Selasa, Oktober 27, 2009

Kasihi ibu kepada anak-anakmu...

Alhamdulillah ala kulli haal..

Pagi ini seawal jam 6.50 pagi sy dan abi keluar bersama-sama menghantar anak ke rumah kak misah. Biasanya kami keluar sebaik buletin pagi berbunyi dikaca tv. Tapi hari ini, awal sikit sbb ikut perancangannya sy akan menumpang kenderaan jabatan untuk mengambil peperiksaan di serdang. Alhamdulillah sempat bersarapan nasi dagang bersama abi di BS, kemudian abi hantar sy ke plaza tol dan xberapa lama menunggu abg zul pemandu jabatan dan 2 org shbt lagi yg akan mengambil periksa sampai ke tempat yang dijanjikan.

"Abi, doakan ummi ye"... bila dah kahwin
"Abah, mak.. doakan ila ye" ... masa masih bujang dulu;) kemudian abah akan pegang kepala dan bacakan alam nasyrah... hehe.. tp pg ni abi xsempat bacakan alam nasyrah untuk dihembuskan ke ubun2 ummi....(ubun2 dah keras... cukuplah sedikit kucupan di dahi pembakar semangat.. insha-Allah.. yg pentingnya doa abi)

Dan seperti biasa juga awal-awal pagi lagi td, sy menelefon emak sy. Takut2 kalau dia menelefon dulu bertanya kabar..(selalunya emak lebih cepat).. Dua perkara yg sy xkan lupa untuk mengambil keberkatannya... doa ibu dan doa suami.. saya akui, kadang2 persediaan kurang, kemampuan kurang, dah ketahape-hapean sy dalam menghadapi exam... tp saya amat yakin, keberkatan doa kedua2 pihak ini, setahu sy tidak ada hijab doa suami dan doa seorang ibu...

Lenguh tangan menjawab exam hari ni. Maklumlah exam open book. Jd seperti biasalah, masa yg ada dihabiskan untuk menyelak helaian2 buku yg tebal mcm buku bimbingan mukmin dan tarbiyatul aulad tu, dan kemudiannya menyalin segala jawapan yang dirasakan betul.. (mudah2an betullah apa yg sy contengkan diatas kertas itu) Sy harap cukuplah ini kali pertama, dan kali terakhir untuk sy pergi menajawabnya;) Amiin.. 3 jam... selesai saje exam, dua call sy terima.. mak saya dan kemudian seorg shbt sy. Sy terpaksa reject call sebab masih dlm dewan.. dan kemudian call semula. Mak seperti biasalah, orang yg paling cepat untuk mengetahui perkembangan:) Alhamdulillah...

Semasa dalam kereta pulang ke rumah, sy call semula kohai yg menelefon td.. Risau pulak sy, kenapa tiba2 dia call. Betullah telahan sy rupanya dia sudah ada di wad menunggu waktu untuk bersalin.. Dia bertanya tentang epidural... boleh baca di sini.. Sy cuma dapat nasihatkan sya.. supaya kalau boleh tahan, elakkan drpd ambil epidural tu, sbb kesan jangkapanjangnya ada.. dan banyakkan baca doa nabi yunus semasa dalam perut ikan yu...Sy tahu, sya tgh gelisah menunggu waktu bersalin... betullah kata pepatah "Mcm kucing nak beranak".. sbenarnya lebih sesuai kalau digunakan "Macam ibu nak beranak"... Siapa yg dah pernah beranak, dialah sj yg tahu betapa gelisahnyay menanti saat baby itu keluar. Sampai sekarang, sy xboleh nak faham.. kenapalah ada sang suami yg sanggup memperlakukan isterinya dengan pelbagai kecurangan dan kezaliman... padahal dia dah pernah tengok betapa sengsaranya isterinya melalui proses itu.... na'zubillah

