Rabu, Ogos 05, 2009

Bench Mark??

Alhamdulillah ala kulli haal...

Terasa sibuk sikit hari ni.. hehe.. Alhamdulillah. Pagi menunggu di bilik server untuk proses migrasi sistem, petang pulak bersedia untuk taklimat yg bakal diberi kepada unit rnd berkenaan sistem penilaian kursus online. Kuang3x xla byk sgt.. tp terasa sebok, jd best la..;)

Gembira... Smlm dapat jumpa shbt2 di usrah. Walaupun usrah smlm nampak tidak teratur sgt sbb masing2 kurg bersedia, tp sy rs bersyukur sbb dah terasa lama sgt xjumpa shbt2 kurang lebih 4 minggu. Peluang yg ada digunakan untuk bermesra, berbincang, bertazkirah dan sebagainya. Best! dan yang menambahkan ke "best" annya, kak faizah masak nasik impit ngan rendang daging. Huh! mengancam sedap tu. Dah ujung usrah tu, kak zurina tanya siapa nak offer rumah untuk next usrah; sy bergurau... "Umah sy boleh kak, tp xdelah rendang sedap cam ni" huhu... xblh2; xsempat dan xpandai masak spt ibu2 yg lain tu.. ye la.. diorg dah byk pengalaman.. anak pon dah besar2.. hehe, byk alasan mu adi!! Mlm td sy bawa muhammad. Mulanya rs nak tinggalkan keduanya, tp disebabkan muhammad masih segar dan tasneem plk dah tido, sy ambil keputusan untuk bw muhammad dan tasneem tinggal dgn abi. Hehe, sian kat abi.. kalau tasneem bangun dek kebisingan muhammad nnti, mesti kelamkabut dibuatnya; dua2 bakal berjaga dan tasneem akan mengamuk kerana diganggu tidurnya:)


Salah satu gambar kenduri kawin yg berjaya diselamatkan.. yg lainnya xsempat diselamatkan sblm dicuci kerana motherboad pc ku terbakar.. Sempoi je kan bi, kenduri kawin kita.. Syukur, alhamdulillah. Sebelah sy tu, classmate ms tahun satu di jepun, tomomi chan.. pakai tudung comei je senget2.

Ilmu baru yg sy dapat smlm untuk dikongsikan.. selama ni sy xtahu, bhw org kafir pun akan ditanya berkenaan hidup mrk di dunia. Selama ni sy ingatkan org kafir terus dicampak ke neraka sbb teringat kat ayat quran yg menyatakan mrk bakal jadi kayu api yang membakar dalam api neraka nnti. Begitu juga dengan para nabi. Mereka juga akan disoal ttg tanggungjawab mrk, walaupun mrk ma'sum. Untuk lebih maklumat, sila rujuk ke Buku Nota Untuk Diri Tok Guru, hehe.. xreti nak ulas!

Sy pilih tajuk bench mark @ penanda aras hari ni, sbb sy teringat perbualan sy dengan roomate masa di klebang tempoh hari.. hehe, suka bergurau budak tu. Tp penuh pengertian sy rs.. untuk nota perbualan ni sy dah olah sikit, sbb x exactly ingat baris2nya yg sebenar.. hehe..

"Akak, akak gi lah smyg dulu, kita nak baring jap" Sy balas.. "Ala.. zu pegi la dulu, akak nak rehat jugak jap" Hehe, sj sy balas begitu, sbb sy tahu nadanya tu bergurau, jd sy pun balas dengan gurauan juga.. "Akak pegi la.. akak kan bench mark kite..kalau akak solat lambat, kita pun lambat aaa, padan muka akak dosa" Upss... tekedu sy.. sy tahu dia bergurau.. tp itu lah kenyataan nya.. segala tindak tanduk kita dalam xsedar sebenarnya kita di perhatikan.. dan dalam xsedar juga mungkin kita ni dijadikan bench mark oleh sesiapa. Kawan? Isteri? Anak? Anak buah di ofis? Ai.. alamak, byk nya dosa aku.. kalau aku buat jahat dan mengikutlah segala manusia yg ku pimpin, bertimbun2 la dosa... Astaghfirullah... Sama, bukan sy aje.. tuan-tuan dan puan-puan pun sama... walaupun kita bukan pemimpin yg besar.. tp sedarlah semua kita ni adalah PEMIMPIN di dalam lingkungan kita! Sama2 muhasabah diri..

Tiada ulasan: