Rabu, Oktober 14, 2009

Taubat, Hijrah dan Unta Merah

Alhamdulillah ala kulli haal...

Hari ni sibuk dan menyibuk.. rs mcm sy la bos, sy la technician, sy la opis boy.. sy la kerani.. haha.. apa la berkira sgt... sy dibayar gaji untuk keje 8.30 - 5.30 .. buat la.. takat mana yg boleh.. ha, buat.. buat...Heheh, bunyi mcm tension je.. xpelah , bukan selalu mcm ni... biasanya rilek je kan.. cover lah mana2 kelalaian selama hr ni.. manusia.. bila byk buat keje berkira.. bila terkurg buat kije .. buat2 lupa... insaflah!

Sy teringat pada kisah pembunuh 99 org yg ingin bertaubat.. sy search2.. sy terjumpa sumber ini.. semoga ianya sumber yg sahih.. Ringkasnya kisahnya begini.. ada seorg yg amat jahat sehingga telah membunuh sehingga 99 org. Satu masa dia ingin bertaubat dan telah pegi berjumpa dengan seorg rahib. Rahib itu berkata.. taubatnya tidak akan diterima kerahna sebegitu jahatnya dia.. lalu dia pun membunuh rahib itu.. kerana marah dgn kenyataan rahib itu. Maka genaplah bilangan yg telah dibunuhnya 100 org Lalu dia pun pergi berjalan lagi dan berjumpa dengan seorang alim yg lain... dia pun bertanya soalan yg sama.. Si alim berkata..

"Allah maha pengampun, pergilah berhijrah ke tempat baru dan bertaubatlah.. carilah kampung yang penghuninya ada org yg baik2"

Dgn semangat untuk berubah, dia pun pergi berhijrah; mencari tempat yg sesuai dan seiring dengan keinginannya untuk berubah menjadi org yg soleh.. Malangnya dlm perjalanan, nyawanya telah Allah tarik, Sedangkan dia hanya sempat mengucapkan kalimah la ilaha illallah.. tetapi belum sempat menunaikan solat dan ibadah2 lainnya.Malaikat azab dan malaikat rahmat berebut roh si pembunuh tadi.. tetapi setelah diukur jarak tempat dia mati itu lebih hampir dengan kampung yg ingin ditujuinya maka, dengan rahmat Allah taubatnya itu diterima dan dia telah dimasukkan ke dalam syurga. SubhanaLLAH...

Walaupun dosa kita mungkin tidak sampai membunuh 100 org.. tapi sedarlah bhw setiap apa yg diriwayatkan dan diwahyukan.. selagi kita ini adalah manusia.. ia tetap terkait dan memberi pengajaran kpd kita. Taubat, takut, harap.. pada keampunan Allah kerana sesungguhnya pengampunan Allah adalah lebih besar drpd dosa yg kita lakukan..

"Tuhan, dosa ku menggunung tinggi.. tp rahmatmu, melangit luas... harga selautan syukurku, hanya setitis nikmatmu di syurga"

Usah putus asa dr rahmat Allah..

Dan jika ada org memohon kita untuk menunjukkan jalan hidayah.. ambillah peluang ini, mungkin Allah memilih kita untuk jadi penunjuk jalan baginya.. walaupun mungkin dia hanya bertaubat 10 thn lagi.. atau hanya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir... ganjaran Allah sgt besar!
"Maka demi Allah, sekiranya Allah memberi hidayah disebakan kamu, kepada seorang lelaki adalah lebih baik untukmu daripada memilki unta-unta merah." [al-Bukhariy]

Tiada ulasan: