Selasa, Mac 07, 2006

ALLAH DAN `AQIDAH ISLAMIAH (2)

Sumber: Al-fikrah

AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA
BAB I
UNSUR-UNSUR AQIDAH ISLAMIAH

Aqidah kepada "Allah" dalam Islam terbentuk daripada unsur-unsur
berikut ini:

1. Beri'tiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, Yang
tidak mengambil daripada lainnya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-
sifat kesempurnaan (Al-Kamal), yang semuanya itu kita ambil
kesimpulan atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini.
Allah Tabaraka wa Ta'ala itu wajib ada, bersifat dengan `ilmu (Al-
'Ilm), kudrat (Al-Qudrah), hidup (Al-Hayah), mendengar (As-Sam'u),
melihat (Al-Basar), bersifat dengan sifat-sifat Jamal (keindahan),
Bijaksana (Al-Hikmah), berkehendak (Al-Iradah) dan seterusnya. Yang
demikian itu adalah jelas dan dimaklumi dengan pengetahuan yang
yakin bagi setiap mereka yang merenung dan meneliti kepada alam
semesta yang indah ciptaannya ini, maka Penciptanya itu tentulah
Maha Bijaksana (hakim), kerana telah begitu terang sekali rahsia
rahsia kebijaksanaan mi terkandung di dalam sekalian makhluk mi. Dia
juga Maha Kuasa, Maha Mengetahui dengan sepenuh makna ilmu dan
qudrat yang setinggi-tingginya, kerana alam semesta yang indah ini
tidak mungkin terjadi melainkan dengan sebab ilmu yang luas dan
qudrat yang meliputi. Al-Quranul- Karim mengulangi akan sifat-sifat
mi dalam berbagai-bagai tempat yang munasabah. Di antara ayat-
ayatnya yang lengkap menerangkan sifat-sifat ini adalah tersinting
pada akhir surah Al-Hasyr, iaitu:
Ertinya:
Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui yang
ghaib
dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah
Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Quddus. Yang
Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara,
Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan,
Maha Suci Allah dan apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang
Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai
Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di
langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Al-Hasyr: 22-24).

2. Menafikan sifat-sifat keserupaan (Al-Musyabahah) dan sifat
kekurangan daripada Tuhan Pencipta (Al-Khaliq) s.w.t. Maka sifat
berjisim itu ternafi daripada Allah kerana benda itu berubah-ubah,
sedang Al-Khaliq jauh sekali daripada sifat-sifat berubah; dan sifat
berbilang-bilang juga ternafi daripadaNya, kerana sifat berbilang
itu bersusun, sedang Tuhan pasti Esa. Sementara sifat kebapaan
(menjadi bapa) dan keanakan (ada anak), keduaduanya
jauh daripada sifatNya kerana kedua-dua sifat itu berbahagi-bahagi
dan berpisah-pisah, sedangkan Al-Khaliq tidak berjuzu'-juzu' dan
begitulah seterusnya. Al-Quranul-Karim mengakui hal ini dengan jelas
dan membahaskannya dengan cara logik yang halus dan hujjah yang
memuaskan.
Dalam menafikan sifat-sifat keserupaan, Al-Quran menjelaskan:
Ertinya:
(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis
kamu
sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-
pasangan (pula),
dijadikannya kamu berkembang biak dengun jalan itu. Tidak ada
sesuatu pun yang
serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
(Asy-Syura: 11)
Ertinya:
Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa". Allah adalah Tuhan yang
bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada
pula diperanakkan.
Dan tidak ada seseorang pun yang setara dengan Dia". (Al-Ikhlas: 1-
4).
Dalam menafikan sifat berbilang-bilang, AlQuran menerangkan:
Ertinya:
Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat
menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi
tuhan-tuhan
selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha
Suci Allah Yang
mempunyai `Arasy daripada apa yang mereka sjfatkah. (Al-Anbiya': 21-
22)
Dalam menafikan sifat beranak pinak dan berbilang-bilang, Al-Quran
menjelaskan:
Ertinya:
Allah sekal-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada
tuhan (yang
lain) bersertanya, kalau ada tuhan bersertanya, masing-masing tuhan
itu akan membawa
makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian daripada tuhan-tuhan itu
akan
mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dan apa yang
mereka sifatkan itu.
(Al-Mu'minun: 91).
Keterangan-keterangan yang seperti ini dapat kita lihat dengan jelas
dalam banyak ayat Al-Quran yang membincangkan mengenai aqidah
umatumat
yang lampau. Ayat-ayat itu menafikan segala sifat yang membawa
kekurangan, penyerupaan dan yang menunjukkan kelemahan Al-Khaliq
s.w.t.

3. Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan
keadaan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t., tetapi sebaliknya dengan
cara yang hatihati
dan halus menetapkan segi perbezaan dengan ertikata yang
sebenarbenarnya
antara keadaan zat Tuhan dan sifatNya dengan keadaan makhlukmakhluk
dan sifat-sifat mereka.
Dalam Surah Al-An'am, Al-Quran menjelaskan:
Ertinya:
(Yang memiliki sifat-sfat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu;
tidak ada Tuhan melainkan Dia; Pencipta segala sesuatu, maka
sembahlah Dia; dan Dia adalah
Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan
mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah
Yang maha Halus lagi MahaMengetahui. (Al-An'am: 102 -103)

Hadis pula menerangkan:
Ertinya:
Fikirkanlah tentang keadaan makhluk Allah, tetapi jangan kamu
memikirkan tentang zat Allah, nanti kamu akan binasa.
Memang suatu perkara yang jelas bahawa sikap yang demikian itu
tidak boleh sedikit pun disalahkan kepada Islam, dan tidak boleh
dikatakan bahawa Islam merupakan batu penghalang yang menyekat akal
dan mengurangi kebebasan berfikir kerana akal manusia adalah
merupakan tiang atau tonggak aqidah di dalam Islam, namun demikian,
sehingga hari ini ia tetap merupakan pendirian atau keadaan lemah
yang mutlak berhadapan dengan hakikat semua benda. Segala apa yang
telah dapat ditanggap olehnya hanyalah perkara-perkara
yang tertentu sahaja dan setengah-setengah sifat dan kesan-kesan
yang zahir semata-mata. Adapun unsur-unsur abstrak belum lagi dapat
dicapainya. Islam tidaklah memaksa atau memberatkan manusia untuk
mencapai sesuatu yang tidak mampu ditanggap oleh akal dan kefahaman
manusia.

4. Aqidah Islamiah menggariskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat
Al- Khaliq dan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan ketuhanan,
keistimewaankeistimewaan dan kesan-kesannya. Untuk sampai kepada
yang demikian itu mestilah dengan merenung dan memerhati alam jagat
ini dengan pandangan yang betul dan membebaskan akal fikiran
daripada kepercayaan-kepercayaan yang dipusakai dan datuk nenek,
daripada hawa nafsu dan tujuan-tujuan tertentu sehingga dapat
mencapai kepada hukum yang betul dan tepat. Al-
Quranul-Karim sentiasa menggalakkan supaya memerhatikan kejadian
alam dan meneliti keadaan makhluk-makhluk. Al-Quran juga telah
mengangkat dan menyanjung tinggi nilai akal dan meninggikan darjat
akal sehingga menyebut akan "akal" lebih daripada empat puluh
tempat, disertai dengan sanjungan dan pujian. Di samping itu Al-
Quran juga menggalakkan supaya bersungguh sungguh untuk mencapai
hakikat benda-benda dan menyingkap rahsia alam yang terselindung dan
tersirat di sebalik alam nyata ini, sebagaimana firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya
malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang
berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dan langit berupa
air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi
sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis
haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan
kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
(Al-Baqarah: 164).

Dan firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya
malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal
(iaitu) orangorang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk
atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami,
tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dan siksa neraka. (Ali `Imran: 190-191).

Dan firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dan langit lalu
Kami keluarkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam
jenisnya. Dan di antara bukit-bukit itu ada garis-garis puteh dan
merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang binatang melata dan
binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan
jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-
hambanya, hanyalah ulama. (Fatir: 27-28)

Dalam ayat yang akhir ini Al-Quran menggalakkan manusia supaya
menyelidik dan menyingkap rahsia tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
kejadian kejadian yang tidak bernyawa, dan sebagai natijah daripada
penyelidikan itu timbul rasa takut kepada Allah. ini menunjukkan
bahawa mengetahui rahsia alam, mengenal dan mengetahui Allah yang
menciptakan alam ini, dan mengenal Penciptanya dan mengenal benda-
benda yang diciptakanNya itu adalah mempunyai hubungan antara satu
sama lain yang tidak boleh dipersiasiakan.

5. Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati
manusia dengan Al-Khallq Jalla wa `ala, sehingga dengan demikian itu
manusia akan sampai kepada suatu jenis ma'rifat rohaniah yang paling
manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma'rifat semuanya.
Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk
menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada
benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas, yang hanya dapat
dijangka oleh perasaan pancaindera. Oleh sebab itulah Islam sering
mengutarakan arahannya kepada perasaan hati manusia dan
membangkitkan kekuatan batin yang tersembunyi di dalam jiwa manusia
supaya memuncak tinggi sampai ke Hadrat Ilahi dan
menikmati kelazatan Ma'rifatullah Tabaraka wa Ta'ala, sebagaimana
dinyatakan oleh firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah,
hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra'd: 28).

Lebih tegas lagi wujudnya hubungan yang tersembunyi antara hati
nurani manusia dengan Al-Khaliq, ialah ketika berlakunya kesusahan-
kesusahan
yang mencemaskan, yang membuatkan putus segala harapan kecuali kepada
Allah s.w.t. sahaja. Al-Quran menggambarkan keadaan ini sebagaimana
firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa
yang kamu seru, kecuali Dia … (Al-Isra': 67).
Dan firmanNya:
Ertinya:
Dialah yang menjalankan kamu di daratan dan di lautan. Sehingga
apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu
membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang
baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan
gelombang dan segenap penjuru menimpa mereka dan mereka yakin bahawa
mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah
dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka
berkata):
`Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dan bahaya ini,
pastilah kami akan
termasuk orang-orang yang bersyukur". (Yunus: 22)

6. Aqidah Islamiah menuntut orang-orang Mu'min supaya kesankesan
daripada unsur-unsur aqidah ini dijelma atau dimanifestasikan dalam
tuturkata dan segala perbuatan mereka. Seseorang mu'min itu bila
telah beritiqad bahawa Tuhan yang menjadikannya itu bersifat Maha
Kuasa, maka sebagai natijah secara praktik dan akidah ini hendaklah
ia bertawakkal sepenuhnya kepada Allah menumpukan segala harapan
kepadaNya; dan apabila ia beritiqad bahawa Allah itu Maha
mengetahui, tentulah ía sentiasa berhati-hati terhadapNya dan
sentiasa diliputi rasa takut kepada Allah untuk melakukan sebarang
maksiat; dan apabila ia beri'tiqad bahawa Allah itu Esa,
tentulah ia tidak memohon selain daripadaNya dan tidak meminta
kepada yang lain daripada Allah, dan tidak pula menghadap atau
menghalakan mukanya melainkan kepada Allah, dan begitulah seterunya.
Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan keadaan mi memanglah banyak,
umpamanya firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila
disebut Allah, takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayatNya,
bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
(Iaitu) orang orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan
sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah
orang-orang yang beriman dengan sebenar benarnya.
Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhan
mereka dan keampunan serta rezeki yang mulia. (Al-Anfal: 2-4).
Dengan ringkasan dan gambaran yang indah dan halus ini, Islam telah
merangkumkan segala apa yang berkaitan dengan masalah akidah terhadap
Allah Ta'ala dan telah meletakkan suatu sekatan yang menahan
daripada segala keadaan meraba-raba, penyelewengan, soal-soal
falsafah yang palsu dan perdebatan-perdebatan yang remeh dalam
semurni-murni aqidah dan sepenting-pentingnya dalam kehidupan
manusia baik kehidupan dunyawi maupun ukhrawi.
Saya anggap bahawa orang-orang yang benar-benar memahami dengan
pengertian sebagaimana yang diterangkan mi serta menikmati cita
rasanya yang sungguh-sungguh, tidak lagi perlu menghafal sifat-sifat
wajib bagi hak Allah Ta'ala yang tiga belas sifat itu, iaitu:
1. Wujud 8. Iradat
2. Qidam 9. `Ilm
3. Baqa' 10. Hayat
4. Mukhalafatuhu Taala lil-hawadith 11. Sama'
5. Qiyamuhi bi-nafsi-hi 12. Basar
6. Qudrat 13. Kalam
7. Wahdaniyyah

dan baki lain-lain sifat dua puluh itu, sifat-sifat mustahil bagi
hak Allah Ta'ala, iaitu lawan kepada sifat-sifat wajib, dan juga
sifat hams, iaitu membuat segala yang mungkin atau pun tidak
membuatnya sebagaimana kita telah menghafalnya dahulu.

Mereka juga tidak lagi berkehendakkan kepada kupasan yang panjang
lebar ketika membicarakan masalah-masalah furu' (cawangan) yang
berhubung dengan soal aqidah seperti bahasan mengenai sifat-sifat
dan nama Tuhan, adakah iaitu "Tauqifiyyah -
(ketetapan oleh syara'), atau merupakan perkara kias dan segala
kaitan sifat-sifat
itu adakah "Al-Musamma -"(yang dinama) itulah "Ainul Ismi - "
(Zat Nama itu) atau lainnya; dan adakah beramal itu menjadi syarat
pada iman atau bukan syarat padanya dan lain-lain lagi daripada soal-
soal yang lebih banyak berhubung dengan falsafah dan bahasan akal
daripada berhubung dengan aqidah dan ketenangan hati.
Pesanan saya kepada para pembaca yang mulia hendaklah memerhati
dan meneliti tujuan-tujuan murni yang telah diterangkan di atas
ketika membaca Kitab Suci Al-Quran dan hendaklah bersungguh-sungguh
memahami kandungan Al-Quran ketika membacanya dengan cara
memerhatikan maksudmaksudnya itu di bawah sinaran cahaya panduan Al-
Quran. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat merasa kelazatan dan
pancaran cahaya yang tidak ada tuluk bandingnya.

Adapun tentang pendapat orang-orang yang ingkar dan golongan
mulhid (atheis), dan bagaimana hendak menolak pendapat mereka itu,
akan
saya bentangkan dalam huraian berikut, insya Allah.



--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442/012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
   blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.