Ahad, Februari 26, 2006

Perlu lembut @ keras?

Sumber: Karisma-net
 
"Saya seganlah nak tegur dia. Lagipun teguran itu kan menyeksakan. Dalam dakwah kita perlu berlemah lembut. Kalau tidak, siapa yang akan sudi menyambut seruan kita."
 
Begitulah antara dialog pendakwah yang biasa didengari. Dakwah sering dikaitkan dengan kelembutan, kesejukan dan menyamankan. Benarkah tidak sesuai untuk bersikap keras sedikit? Bukankah ayat ini menceritakan sifat Nabi:
 
"[48.29] Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)….."
 
Menurut kitab sirah Raheeq-ul-Makhtuum, Kaab b Malik pernah dipulau lebih 40 hari oleh Rasul dan para sahabat. Perlukah dakwah dipenuhi dengan ketegasan sahaja?
 
Jika kita mahu berlemah-lembut, bagaimana membina kelemah-lembutan tersebut dalam usaha kita mengajak kawan kepada Islam? Manakah yang perlu didahului dalam dakwah: berkeras dahulu? Atau lembut dahulu?
 
Semua jawapan ini telah ditunjukkan contohnya oleh Rasulullah. Inilah salah satu sebab mengapa sirah Rasul perlu didalami dalam merungkai konsep dan teknik kita hidup seharian. Dan sirah perlu difahami secara menyeluruh mengikut kaedah yang jelas. Sudah tentu apabila kita memahami sirah dengan baik, kita akan jelas bagaimana mengemudi kehidupan dan melaksanakan dakwah dengan berkesan.
 
Topik ini akan dibincangkan lebih mendalam dalam Jejak Rasul '06 dan Madrasat-ul-Hayaah IPT (8 Mei - 9 Jun 2006), Insha-Allah.
 


--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
   blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Keep up the good work » »