dia meniaga hr tu pun nampak semuanya baik2 dan lembut2 belaka! Abi jawap: "Yelah, rezeki yg diberi pada anak2 dan isteri, rezeki yg halal........." Terpanar dengan kata2 abi. Membuat sy merenung kembali, rezeki apakah yg sy bawa balik untuk anak2 saya..... Astaghfirullah, jika terkandung yg syubhah atau haram, aku mohon ampun pada mu Ya ALLAH!

1 ulasan:

z.u.r.a^z.u.b.i.r berkata...

saya berterima kasih kepada 'ummi' sbb byk memberi ilmu dan kefaham tentang kehidupan...