Ana petik dari buku Imam Hassan Al Banna.Semoga dapat memberi
manfaat kepada kita.Insya Allah,ana akan siarkan secara bersiri.
ALLAH DAN `AQIDAH ISLAMIAH
AL-IMAM ASY-SYAHID HASAN AL-BANNA
PENDEKATAN BAHASAN
Saya tidak akan menggunakan istilah-istilah ilmiah yang digunakan
oleh alim ulama yang ahli dalam bidang Ilmul-Kalam, dan juga saya
tidak akan mengharungi dalam teori-teori yang bercorak falsafah atau
cara-cara mantik yang biasa digunakan oleh ulama Mutakallimun ketika
mereka memperkatakan maudu'-maudu' yang seperti ini, tetapi saya
akan terus merujuk kepada Al- Quranul-Karim dan kepada As-Sunnah Al-
Mutahharah dan kepada apa yang kita ketahui daripada sirah
perjalanan golongan mu'min dalam peringkat permulaan dahulu, kerana
mereka itu tidak syak lagi adalah manusia yang paling bersih dan
segi kejadian, dan mempunyai hati yang lembut, mempunyai tanggapan
yang halus terhadap soal-soal agama, dan lebih mengetahui dengan
penggunaan lafaz-lafaz, rangkaikata-rangkaikata dan susunan-susunan
ayat AlQuran dan Al-Hadis, mereka juga memiliki kemanisan citarasa
menganggap sehalus-halus makna dan perasaan-perasaan. Justeru itu,
jadilah mereka sebagai contoh yang sempurna bagi orang-orang Islam
seluruhnya.
Sekarang ini tergambar kepada saya dua golongan orang-orang
Mu'min: Golongan peringkat permulaan di zaman Rasulullah s.a.w. yang
telah menerima aqidah Islamiah melalui kata-kata yang mudah
difahami, yang segar dan hidup gambarannya, penuh dengan perasaan,
indah susunannya dan mengandungi kekuatan batin, serta mengarahkan
kepada amal salih yang membuahkan faedah. Jadi, tidaklah diketahui
ada jalan lain untuk mengenal erti iman selain daripada apa yang
telah digambarkan oleh kitab Suci Al-Quran dalam firman Allah Ta'ala:
Ertinya:
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang
khusyu dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-
sia. Dan yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan
mereka. Kecuali terhadap isteri isteri mereka atau hamba yang mereka
miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka
barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orangorang
yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah
dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat
mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan
mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minun: 111)
Golongan yang kedua ialah orang-orang Mu'min yang berada dalam
zaman yang akhir yang telah mempelajari aqidah Islamiah melalui
istilah-istilah falsafah yang berbelit-belit dan kata-kata ilmiah
yang beku dan mati, menumpulkan tenaga otak dan meletihkan akal
fikiran, menjemukan semangat, menjadikan fikiran bersimpang siur di
lembah-lembah yang penuh dengan andaian-andaian, khayalan-khayalan,
permasalahan-permasalahan, bahasanbahasan muqaddimah dan hasil
natijah yang tidak berkesudahan. Umpamanya dikemukakan soal-soal
seperti: Apakah Iman itu? Apakah perbezaan antara iman dengan
tasdiq? Adakah iman itu bertambah atau berkurang? Adakah iman
itu ialah Islam, atau dia itu lain? Apakah ada di antara keduanya
itu perkara umum dan perkara-perkara khusus? Adakah amal itu menjadi
syarat di dalam iman, atau suatu rukun daripada rukun-rukunnya,
ataupun suatu yang lazim baginya?, dan lain-lain lagi daripada
persoalan-persoalan akal dan gambaran fikiran yang tidak ada
hubungan dengan nur di dalam hati dan sinaran cahaya di dalam diri
serta pengarahan kepada beramal.
Dengan tergambarnya kepada saya dua golongan itu, maka saya
mengambil keputusan dan berkeyakinan bahawa kita wajib segera kembali
kepada apa yang telah dilalui oleh orang-orang Islam kita yang solih-
solih dahulu dan menyedut aqidah Islamiah dan sumber yang hening
jernih yang tidak ada sebarang kesamaran dan kerumitan di dalamnya.
Tepat sekali sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Malik,
sabdanya:
Ertinya:
Telah ku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak
akan sesat selama kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu:
Kitabullah dan Sunnah RasulNya s.a.w.
Oleh sebab itulah, saya memilih pendekatan ini dalam
membentangkan tulisan ini, wabillahit-taufiq.
--
NADIE SAKURA E-SHOP
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"
adiemad
013-2357442/012-2900354
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, jubah punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan