Khamis, Mac 02, 2006

Pas T'ganu roboh surau?

Memang betul tu, Pas sendiri sahkan dalam Harakahdaily

Oleh Harakahdaily

MACHANG, 22 Feb (Hrkh) – Adun Kemuning, Haji Zakaria Yaakub menjelaskan surau lama berhampiran Pasar Besar Machang dirombak baru-baru ini bagi membolehkan surau baru dibina di tapak yang sama.

Bagaimanapun katanya, sebelum surau itu dirombak, surau sementara sudah siap dibina bagi membolehkan peniaga-peniaga di pasar dan orang ramai menunaikan solat berjemaah.

"Oleh itu tidak berbangkit surau lama dirombak sehingga menyebabkan orang ramai sukar untuk menunaikan solat. Kita sudah bina tempat solat lain, sementara menanti kerja-kerja pembinaan surau baru siap dibina," katanya di sini.

Tengah hari semalam kira-kira 40 penduduk berhimpun di tapak surau yang dirombak sebagai membantah tindakan Majlis Daerah Machang (MDM) merobohkan surau sedia ada.

Mereka mengadakan perhimpunan itu ketika orang ramai sedang menunaikan solat Zohor di surau sementara.

Perhimpunan tersebut difahamkan dimaklumkan terlebih dahulu pihak penganjurnya kepada media elektronik dan cetak.

Menurut sumber, perhimpunan terbabit dirancang beberapa hari sebelum itu. Ia dipercayai didalangi pemimpin Umno tempatan.

Malah pihak polis sudah dimaklum terlebih awal mengenai rancangan perhimpunan berkenaan.

Zakaria berkata, di tapak yang sedang diratakan tersebut akan dibina bangunan perniagaan sebanyak 11 unit setinggi dua tingkat. Dan dua unit daripadanya yang terletak di tingkat atas akan dijadikan surau.

"Surau baru itu akan memberi keselesaan kepada ahli-ahli jemaah menunaikan solat berbanding surau lama yang diroboh sebelum ini. Pembinaan bangunan perniagaan dan surau itu akan dibuat tidak lama lagi dan dijangka siap tahun depan.

"Perjanjian di antara MDM dengan syarikat pemaju juga sudah ditandatangani selepas diluluskan kerajaan negeri baru-baru ini. Oleh itu tidak sepatutnya bantahan dibuat memandangkan surau sementara disediakan sebelum surau baru siap sepenuhnya," ujarnya.

Menurutnya juga, perhimpunan tersebut diadakan sebagai menggambarkan Umno Machang tiada isu untuk dibangkitkan bagi menarik simpati rakyat.

Beliau berkata, konsep surau 'jameah' itu banyak terdapat di Kelantan dan negeri-negeri lain, iaitu di ruang bawah dijadikan tempat berniaga dan atas tempat solat
 
***************************
Subject: (ALEPS) Roboh Surau: Pas Terengganu perlu nyatakan pendirian

 

Betil ker nie ???


K.TERENGGANU1 Mac - Pemuda UMNO negeri mencabar pucuk pimpinan Pas Terengganu supaya menyatakan pendiriannya berhubung tindakan kerajaan Kelantan merobohkan sebuah surau di Machang, baru-baru ini.

Ketua Pemudanya, Ahmad Sabri Alwi berkata, pemimpin Pas negeri ini perlu segera berbuat demikian kerana mereka sebelum ini terlalu lantang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bertindak zalim meroboh sebuah premis yang dikaitkan sebagai masjid di Kemaman. Menurut beliau, sekiranya pemimpin Pas Terengganu gagal berbuat demikian, ia jelas menunjukkan mereka memilih bulu dalam memperjuangkan sesuatu isu.

``Tahun lalu, pemimpin Pas Terengganu menjaja ke sana-sini menuduh kerajaan negeri zalim apabila meroboh sebuah premis yang didakwa mereka masjid.

``Tuduhan dan fitnah memburukkan kerajaan BN bukan saja dilemparkan dalam ceramah-ceramah politik tetapi turut terpampang di sepanduk dan kain rentang di tepi jalan dan kampung,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media semalam berhubung bantahan hampir 100 orang penduduk terhadap tindakan pihak berkuasa merobohkan surau berkenaan, minggu lalu.

Tindakan merobohkan surau itu adalah untuk membolehkan pihak berkuasa tempatan melaksanakan projek pembinaan rumah-rumah kedai.

Ahmad Sabri percaya para pemimpin Pas Terengganu kini telah terperangkap dengan agenda politik mereka kerana tindakan merobohkan surau berkenaan berlaku di negeri yang diterajui oleh parti itu sendiri.

Di Terengganu sendiri, jelas beliau, segala tuduhan dan fitnah Pas berhubung isu merobohkan masjid tersebut telah berjaya dipatahkan dan rakyat sendiri memahami apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut beliau, tindakan merobohkan surau yang berusia kira-kira 20 tahun itu tidak menunjukkan slogan membangun bersama Islam yang diuar-uarkan oleh kerajaan Pas negeri itu.

``Pemuda UMNO Negeri akan menunggu reaksi pucuk pimpinan Pas Terengganu sama ada mereka berani untuk menuduh kerajaan Kelantan zalim kerana roboh surau,'' tambah Ahmad Sabri.



--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442/012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
   blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Looking for information and found it at this great site...
» »

Tanpa Nama berkata...

This is very interesting site... affiliate legitimate program scam Wheelchair accessible travel northern ca Company international moving