Selasa, April 13, 2010

Akuarium baru;)

Alhamdulillah ala kulli haal...

minggu ni ummi menyelaras kursus joomla cms di ofis. Alhamdulillah, setakat hari 1st smlm semuanya berjalan lancar. 1st time kursus ummi ramai mcm ni.. 24 org setakat semlm dan hr bakal dtg lg 3 org yg xdpt dtg smlm sbb ada exam perkhidmatan. 1st time juga sbnrnya kursus joomla dibuat di instun; mungkin sbb itu teruja peserta kursus nak apply kursus ni. ummi pun duduk sekali dlm kelas, sbb mana tahu tahun depan bakal mengajar kursus yg sama. lain bila mengajar teori jika hanya biasa teknikal dan praktikalnya. cuma satu kelebihan bila kita tahu teknikalnya dan kemudian disuruh mengajar.. mmm, mcm biasalah tu. siapa yg biasa mengajar mungkin fhm. siapa yg biasa diajar mgkin dpt membezakan guru yg hanya mengajar teori dengan guru yg fhm teori dan praktikalnya sekali. tp dua2 tu penting.. ummi mengaku ummi lemah teori sbb ummi belajar try and error..:)

sebetulnya kerja menyelaras kursus xsusah; tetapi renyah.. perlu ke sana kemari.. pegi ke lab, kemudian turun pulak ke ofis, jika ada keperluan2 peserta yg perlu di penuhi.. begitulah spjg kursus; byk turun naik tangga.. pergi ke bhgn kewangan utk uruskan yuran sijil dan sebagainya. instun hehe, terkenal pulak dekat institut turun naik tangganya.. jd tenaga byk dihabiskan di situ.. dgn cuaca panas waktu tgh hari skrg ni.. mmg buat ummi benar terjelepek. mm, tp cuba juga di minimumkan pergerakan.. bila ada kerja yg boleh dibuat sekali, ummi kumpul2kan, kemudian barulah pergi ke tempat yg berkeperluan. kalau x, mmg berpeluh dibuatnya. Alhamdulillah tahun ini, seksyen ummi hanya mengurus 2 kursus, jdnya dapatlah menumpukan perhatian kpd support sistem.. yg tumpuan utamanya juga pd pengurusan kursus. bila ada kursus yg dibuat oleh bahagian lain, standby sj jika ada masalah pd sistem.. kalau terpaksa mengurus kursus byk pening juga rsnya.. terkejar2 dgn kursus sendiri, dan juga ms sama kursus org lain.

sabtu ahad smlm, jadual kami agak penuh. muhammad dan tasneem seakan tahu (sbb sudah terbiasa begitu) pg2 lagi sudah bagi sign "Ummi jom kita jalan2".. mm mm, kalau ikutkan hati, sabtu ahad mmglah rindukan duduk di rumah. mengemas mana yg patut, bermanj2 dgn rumah yg sentiasa ditinggalkan.. tp xselalunya dpt begitu. sama juga spt hr bekerja.. turun pagi balik mlm. hr sabtu kami ke ceras, melawat ibu saudara abi, makcik moh yg sakit. dah lebih kurg sebulan lebi dia dan poksu mat duduk di rumah anak2nya..iyelah, jika di kota bharu, bimbang tiada yg menjaga.. sudah susut benar badan makcik moh.Wallahu a'lam, dr sendiri xdpt kesan apa sakitnya.. Ya Allah mudah2an cepat sembuh..

hr ahad kami ke walimah akhi jimi kohai ipij masa di jepun dulu. alhamdulillah lepas satu tuntutan :). dah mengakhiri zaman bujang. Barakallahu lakuma.. semoga Allah menghimpunkan kedua2nya dalam keadaan yg baik .. aamin..

adei.. xlarat nak tulis dah mengantuk. tp tajuk entry ummi hr ni td aquarium baru. ahad petang tu.. ummi tiba2 teruja rs nak bela ikan bila teringat projek 5s ofis bela ikan juga last week. hehe. cantik dan menenangkan. survey2 kedai ikan, mcm best plk. ummi dan abi decide nak beli jugak akuarium tuh.. hehe, dah tiba kat rumah.. nampaknya abi pulak beriya dan bersemangat nak menyusun dan mengemas akuarium tuh;).. dan skjp td.. ms ummi terjaga dr tidur lebih kurg jam 11 mlm, abi tgh duk mengadap akuarium tu??? huhu.. obsesnya abi nampaknya.. ummi gelak sambil tidur balik.. ummi xlarat nak pikir buat mlm ini.. sambung tidur dan dekat pukul 2 baru ummi bangun balik untuk membuat rutin2 biasa.. lipat baju.. gosok baju kerja.. huhu, dan menulis blog ini.

ok, setakat ini dulu.

sikit perkongsian pg buta nih.. ummi penah dengar melihat ikan berenang ni, boleh menenangkan fikiran dan salah satu terapi penenang. org sakit jantung dan kuat stress terutamanya digalakkan untuk selalu menjalani terapi ini.. mudah2an stress berkurang..

Tiada ulasan: