Isnin, Mei 17, 2010

Kambing terikat di pokok dan duduk bersama kawan2nya

Alhamdulillah ala kulli haal…

 

Hari isnin masuk kerja.. dgn semangat membara.. huhu, yeke... YA! Xde semngat pun, kena bakar juga semangat rajin tuh, supaya kerja yg dilakukan tu memberikan hasil yang baik.. Aamiin..:). Bukan senang, tapi sama2 lah usahakan.

Mulai khamis ni, nampaknya ummi akan sibuk berkursus. Jadi preparation untuk perkara tersebut juga perlu disiapkan sblm kursus berjalan. Khamis dan Jumaat ini kursus ePerolehan (sistem kewangan) dan minggu depan plk kursus train the trainers Sistem pengurusan kursus jabatan yang akan dibuat di PD mulai selasa – khamis.. huh, berjalan lagi nampaknya ummi. Abi keje, nampaknya terpaksalah tinggalkan abi sorg2 di rumah. Alhamdulillah opah boleh temankan ummi ke PD bawa anak2 sbb pak anjang tgh cuti sem. Jadinya adalah org nak drive kan ummi, dan tolong tgkkan anak2 masa ummi berkursus nnti.. alhamdulillah3x... ummi sudak tidak larat.. kalau duduk kat dlm kereta laam2 pun, rsnya, best lah kalau boleh baring..;) kene beli alza plk lah lepas ni abi.. boleh satu line tuh, sorg baring.. hehe..

 

Smlm ummi dan abi ada mesyuarat alumni ipij di UM.. spt biasa, dapat berjumpa dengan sahabat2 yg masing2 sudah sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing2. Ya mmg diakui, bila dah punya kerjaya dan keluarga.. mmg sukar nak bergerak tangkas dalam jemaah seperti zaman bujang2 dulu.. byk yg kena dikorbankan. Itulah.. jihad namanya.. siapa pun akan mengalaminya, kuat @ tidak shj untuk melepasi 2 K itu.. (ummi pun mcm dah nak terfutur je nih.. na’uzubillah..) ummi selalu doa, biarlah sejauh mana pun ummi pergi, ummi tetap berada dalam ikatan jemaah.. serti seekor kambing yg diikat pada sebatang pokok.. selagi tali itu tidak terputus.. dan mudah2an sehingga ke akhirnya tali itu tidak putus.. ummi tetap berada dalam lingkungan jemaah itu...  sbb serigala xkan makan kambing yg duduk seklompok dgn kawannya.. hiks.. tp kambing boleh jugak makan kambing yg kena ikat tu, kalau xduduk bersama2 dengan satu kumpulannya.. Mmm, kesimpulannya di sini.. ummi mahu jd seperti seekor kambing, yg terikat pada seutas tali dan dalam masa yg sama.. dia ada rakan2nya yg lain yg disekelilingnya.. yg dapat melindunginya. Maksudnya teman2 fastabiqul khairatlah... aaminn..

 

Insha-Allah nnti ummi sambung lagi, nak balik dulu.. wassalam.

Tiada ulasan: