Semoga sahabat2 semua sihat. ummi, abi dan anak2 alhamdulillah semuanya sihat2 belaka..anak2 ada berbaki sikit2 lagi batuknya sejak minggu lepas. cuaca panas, kemudian hujan lebat.. mgkin jd penyumbang kepada tahap kesihatan anak2.. ala kulli haal.. alhamdulillah semuanya dtg dr Allah.. Bila sakit, berusaha mencari ubat, dan serahkan kepada Allah yang maha menyembuhkan.
Bbrp minggu ini nampaknya hehe, ummi tidak kuasa mengupdate blog. tp mlm ini ummi bangun buat susu tasneem, abi belum balik.. cek2 email.. terasa rindu pulak nak menjenguk teratak sepi beberapa minggu ini;).. Abi keluar mesyuarat di HB mlm ini.. siannya mesej abi.. abi kata "Ngantuk".. ummi faham sgt.. kalau nak keluar mlm2 begini lps habis kerja, perlu pd mujahadah yg tinggi... mmg rutin mlm kami biasanya bersama2 di rumah. Mengelak2 sj urusan di luar jika tidak terlalu penting. Mmm, kdg2 penting, tp tak mampu.. Guano? kalau mujahadah tidak tinggi... terjelopok lah tidur di rumah..Yap.. biasanya rutin mlm kami (terutamanya ummi) jam 9.30 sudah tidur bersama anak2.. xdpt dielakkan. Ngantuk ummi sama, dan dlm waktu yg sama.. tasneem pasti mendesak ummi untuk dia melekapkan badannya di sisi ummi.. melekap! berjam2.. ye lah lumrah, fitrah seorang anak yg masih belum cukup 2 thn. Siang hari dia tidak dapat melekap di badan ummi untuk menyusu, maka mlm hari dia akan gunakan sepuas2nya untuk menyusu.
Besok pagi ummi akan ke putrajaya bermesyuarat.. iah.. iah.. muhammad besok pasti mengamuk sbb terpaksa ummi tinggalkan di rumah mama. biasanya pagi2 waktu tasneem ummi hantar ke rumah mama, muhammad akan ckp "Muhammad takyah, adik je kat umah mama" begitulah hari2 dia ingin mengikut ummi ke ofis.. mmg tertekan batin ummi bila mengenangkan itu.. Muhammad nak ikut ummi.. mujur ada nurseri di INSTUN.. waktu nak hantar ke nursery pun mcm tu juga.. "Muhammad xnak umah kakak, nak ikut ummi" tp agak mudah sedikit untuk dihantar.. mgkin sudah puas naik kereta bersama ummi selama hampir sejam dr Rawang ke INSTUN. Dua minggu ini ummi ikut tol.. melaburkan 4.10 sehari untuk keselesaan ummi dan muhammad. Penat! Ummi dah mula rs sakit2 pinggang bila lama memandu.. kalau ikut tol, ummi boleh sampai ke INSTUN sekitar 30 - 40 minit. Kalau melalui jalan biasa, ummi akan spend kan lebih kurang 1 jam.. dgn jalan yg byk lori dan berlenggok2.. "Ummi, muhammad penat. Jgn laju2" ummi sendiri kadang2 tidak faham, muhammad faham atau tidak maksud "penat". kadang2 kene tempatnya.. kdg2 mcm salah.. hehe.. dia akan kata penat bila ummi laju, dan bila jalan berlenggok2 menyebabkan dia terhuyung hayang dlm kereta.. muhammad ada bersama ni, ummi rs terhibur melayan keletahnya. tp xkurang juga peningnya bila mood muhammad tidak begitu baik; beronar sepanjang jalan mahukan itu, mahu kan ini.. biasanya ummi menumpukan perhatian pd pemanduan.. kalau xterlayan.. ummi biarkan dia membebel sorg2.. hehe.. demi keselamatan anak ku syg..
dah 1.14 pg.. mana abi ni xbalik lagi, esok nak keje.. sian.. mesti dah tersengguk2 menanti saat pulang. mudah2an semuanya ok sj.. ummi bekalkan smgt dan doa shj mudah2an abi istiqamah.. aamiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan