Ahad, Julai 17, 2005

Aku Masih Mencari-cariMu

Mengharap untuk menjadi ahli ibadah yang ikhlas, khusyu' bukanlah perkara
mudah yang mungkin aku dapat lakukan. Apakah yang mampu aku katakan tentang
ibadahku sejak dari usia baligh. Meningkat atau merudum? Aku sendiri ragu.
Saat aku bertemu Tuhanku di dalam solat; tidak ku tahu berapa kali aku
berada di dalam keadaan yg tenang setenang-setenagnya. Saat aku menghulurkan
sedeqah pada orang-orang susah, aku tidak tahu berapa kali yang aku berjaya
lalui tanpa rasa riak, tanpa terkenang2 di dalam fikiran tentang sedikit
harta yang ku sedekahkan itu. Amalan2 sunat lain yang aku lakukan juga, aku
masih tidak pasti sama ada ianya benar2 ikhlas kerana Allah, atau sekadar
untuk mendapat perhatian dan redha manusia.

AstaghfiruLLah! Tunjukkan aku jalannya..di mana jalannya aku dapat menumpang
bahtera keredhaanMu.

Yang aku pasti, di jalan orang-orang yang mahukan keredhaanMu, pasti ada
redhaMu. Cuma dekat atau jauh, tersembunyi atau nyata, sukar atau mudah, aku
tidak pasti. Temukan aku Ya Allah denganya. Walaupun dihujung hayatku nanti.

Ya...mungkin di atas jalan dakwah ini aku dapat menemuinya. Aku mahu
menumpang bahtera dakwah ini Ya Allah. Walaupun hanya sebagai anak kapal
yang miskin. Walaupun hanya sebagai tukang sapu sampah di dalam bahtera Mu
yang mulia ini. Matikan aku di saat aku bersama-sama mereka yang ada di atas
bahteraMu. Aku redha, kerana aku yaqin Engkau akan meredhai hambaMU yang
redha kepadaMu. Aamiin, ya Rabb.

Tiada ulasan: