Selasa, Mac 23, 2010

Hantu durian...:P

Alhamdulillah ala kulli hal…

 

Lamanya ummi xupdate blog ni… hehe, dah beralih ke facebook plk..  Face book senang tulis pendek2; ada yg terfikir, rs2 menarik untuk ditulis.. terus tulis.. lain rohnya dengan blog ni. Tapi ummi syg blog ni; ummi dedikasikan untuk anak2, abi, adik beradik, saudara mara, kawan2 dan sesiapa shj yg sudi mengutip sesuatu drnya. Semoga yng dikutip hanya yg baik2 dan menjadi aml jariah untuk ummi suatu masa dan ketika nnti. Mana yg buruk, pulangkan semula kepada ummi, supaya ummi dpt membuangnya jauh2 dari pandangan dan pembacaan org ramai.

Lama xmasuk ofis. Last week hr selasa dan rabu, ummi berkursus di shah alam. Bengkel Pengurusan Kursus. Tiap tahun dibuat sekali untuk bincangkan modul kursus yang akan dilaksanakan oleh jabatan tahun berikutnya. Selama di hampir 3 thn INSTUN, ummi baru 2 kali ikut serta. Yang last year, ummi terlepas.. sbb sedang cuti bersalin. Tahun pertama, dibuat di melaka.. dan tahun ni di shah alam.. Apa lagi, mcm biasa, ummi angkut anak2 sekali dan ajak opah temankan; kebetulan cuti sekolah.. senang juga nak bawa opah. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar.. Lagi pun dekat, boleh lah ummi gagahkan diri drive dan import anak2 semua;).

Hari khamis, pagi2 lagi kami sudah keluar rumah bertolak ke kota bharu. Sebelum itu, hantar opah ke klang dulu.. Lebih kurang jam 9 pagi, kami bertolak ke kota bharu dr klang. Alhamdulillah, tok ayoh dapat teman baruJ. Kami pulang ke kota bharu untuk majlis menyambut ‘mok mudo’ tasneem dan Muhammad.. Tahniah tok ayoh.. alhamdulillah3x.. tok ayoh xkeseorangan lagi di rumah. Mudah2an kesunyian tok ayah terpadam dengan kehadiran mak su leha… gelaran ‘mok mudo’ tasneem dan Muhammad. Benarlah perkahwinan itu, menyambungkan silaturrahim.. Masa berkunjung ke rumah mak su leha, ummi dengan abi jumpa kawan lama semasa di UM.. ust Najman dan kak Rohana.. ‘adik beradik’ masa di UM yg sudah hampir 10 tahun tidak bersua muka. Mak su leha ibu saudara mrk. Jadinya, ummi dengan abi jadi saudara sepupu pula lah dengan keduanyaJ.. lepas tu, waktu abi jumpa kawan lama satu ma’had di kenduri bercukur anaknya  .. rupanya sepupu plk  dengan mak su leha.. Hehe.. ya.. ummi sgt yakin pada hikmah perkahwinan; mmg benar2 menyambungkan silaturrahim. Ust najman masa di UM merupakan KP Lajnah Asasi ummi dengan abi. Ummi dan abi sama2 pernah join meting yg Lajnah asasi buat. Kak Rohana pun dulu antara salah sorg naqibah usrah ummi di UM. Ummi selalu pegi rumah kak rohana di RZ dulu.. Masya Allah 10 thn xjumpa, ummi cam muka.. tp mcm mana xingat nama?? Mcm mana ukhuwwah ni.. kena muhasabah balik semula.. Alhamdulillah, dah jumpa balik ni.. ukhuwah perlu di semai semula, insha-Allah..

Hr kami balik dr kota bharu.. jalan cukup jem bermula masuk Bentung.. 12 jam atas jalanJ.. SubhanaLLAH.. sian abi drive lama.. Ummi Cuma ganti kana bi sekitar sejam 2 sj.. di area kuala krai - gua musang.. Sampai Rawang dekat jam 12 mlm?? Adoi.. rs nak tegholap pinggang.. kebas punggong; hehe.. tobat2.. waktu sampai di Genting Sempah.. kami singgah di RnR untuk tidur sekejap.. Anak2 pun dah tidur waktu itu. Hujan lebat juga waktu itu, kami ambil keputusan melepaskan lelah sekejap. Perjalanan kali ini, tasneem sgt dipuji.. hehe.. sbb keje tasneem.. mkn tido, mkn tido sj tanpa byk ragam..:D tinggal lagi ummi dan abi melayan muhammad yg asyik membebel.. hehe.. Ummi teringat waktu berhenti di RnR gua musang.. muhammad sebut.. ”Ummi, hantu durian.. hantu durian” Mulanya ummi xfaham.. ummi ingatkan muhammad terbau durian . kebetulan waktu ummi buka pintu mmg ada bau durian yg menusuk hidung. Tp dia asyik ulang.. ”Ummi, hantu durian” setiap kali melalui tepi hutan sepanjang jalan.. Akhirnya baru lah ummi faham.. muhammad teringatkan cerita upin ipin yg berulang kali di tengoknya bersama poksunya beberapa hari lepas.. kih2.. ummi teringat sbb dia ada mengulang senikata dalam animasi itu.. ”Ini kaki atok..” hehe.. ingat x? Ummi pun baru tgk hari tu.. tgk sama2 muhammad dan tasneem yg ghalit bila poksu diorg buka di rumah tempoh hari. Muhammad mmg susah nak tidur masa perjalanan hr tu.. tp alhamdulillah, ms di Genting sempah tu, muhammad dan tasneem dua2 nya tidur.. jd ummi dan abi boleh berehat sebelum memulakan perjalanan semula..

Perjalanan jauh mmg mencabar dan memenatkan.. lebih2 lagi hujan.. Tp anak2 cukup menghiburkan walaupun menjadi penyumbang terbesar kepada kepenatan driver dan co driver @ ummi dan abi.. hiks… Alhamdulillah, semoga perjalana kami kali ini mendapat keberkatan dan diredhai Allah. Selesai satu perkara.. Tok ayoh selamat diijab kabulkan.. Dan dlm perjalanan yg jauh itu ummi abi gembira sgt2.. sbb masa itu lah muhammad menghafal zikir2 dan nasyid yg didengar di radio ikim.. Muhammad dah boleh zikir La ilaha illah muhammadur rasulullah.. completed! Ummi dan abi tersenyum. Baca alfatihah pun, muhammad dah boleh sambungkan.. sambil ikut ummi dan abi baca 2 dengar di radio.. Bila muhammad dgr ”Sollallahu ala muhammad” muhammad sebut..” Selawat abi muhammad” hehe.. dia silap.. dia ingat zikir tu, sebut nama dia dan nama abi.. Ummi kata ”Itu bukan muhammad ngan abi.. itu nabi muhammad” xpelah, walaupun dia xfaham.. semoga menjadi satu pemulaan yg baik. Tasneem pun, walaupun xpandai ckp lagi.. dah mula tergelek2 badannya mendengar zikir di radio tu.. cutesgt , ummi suka.. semoga nnti bila dan pandai ckp nnti.. itu lah yg meniti di bibir keduanya.. Aamiin...

 

Pjgnya... dah. fullstop

Tiada ulasan: