Sumber: Al-Fikrah
innal hamda lillah wassalata wassalama 'ala Rasulillah
amma ba'du
yang ma'sum hanya Rasulullah di kalangan umat ini..
maaf kalau kata-kata ana selepas ini agak menyinggung perasaan
sesiapa..
ana rasa, kita para penggerak dakwah salaf inilah yang banyak
menconteng arang ke putih bersih wajah da'wah salaf..bukan
apa..akhlak kita dan sikap kita tak menggambarkan apa yang kita cuba
bawa..
teringat pesan guru ana..
kalau kita nak hadiahkan jongkong emas pada orang tapi kita baling
jer kat muka dia..apa perasaan dia dan apa yang akan dia buat..tapi
kalau kita balut dalam kain baldu dan hadiahkan dengan penuh adab
apa pula perasaan dia dan apa tindakan dia..
begitu juga dalam masalah ini,kenapa kita dikalangan orang yang sama-
sama mendakwa mencari kebenaran, tidak kita beradab dalam
tulisan,dan buang jauh-jauh perasaan zhan dan kadang-kadang kita
rasa kitalah yang paling alim dan tahu..sesungguhnya kesempurnaan
adalah milik Allah
bila ana bahas status hadith solat hajat(ikut kaedah fuqaha' dan
muhaddithin termasuk syaikh albani rahimahullah) iaitu dikuatkan
hadith kerana muwafaqah dengan al-quran, dan ana kata kalau ada
perselisihan pun mungkin dalam ta'rud dan ta'yin niat "solat sunat
hajat" itu sahaja..ana tak kata pun talaffuz binniyah "usolli
sunnatal haajati"
di sana ada dua kumpulan ulama..
1)menta'rud "solat sunat hajat masa niat kat hati"
2)niat solat sunat mutlak dengan harapan pada Allah agar
diselesaikan masalah yang dihadapi..
ana jahil dan ana muqallid mazhab syafii dan ana berpegang kepada
rukun niat yang dibahaskan oleh fuqaha' mazhab syafii seperti an-
nawawi iaitu qasad,ta'yin dan ta'rudh (walaupun niat itu dihati tapi
perkara ini perlu ada)perkara ni Imam Nawawi syarahkan masa syarah
hadith innamal a'malu binniyat
dan kedua-duanya ana amalkan
jawapan ana adalah tentang asal dan dalil solat hajat..(iaitu bila
kita ditimpa masalah)
dan ana tak cakap pun tentang hukum solat hajat berjemaah..
dalam kitab2 fiqh syafii memang jelas nyata kata tak disunatkan
berjemaah..tapi kalau buat juga mcm mana? dalam ziadah i'aanatu al-
talibin kata kalau buat juga tak makruh dan tak sunat.maksudnya
harus..tapi secara peribadi ana tak setuju ngan pendapat ini
kalau ada peristiwa mcm gempa bumi dan peperangan ana tak suruh pun
anak murid ana buat solat hajat beramai-ramai berjemaah kerana tiada
petunjuk pun dari dalil yang jelas.bahkan ana surah amalkan sunnah
yang terpinggir di malaysia iaitu amalkan qunut nazilah dalam solat
fardhu kerana ada dalil dan petunjuk yang jelas dari sunnah...
maka saya harap dapat bezakan soalan dan perbahasan sebelum bagi
jawapan.jangan sampai orang yang tanya konfius dan rasa solat hajat
ni tak ada langsung dalam islam.takkan la fuqaha' muhaddithin dulu
buta mata pasal benda ni sehingga kita mutaakkhirin sahaja yang
nampak segala yang benar dan betul..riwayat terlalu banyak
menunjukkan rasulullah dan sahabat bersolat bila ditimpa masalah dan
kesempitan agar dimudahkan oleh Allah.bukankah ini namanya solat
hajat...takut-takut ummat tak akan minta pertolongan melalui sabar
dan solat lagi bila ada masalah dan ujian dari Allah..
dan nasihat ana buat diri sendiri dan sahabt2, jagalah kalam,
jauhilah buruk sangka dan kerja pangkah memangkah orang..kerana di
sana ada petanda penyakit hati iiatu akulah yang paling alim dan
benar...
maaf atas kekasaran bahasa
wallahul mustaan ala ma yasifun
wallahu a'lam
--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan