Khamis, November 17, 2005

Pesan Cikgu Atan Mohd Lazi

Assalamualaikum wrt… ni ada mel yg menarik utk sama2 di renungi:

 

 Sumber: Dari emel kawan masa di mrsm dulu

 

Hari khamis aritu (10/11/05) bos aku ada buat rumah terbuka sempena raya. Ramai la yang hadir n bakar satey 5 ribu cucuk. Tibe2 aku ternampak seorang yang mukanya begitu familiar pada aku. Rupanya cikgu atan lazi dengan sorang budak dlm 14 tahun (anaknya). Dia dah sihat macam dulu walaupun kali terakhir aku ziarah dia kat MRSM muar tahun 1999 dia sakit agak teruk. Dia dah tukar kat mrsm pontian bersama ustaz khairuddin. Mula2 segan gak nak tegur takut salah orang. tapi aku beranikan diri n tegur dia. mula la dia berborak2..dan tibe satu part tu dia menyatakan rasa kecewa yang amat sangat dengan bekas2 pelajar MRSM. Dia bukan kecewa pasal bdk2 yang nakal2 pukul orang, fly dll. dia cuma menyatakan yang jika budak2 mrsm ni bersatu banyak benda yang boleh kita bina. katanya ANSARA yang diangotai oleh lebih 64,000 orang tapi takde hasil. katanya budak2 MRSM adalah orang yang terpilih kerana nak masuk MRSM sendiri ada syarat yang perlu dilepasi. so jika 64,000 orang yang dah bekerja dan  dengan anggapan semuanya berjaya (kerana pelajar MRSM terpilih) kenapa tidak diadakan kutipan bulanan untuk buat tabung. sebagai contoh jika 64,000 orang membuat tabungan RM 10/month. sebulan sudah 640,000.00 dan kalau 10 bulan sudah ada 6.4 juta. kalau 10 tahun sudah brapa?. duit tu katanya dia suruh kita buat sekolah sendiri (tenaga pengajar dari bekas2 MRSM n dibayar gaji dengan kutipan yang dibuat) , hospital (doktor dari bekas MRSM yang juga dibayar dengan kutipan), resort, kilang dan banyak lagi dengan tenaga pekerja bekas MRSM sendiri. Dia suruh aku sampai pesan kat kawan. sebagai permulaan dia cadangkan orang yang kita percaya sebagai pemegang amanah (dia cadangkan ustaz Khairuddin kerana dia dah nak pencen dan dah tak watpe pas pencen). dia suruh bincang dengan ustaz khairuddin tentang cara pembayaran. masuk akaun terus pasal katanya kat rumah pun boleh transfer akaun n tak payah susah2 beratur just nak masukan RM 10 . tapi ceramah panjang dia pagi tu memang meyentuh hati  aku. dia bandingkan kita yang aku consider ok IQ nya tapi tak boleh buat apa2. orang cina yang kadang2 tak belajar tinggi pun berjaya buat wismanya sendiri kerana bekerjasama. betul jugak kata cikgu atan orang melayu pentingkan diri sendiri dan kuat dengki. aku cuma nak sampaikan pesan cikgu atan yang kita hormati. aku rasa bertuah sgt dapat berjumpa dia haritu. so..aku harap kawan-kawan dapat fikirkan cadangan tu tadi. tak jadi pun takpe..at least untuk kesadaran kita supaya berubah..bila-bila pun takpe..janji nak berubah..better late than never

  

  Jokang

 

 

 

 

Al-faqirah ilaLLah:

 

"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"

adiemad

012-2900354

NADIE SAKURA E-SHOP

http://www.adiemad.com/ver2

1. Bel'Air Agent

2. Jualan Busana Muslimah, Bahan-bahan ilmiah dll.

3. Ruangan Iklan Untuk Disewa

4. Artikel2 Menarik Dan Berita2 Terkini

5. Radio Online Dll

1 ulasan:

Awanama berkata...
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.