Sabtu, Julai 15, 2006

Islamiphobia

Assalamualaikum...
Bolasepak Piala Dunia baru saja berakhir, dan utk tatapan isu semasa
kali ni, kita ikuti tulisan Ust. Maszlee Malik di Ummah Online dlm
Kolum Intifadha kelolaan beliau. Mengulas isu Islamphobia di padang
bola dan realiti di Malaysia.

Apapun...jgn lupa doakan saudara2 kita di Palestin dan terbaru Lubnan
juga yang sedang berdepan dgn tentera2 Israel.

Zizou: Islamiphobia di padang bola
Kirimanummahonline pada Thursday, July 13 @ 21:37:59 MYT
Contributed by ummahonline

Oleh: Maszlee Malik

"Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada
ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan
sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini" –
Harakahdaily (13/7/2006)

"Zidane was the magician in the game" – Pele "Zidane is one of the
greatest players in history" – Franz Beckenbauer "Zidane…You are a
virtuoso, a genius of world football. You are also a man of the heart,
of commitment, of conviction, and that's why France admires and loves
you" – Jacques Chirac "Zizou for president" – Penyokong-penyokong
pasukan bolasepak Perancis Saya bukanlah dari kalangan penggila bola
(footballmaniac) yang sanggup mengorbankan tidur saya semata-mata
untuk menyaksikan dua puluh dua orang berebut satu bola di dalam
padang. Saya juga tidak akan pernah bersetuju dengan tindakan
membazirkan wang dan tenaga sesetengah pihak yang sanggup memakai
jersi dan menconteng muka semata-mata menyokong pasukan bolasepak
mereka yang berada beribu batu nun jauh di Jerman. Bagi saya, fenomena
ini semua hanya merupakan lambakan kekotoran globalisasi. Tanpa kita
dapat menafikan, ianya juga merupakan lombong emas bagi para
kapitalis. Siapakah
yang paling untung sepanjang "Mondeal" ini? Sekadar menamakan,
syarikat-syarikat televisyen, syarikat-syarikat arak (terutamanya
Carlsberg), syarikat-syarikat telefon bimbit (Orange, Vodafone, Maxis,
Celcom, DiGi, dll.), pengeluar jersi sukan dan peralatan sukan, Tenaga
Nasional Berhad (TNB) dan 1001 pihak kapitalis lagi. Semakin gila
rakyat dengan Mondeal ini, semakin untunglah golongan Borguese. Di
atas dasar inilah saya tidak nampak perlunya saya bazirkan sekelumit
dari waktu saya untuk menonton malah mengambil peduli tentang apa yang
berlangsung di Jerman. Agak menarik juga apabila ada pertubuhan Islam
yang membuat kenyataan tahniah untuk pasukan Perancis kerana menjuarai
kejohanan tersebut. Mungkin ianya salah satu strategi untuk
memasyarakatkan diri. Walau bagaimanapun di akhir kejohanan Mondeal
tersebut saya telah dikejutkan dengan satu insiden yang besar.
Bukanlah kekalahan Peranchis yang memeranjatkan saya, tetapi insiden
berbau "Islamiphobia"
yang berlaku di pandang bola Berlin. Insiden yang telah menyebabkan
kapten pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane telah diprovokasi
dengan pelbagai ucapan berbau perkauman dan Islamiphobic oleh pemain
Itali, Marco Materazzi. Provokasi tersebut telah mengundang tindak
balas agresif dari Zidane yang telah menghantukkan kepalanya ke dada
Materazzi. Natijahnya, beliau telah dikenakan kad merah, hanya 10
minit sebelum perlawanan akhir Mondeal itu berakhir. Pihak media pada
mulanya telah menyalahkan Zidane yang dikecam sebagai "panas baran"
dan "hilang akal". Akhirnya kesemua tuduhan yang dilemparkan senyap
apabila Zidane telah muncul membela dirinya di dalam kenyataan akhbar
yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Zidane telah
menjustifikasikan tindakannya itu kerana bertindak balas terhadap
cacian Materazzi terhadap ibunya dan saudara perempuannya. Zidane,
walau bagaimanapun menafikan kenyataan salah sebuah akhbar
anti-perkauman di Paris
yang mengatakan Materazzi telah melabel Zidane sebagai "Terrorist"
(pengganas) lantas membuatkan beliau naik angin. Pakar membaca gerakan
bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan
beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya telah
membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah
mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist whore" (anak
kepada pelacur pengganas). Rees menambah lagi, setelah mengamati video
makian Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa
Materazzi telah menucapkan juga " so just f*** off' for good measure"
(pergi berambus lebih baik). Kenyataan Rees ini telah disokong oleh
pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar The Daily
Mail dan juga akhbar The Independent. Para penyokong dan peminat
bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini. Apa
yang dapat kita simpulkan di sini? Setiap orang berhak membuat analisa
mereka yang
tersendiri. Setiap orang mempunyai persepsi mereka yang tersendiri.
Apa yang pasti, insiden tersebut telah mencerminkan wajah sebenar
dunia masa kini. Materazzi dan Zidane hanyalah dua aktor yang
meneruskan skrip yang sama diulang dan ditayangkan oleh aktor-aktor
lain. Skrip yang agak monotenous ini merupakan satu wajah yang
dipaksakan kepada penduduk dunia. Skrip tersebut malangnya bertemakan
"Islamiphobia". Tidak kiralah sama ada yang mengucapkan itu Materazzi,
atau Pat Paterson, atau Jerry Farewell, atau Bush, ataupun para
kartunis Jyllen Posten. Kesemuanya membawa mesej yang sama...
Islamiphobia. Ide dan propaganda zaman kegelapan (medievel) Eropah
kini muncul kembali. Kemunculannya kali ini agak lebih agresif dan
lebih global. Lebih parah, propaganda Islamiphobia alaf ini turut sama
menyerang tanah air umat Islam dan masyarakat Islam itu sendiri. Jika
insiden yang menimpa Zizou itu berlaku di Eropah, ianya dimaklumi.
Jika ianya dikeluarkan oleh
Materazzi, ianya juga maklum. Jika yang membawa racun-racun
Islamiphobia itu adalah para orator Kristian Evangelist juga, ianya
agak maklum. Namun, jika ianya berlaku di Malaysia sendiri,
dikeluarkan oleh mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu yang Muslim,
ataupun dikeluarkan oleh non-Muslim di tanah air yang dinobatkan
sebagai Negara Islam Hadhari... apakah ianya boleh diterima? Inilah
hakikat yang melanda tanah air kita dewasa ini. Media berbahasa
Inggeris semakin berani menampakkan belang Islamiphobic mereka. Segala
berita dan kenyataan yang berbau Islam akan diwarnakan dengan
grafiti-grafiti yang negatif. Kenyataan berat sebelah pihak yang
berbau Islamiphobic akan mendapat liputan meluas dan akan
disensasikan. Kenyataan balas yang lebih rasional dan mematahkan hujah
mereka yang prejudis akan dikhatankan. Akhirnya kenyataan balas, akan
dilihat dengan hambar, lesu dan kadang-kadang sengaja diprovokasikan.
Fenomena inilah yang telah dibawa oleh Muslim
Profesional Forum kepada pihak media dan pihak berkuasa. Persoalan
yang sering dipersoalkan oleh MPF, "Mengapakah Islamiphobia begitu
ketara di dalam media di Malaysia?" Uniknya Islamiphobia di Malaysia
ini, ianya diperjuangkan oleh orang Melayu sendiri. Tidak kiralah
jenama dan ideologi apa yang mereka tonjolkan, namun mesejnya adalah
sama. Islam tidak patut lebih diistimewakan di Malaysia. Islam mesti
tunduk kepada kehendak rakyat dan juga tuntutan non-nuslim. Umat Islam
tidak berhak mendapat kedudukan istimewa di Malaysia, begitu juga
dengan agama Islam dan undang-undang Islam. Para ilmuan Islam tidak
berhak untuk campurtangan di dalam urusan kehidupan. Islam perlu
diubah menurut kehendak nafsu. Islam perlu mengiktiraf "kebenaran"
agama lain. Islam tidak perlu lagi! Sama ada yang membawanya itu
berlogokan "hak asasi manusia", "hak untuk murtad", "kebebasan
beragama", "Pluralisme aqidah (dan bukan sosial)", "liberal",
"feminisme" dan apa-apa sahaja, ianya
tetap menjayakan agenda "Islamiphobia". Persoalan yang patut kita
fikirkan, "Kemanakah 'Zidane' di Malaysia ini untuk memperjuangkan hak
Islam dan umat Islam?". Jikalaulah Zidane sanggup dilayangkan kad
merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane di
Malaysia ini untuk mempertahankan Islam? Viva la Zizou!

Sumber:http://ummahonline.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Greets to the webmaster of this wonderful site. Keep working. Thank you.
»