Jumaat, Jun 09, 2006

Ringkasan Teknik Pengucapan Umum (Public Speaking)


1) Persediaan Diri
a- Ilmu.
b- Keyakinan.
c- Susunan kandungan bertulis.
d- Penghayatan kandungan yang dirancang.
e- Mengetahui latar belakang umum pendengar.
f- Mengetahui tahap formaliti majlis.
g- Mengetahui ruangan waktu yang diberikan.
h- Mengetahui bentuk majlis (forum, seminar, ceramah umum, ceramah masjid, khutbah, ceramah motivasi, ceramah surau di kampung-kampung, ceramah di TV& Radio, Demonstrasi Umum depan Kedutaan Amerika dll )
i- Menguatkan dalaman anda.
j- Perlu banyak membaca dan mendengar ceramah dari penceramah profesional yang digemari.

2) Persembahan

Unsur Bantuan Persekitaran.
a. Tempat ceramah (kerusi, meja, rostrum)
b. Kedudukan penceramah dari peserta.
c. Pakaian (cincin, warna pakaian, jenis pakaian, kebersihan, bau-bauan).
d. Lampu dan kipas.

Tertib Pengucapan Umum Tahap Satu a. Pandang dahi pendengar atau lontarkan pandangan anda ke belakang tanpa fokus kepada mana-mana individu.
b. Tarik nafas panjang dan rehatkan minda dan hati.
c. Ikhlaskan niatkan dan doa dalam hati agar dipermudahkan Allah SWT dalam menyampaikan mesej Islam
d. Yakinkan diri bahawa Allah akan membantu anda hingga tahap yang terbaik.
e. Sematkan dalam diri untuk mempersembahkan persembahan isi yang terbaik�buat sungguh-sungguh, bukan sambil lewa..
f. Muqaddimah Basmalah, pujian kepada Allah SWT dan Selawat ke atas Rasul SAW.
g. Elok jika mulakan dengan ayat atau hadith.
h. Aluan individu terpilih ( Pengerusi, Presiden, Exco, pendengar).
i. Sebut tajuk ceramah yang ditaklifkan kepada anda.
j. Pastikan nada suara rendah dan sederhana di tahap ini.

Tahap Dua a. Sebut fokus utama atau isi utama ceramah/ucapan anda.
b. Mula rancakkan nada suara
c. Jika gementar tidak hilang, kurangkan sedikit formaliti ucapan anda kepada ucapan kurang rasmi atau ajukan persoalan ringkas pada pendengar tanpa mengharap jawapan.
d. Boleh guna atau campur dialek negeri anda jika anda merasa teramat sukar untuk berbahas fusha Melayu. Tetapi jangan sampai tahap boleh menggelihatikan pendengar yang bukan dari negeri anda.
e. Mula masuk topik dengan memberikan takrifan ringkas, boleh juga masuk topik dengan melontarkan persoalan-persoalan yang ingin anda jawab dalam ceramah kepada pendengar.
f. Jika ada dalil, bawakan dalil beserta terjemahan, pastikan anda lancar dalil ini dan anda boleh memahami terjemahannya.

Tahap Tiga a. Anda kini sedang di pertenghan ceramah. Pastikan anda melihat respond pendengar semasa mendengar ceramah anda.
b. Cari pendengar yang kelihatan berminat dan memberikan respond baik semasa mendengar ceramah anda. Kerana dia boleh menaikkan semangat anda untuk meneruskan ceramah dengan baik.
c. Jika terdapat pendengar yang tidur. Anda boleh melakukan perkara berikut :-
- Ajukan soalan kepada orang sebelah si tidur (ini jika majlis kurang rasmi)
� - Naikkan suara dan nadanya dengan semangat.
� - Ubah intonasi ceramah kepada cakap pasar.
d. Dari masa ke semasa, bayangkan anda juga seorang pendengar ceramah anda. Lalu cuba sedaya upaya hayati ceramah anda. Jika masih gagal, berhenti sekitar 3 saat dari bercakap, mulakan dengan nada lain dan cuba menikam hati pendengar dengan ajuan soalan yang tidak perlu dijawab.
e. Timbulkan �rasa� dalam diri pendengar dengan bantuan intonasi dan memek wajah.
f. Pastikan anda lancar dalam majoriti dalil yang anda sebutkan. Jika anda lupa, ajukan kepada pendengar untuk menyambungnya. Jangan malu menyatakan anda lupa sepenuhnya.
g. Anda boleh selitkan antara isi-isi yang berat dan jenaka ringan, samada secara spontan ataupun terancang. Boleh juga cerita-cerita peribadi (yang berkaitan) samada betul-betul berlaku mahupun hanya rekaan semata.
h. Amat baik jika anda mempunyai dalil-dalil qawl dari para sahabat atau tabi�en untuk mempelbagaikan ramuan rencah dalil-dalil selain al-Quran dan Al-hadith.
i. Juga amat baik jika anda mampu menghafal kisah-kisah ringkas silam yang boleh menarik minat.

Tahap Empat (akhir)
a. Apabila anda hampir tamat, jangan terganggu sangat dengan mesej kecil dari penganjur mengatakan masa dah cukup atau tinggal 5 minit lagi. Jika terganggu, fokus isi anda akan terganggu.
b. Yang penting, pilih beberapa dalil yang paling hampir dengan isu dan boleh menyentuh pendengar.
c. Jika tidak bersedia dengan dalil terakhir, pastikan anda punyai kalam terakhir yang mampu menusuk qalbu pendengar. Tidak semestinya ia dirancang sebelum ceramah, malah amat mungkin anda mampu menentukan kalam terahkir ini hasil melihat respond pendengar.
d. Tutup majlis dengan memohon maaf kiranya gagal penuhi target penganjur, dan akhirnya dengan istighfar biasa.

Sumber: http://www.zaharuddin.com/artikel_pengucapan_umum.htm


--
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami, jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"

NADIE SAKURA E-SHOP
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, baju punjabi, dan
   blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Here are some links that I believe will be interested

Tanpa Nama berkata...

Here are some links that I believe will be interested

Tanpa Nama berkata...

Looks nice! Awesome content. Good job guys.
»

Tanpa Nama berkata...

Your site is on top of my favourites - Great work I like it.
»