Ahad, Mei 14, 2006

Gurau Dan Canda RasuluLLAH

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba,
orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil,
bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan
tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata, "Ya
Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya. "Aku akan naikkan
engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW. "Ia tidak mampu", kata
perempuan itu. "Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta". "Ia
tidak mampu". Para sahabat yang berada di situ berkata, "bukankah unta
itu juga anak unta?"

Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, "Ya
Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu". "Semoga suamimu
yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW. Perempuan itu kembali
ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya
dengan keheranan, "kenapa kamu ini?". "Rasulullah memberitahu bahawa
dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata
ada warna putih?" kata suaminya. Seorang perempuan lain berkata kepada
Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku
dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki
oleh orang tua". Perempuan itu lalu menangis. Rasulullah menjelaskan,
"tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan
istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak
pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya
umurnya".

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati
mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang
paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat
gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

--
"Allah matlamat kami, Rasul pimpinan kami, Al-Quran perundangan kami,
jihad jalan kami, syahid cita-cita kami"

NADIE SAKURA E-SHOP
013-2357442
http://www.adiemad.com/ver2
1. Pakaian muslimah seperti jubah, tudung, jubah seluar, baju punjabi, dan
blouse.
2. Busana Muslimin
3. Buku-buku agama
4. CD Ceramah Agama dan bacaan Al-Quran
5. Bahan didikan untuk kanak-kanak (Islamik)
6. Info program-program Ilimiah di sekitar Lembah Klang.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I really enjoyed looking at your site, I found it very helpful indeed, keep up the good work.
»

Tanpa Nama berkata...

Great site loved it alot, will come back and visit again.
»