Alhamdulillah, waktu melahirkan muhammad dan tasneem... kedua2nya berjalan lancar.. Tp sy rs, sy xpernah rs sakit mcm tu.. dalam byk2 sakit... inilah yg paling sakit.. fikir sy waktu itu. Bagi sy, tiada cara lain lagi nak menyelamatkan diri dr kesakitan itu.. untuk kurangkan sakit, hanya doa, doa ibu dan sang suami... zikir2 bagi melupakan sebentar kesakitan.. dan pergantungan diri pada Allah.. Masa muhammad mmg proses tu agak lama.. sy masuk wad lebih kurang jam 11 mlm.. waktu itu misi kata jalan masih sgt kecil... sy ingat.. waktu itu ada seorang misi cina yg sekejap2 dtg cek, skjp2 dia dtg lagi.. kemudian sekitar jam 3pg dia datang lagi, dan masa itu mungkin dia lihat sy sudah bersedia untuk melahirkan... dia pun cakap.."Ooo.. bagus2, mungkin awak banyak mengucap td, jalan sudah buka la.. boleh tolak labour room".. Ya, bukan mungkin ! tp itu satu kepastian dan keyakinan. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga. Sbb bg sy, yg membezakan sakit nak bersalin antara seorg dengan seorang yg lain adalah lama waktu dia terpaksa menungggu itu. Baby besar @ kecil bukan mslh utama..(yeke, itu pendapat sy je.. hehe.. sbb sy melahirkan muhammad 3.8 kg dan tasneem 3.7 kg.. tp bila org tanya sy "xsakit ke beranak besar" sy pun terasa ingin tanya balik "camana beranak kecik, mmg xsakit ke cam beranak besar;)")..

Ini sjlah pengubat kesakitan waktu itu:

tasneem
muhammad


Waktu melahirkan tasneem.. mcm mimpi..:) Alhamdulillah anak kedua mungkin sudah lebih mudah, kata org. Petang itu, sy ke hospital bersama abi.. sekitar jam 6.30.. contraction dah kerap waktu itu. Tp sy lapar.. waktu singgah di rnr berhampiran hospital sg buloh, abi singgah beli nasi dan kemudiannya kami singgah solat di plaza tol sg buloh sbb takut susah cari tempat solat kalau dah ke wad bersalin nnti. Sy juga jamak tamam solat maghrib dan isya' sy waktu itu, takut mslh yg sama tidak jumpa tempat solat jika sudah kelam kabut. Sempat makan dan sempat solat. Bila pikir2 balik, keje gila jugak.. kalau terberanak kat rnr tu, mahu diberi gelaran anakku itu... nur rnr..:D....Sampai2 di hospital, dr cek.. "Dah 5cm ni, rileks je, xsakit ke" dlm hati "Dr ni xpernah beranak ke, sakit daaa.."..dr sambung "Dah boleh tolak ke labour room ni".. misi sambung "You boleh berlari lagi kan, xpayah pakai wheelchair lah, kalau you lari.. nnti sampai2 ke labour room you sudah senang beranak" kata misi cina juga waktu itu... dlm hati "hehe, sakit daa"

Alhamdulillah, setakat yg dua ni, alhamdulillah.. mgkin kalau dikategorikan, boleh lah juga dikategorikan sebagai yg mudah bersalin. Mudah2an yg ke 3, 4, ....10.. semuanya mudah..aamiin3x... Kakak ipar sy yg sudah beranak 8, masing2 punya cerita yg tersendiri, belum tentu semuanya senang:) .. Doa dan usaha sjkan...


Kasihilah ibu anda dan ibu kepada anak-anak anda..

Update: tepat jam 7.00 mlm, skjp td sya mesej dah selamat melahirkan baby perempuan. Smg jd solehah wa muslehah;) aamiin..

5 ulasan:

liya berkata...

Salam Adie exam apa tu adie? Exam naik pangkat ke? Hehe..MEsti boleh jawab kan kan..insyaALlah Adie boleh punya;)

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

salam, hehe..

cemana nak naik pangkat kalau confirm pun belum liya:P

exam ni syarat untuk confirm...
tempoh 3thn untuk confirm.. doakanla.. kalau dah confirm, 5thn kemudian boleh la naik pangkat.. kuang3x..lamanya...Doakan sukses.. nak ambil sekali ni je kalau boleh..

z.u.r.a^z.u.b.i.r berkata...

Salam..boleh saya tau apa maksud Tasneem..?

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

salam.. tasneem tu maksud dia.. aliran sungai-sungai di syurga:)

Nur tasneem munazzah = cahaya aliran sungai di syurga yang suci bersih

z.u.r.a^z.u.b.i.r berkata...

saya suka sangat dengan nama Tasneem...n hope kalau dapat baby gul nak letak nama tasneem..