Isnin, Disember 21, 2009

Opah ikut muhammad kan, kan??

Alhamdulillah ala kulli haal…
Pertamanya sy ingin mengucapkan selamat berhijrah ke arah yang lebih baik sempena tahun hijrah 1431 yang telah menjelang.. semoga kita sama2 menjadi yang lebih baik drpd hari2 smlm, insha-Allah. Masa, memang semakin hari semakin cepat. Cuma kita yang kadang terlupa… makin tua, makin byk yg kita lupakan. Sama2 istighfar dan muhasabah beserta niat dan keazaman untuk berubah dari sehari ke sehari.

Alhamdulillah, hr khamis minggu lepas, slps pulang drpd mesyuarat di putrajaya, sy dapat ikut serta dalam kuliah sempena sambutan maal hijrah di tempat keje abi. Waktu sy sampai sekitar jam 6, kuliah baru bermula. Ingatnya xramai org sbb petang hari yg sama ada lawan bola final msia – laos. Tp alhamdulillah, rupanya penuh juga dewan audi perodua itu. Dapatlah sy mencedok sedikit keberkatan drpd shbt2 yg mungkin doanya Allah lebih angkat dalam majlis tersebut... (note: antara satu majlis yg mustajab doa.. majlis ilmu dan mungkin dlm majlis itu ada ”wali-wali” Allah yg doanya lebih mustajab untuk ditumpang)

Sikit perkongsian isi ceramah... ust azahar byk menekankan ttg sumbangan tokoh2 yg terlibat dalam hijrah rasulullah drpd mekah ke madinah.. Salah seorangnya tokoh muslimat, Sahabiah Asma’ binti abu bakar yg ketika itu sedang sarat mengandung. Asma’ binti Abu Bakar diberi gelaran Dzatun nithaqain (sang empunya 2 pengikat pinggang) kerana salah satu ikatan dipinggangnya digunakan untuk mengikat bekalan makanan yang dibawa ke Gua Tsur tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar ketika itu. Apa yg mengusik hati sy, ust menyebutkan bhw pada waktu itu, asma’ sedang dalam keadaan sarat mengandung. Ust tanya kepada audiance.. ”siapa di kalangan muslimat di sini yang ada pengalaman panjat Gua tsur?” Ada seorg shbt mengangkat tangan.. tp dia kata, itu pun separuh shj.. tak sampai ke puncak dan masa tu tak mengandung pun.. Menggambarkan betapa tinggi dan susahnya unuk mendaki ke gua tersebut lebih2 lagi bagi seorang wanita yg sedang sarat mengandung. Subhanallah... Hasil pengorbanan Asma’ itu jugalah salah satunya yg menjayakan hijrah Nabi SAW yg akhirnya dengan itu, Islam sampai kpd kita hari ini...... Pengajaran nya bg muslimat... Kita bukan golongan yg lemah.. tp di sebalik sifat lemah lembut yg Allah anugerahkan kepada kita ada tersirat suatu kekuatan yg luar biasa yg perlu kita teroka dan serlahkan untuk keperluan diri, keluarga dan ummah.. Setakat mana yg kita sudah kita gunakan?

***************
Cerita anak2 dan keluarga.

Pd hr jumaat emak, kakak saya dan anak2nya dtg bertandang ke rumah. Mulanya masing2 berniat untuk bermlm, tp akhirnya kakak sy memujuk emak sy untuk pulang memandangkan hero2 dan heroin2 menggamatkan seisi rumah. Kakak sy kata, xtahan mcm ni.. kena bwk balik. Sy gelak.. biasalah budak.. Muhammad pun sama lah.. yg berebut, berebut.. yg berguling, berguling… masing2.. belum cukup cerdik mengawal emosi masing2.. Letih jugak memujuk supaya bermalam di rumah, tp akhirnya mak dan nyah pulang juga hamper maghrib. Huhu..

Hari sabtu, sekitar jam 6 petang, sy abi dan anak2 bertolak menuju ke masjid negeri shah alam, cadangnya ingin bersama2 dalam majlis sambutan maal hijrah di masjid shah alam. Ada tetamu yg sgt istimewa dtg, Dr Yusuf Qardhawi yg juga menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan (artikel2 beliau yg sgt bermanfaat ada sy link kan di top menu blog ini.. baca juga profil beliau di dalam hpej tersebut).. Masya Allah ramainya ummat manusia. Pusing satu masjid tak ada tempat parking… akhirnya kami parking di luar. Elok parking kereta, abi tanya ”Nak turun ke, jauh nak menapak ni” Sy menjawab ”Tak berapa dgr lah bi, kalau duk dlm masjid tu terasa sikit ruhnya..” Abi tersenyum.. kami pun mula menapak menuju perkarangan masjid.. mujur anak2 tak meragam. Tasneem sudah puas tidur spjg perjalanan, muhammad pulak seronok lah dapat berlepas bebas. Dapatlah jugak mendengar dengan puas, kedua2nya tak beronar.


Bertemu Dr Yusuf Qardhawi di Masjid Negeri Shah Alam @ 1431 Hijrah

Selesai ceramah kami pulang ke rumah mak di klang. Alhamdulillah.. anak2 lena dlm kereta lagi, perjalanan lancar tanpa sbrng mslh.. cuma perut berkeroncong membuatkan kami singgah untuk membeli sedikit mknn.. Esok pagi2 kami pulang semula ke rawang. Muhammad seperti biasalah.. waktu menyalam tangan opah, di pegang dan ditariknya tangan opah..”Opah ikut muhammad kan, kan??” Berkali2.. jenuhlah kami memujuknya.. menangis tak mahu berpisah dengan opah lah pulak. Mcm itu lah sejak kebelakngan ni.. kalau opah dtg rumah pun sama, kalau pergi rumah opah pun sama.. kdg2 opah sampai terpaksa menyorok2 untuk pulang.. hehe.. Dlm perjalanan tersesak2 lah .. sampaikan tertidur dan terjaga semula.. ”Ummi.. mana opah?” dengan nada yg penuh syahduuuu...;)

2 ulasan:

atfina berkata...

heheh...auni plak...opah yang nangis tinggalkan auni...biasala tu...cucu dan opah.. special bonding !

Ummu Muhammad Tasneem berkata...

Tula.. kdg pelik jugak, sbbnya nak kata selalu sgt jumpa pun tidak jugak... tp jumpa yg skjp tp mesra itu meninggalkan kesan mendalam.. ewah..

Ingat ms kecik2 dulu norat. Sy pun kalau nak ikut opah balik, menangis2...

ada sekali, opah sy bawak balik kmpung, sampai kampung tiap kali opah nak suap nasik, sy xmo sbb tgn opah bau getah buku .. huhu..

teruk betul rsnya!! ;)... menurun lah rupanya perangai ummi die ni.. ahaks